Jumaat, 19 Jun 2009

Speaker tolak usul bincang isu Selatan Thailand

Roy Rasul


KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini menolak usul bagi membincangkan isu pergolakan dan pembunuhan di selatan Thailand yang dibawa oleh Mohd Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap).

Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, walaupun isu berkenaan adalah perkara tertentu dan berkepentingan awam tetapi ia bukan sesuatu yang perlu disegerakan.

Beliau berkata, sebagai negara jiran yang bersempadan dengan Thailand, Malaysia sentiasa bekerjasama dan mengambil langkah berterusan untuk membantu menyelesaikan masalah di selatan negara itu.

Sementara itu, Nasir dalam usulnya sebelum itu berkata, pada 9 Jun lalu, dunia dikejutkan dengan pembunuhan penduduk Islam yang sedang mengerjakan solat di Masjid Al Furqan, Kampung Air Tempayan di Walayah Narathiwat.

Peristiwa tersebut katanya, menyebab 11 orang terkorban manakala 134 orang lagi cedera.

Katanya, seluruh dunia pergolakan di Selatan Thailand sudah berlanjutan hampir lima tahun yang memakan korban hampir empat ribu nyawa.

Namun ini adalah kali pertama tragedi yang melibatkan pembunuhan terhadap orang yang sedang melakukan ibadah.

"Memang sesuatu yang amat biadap apabila manusia yang sedang melaksanakan ibadah di tempat yang paling tenang pun diserang sebegitu rupa," ucapnya.

Beliau berkata, masalah tersebut masalah yang besar dan Malaysia perlu mengambil inisiatif memanggil satu Sidang Khas Asean dengan segera bagi membicangkan masalah tersebut.

Malaysia juga katany,a perlu mendesak OIC memberi perhatian serta mengiktiraf Malaysia sebagai orang tengah bagi membantu menyelesaikan masalah di Selatan .

"Malaysia hendaklah mendesak kerajaan Thailand lebih telus dan cermat mengenai isu tersebut dan perlu menubuhkan Badan Siasatan Bebas bagi mengkaji permasalahan yang berlaku," cadangnya kepada Speaker Dewan Rakyat. - mks. _

Tiada ulasan: