SINAR HARIAN ONLINE
IPOH – Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin yang sepatutnya memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutua:n Isnin lalu, didapati gagal melaksanakannya berikutan masih belum menerima penghujahan bertulis keputusan Mahkamah Rayuan.
:Pembantu Khasnya, Amran Harun berkata, Nizar masih menunggu kertas itu daripada hakim Mahkamah Rayuan.
:“Kita masih belum menerima penghujahan bertulis daripada Mahkamah Rayuan,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian :semalam.
:Nizar mempunyai tempoh masa sebulan daripada tarikh keputusan secara lisan untuk memfailkan rayuan.
:Beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang apabila Parlimen menyambung persidangan pada 15 Jun.
:Hakim Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif sebelum ini berkata, penghakiman bertulis akan dikeluarkan pada 29 Mei.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan