Rabu, 24 April 2013

Abdul Khalid : PR Selesaikan Masalah Puluhan Tahun BN


mb khalid gambar pemuda pasar malam 01

KLANG : Apabila mengambilalih Selangor pada 2008, tidak dapat dinafikan negeri ini dibebani segerombolan isu atau masalah yang masih tidak selesai, hasil peninggalan Umno-BN sejak berpuluh tahun, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Terima kasih juga kepada MB (Menteri Besar) yang lepas-lepas kerana kalau tiada masalah, bagaimana saya dapat kutip hutang (Talam) sebanyak RM390 juta.

“Maknanya saya sudah tunjukkan bahawa saya adalah lebih pandai daripada mereka,” jelas calon N46 Pelabuhan Klang ini.

Ujarnya, bagi pelan pembangunan yang dilaksanakan sejak tahun 2008 ketika Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pentadbiran Selangor, segalanya berjalan lancar tanpa sebarang isu.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata penyelesaian sesuatu masalah atau isu adalah proses pengurusan sesuatu organisasi dan bukannya satu proses politik semata-mata.

“Undi-undi itu semua ‘political process’ sementara ‘management process’ pula melibatkan kerja-kerja implementation (perlaksanaan).

“Bukan sekadar janji jika menang saya akan buat rumah tetapi perlu tahu mana duit untuk buat, mana jalan harus dibuat dan lain-lain lagi.

“Segala proses (pengurusan) itu saya tahu laksanakan, itulah bezanya,” ujar beliau.

Tiada ulasan: