BERNAMA
MELBOURNE: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata pihaknya tidak akan meneruskan hasrat mengemukakan petisyen terhadap keputusan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai 14 Julai lepas.
"Setakat ini kita dimaklumkan oleh peguam kita kesnya tidaklah berapa kukuh. Maka itu, kita tidak akan teruskan petisyen tersebut," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berada di Australia mengetuai misi perdagangan dan pelaburan anjuran kementerian itu, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
Pada pilihan raya itu BN tewas dengan majoriti tipis 65 undi apabila calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50 mendapat 5,348 undi manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat memperoleh 5,283 undi.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaacob daripada PAS pada 22 Mei lalu akibat sakit jantung.
Mustapa yang juga Pengarah Pilihan Raya BN DUN Manek Urai berkata, dalam pilihan raya kecil itu BN buat pertama kalinya menggunakan satu pusat penyelarasan bagi meyelaraskan semua aktiviti kempen untuk pilihan raya berkenaan.
"Aktiviti kita melibatkan programprogram turun ke bawah, kurangkan majlis rasmi dan kurangkan majlis besarbesaran. Apa yang kita buat adalah lawatan dari dan rumah ke rumah dan kita dapati adalah lebih baik jika kita menemui pengundi secara langsung," katanya.
Beliau tidak menolak kemungkinan pendekatan yang sama akan digunakan dalam pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir nanti.
Memaparkan catatan dengan label PRK MANEK URAI. Papar semua catatan

Selasa, 4 Ogos 2009
Sabtu, 25 Julai 2009
Ibrahim Ali Mengetuai Pembahagian Wang kepada Pengundi di Manek Urai
Wartawan Buletin
SETIU – Pengerusi Kelab Veteran PAS Terengganu, Ustaz Kassim Ahmad berkata walaupun UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengerahkan seluruh jentera kerajaan untuk menghadapi PAS dalam pilihanraya kecil DUN manek Urai, namun parti tu tetap gagal mencapai kemenangan.
Katanya, beliau yang turut pergi bertugas dan memberi sokongan moral dalam pilihanraya kecil itu menyaksikan dengan jelas betapa UMNO/BN telah menggunakan wang untuk membeli undi.
Katanya ada maklumat yang mengatakan BN telah membelanjakan wang sebanyak hampir RM100 juta dalam pilihanraya kecil tersebut.
Beliau mendedahkan, Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato’ Ibrahim Ali mengetuai pembahagian wang tersebut.
”Saya telah didatangi oleh seorang tuan punya bengkel kereta yang muda, katanya beliau bersama-sama golongan pemuda seramai lebih kurang 30 orang didatangi oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Pasir Mas, saudara (Dato’) Ibrahim Ali,
”(Ibrahim Ali) rupa-rupanya mengetuai pembahagian wang, tiap-tiap seorang ahli (pemilik) bengkel itu memperolehi RM300,”kata Ustaz Kassim ketika berucap dalam Majlis Kesyukuran Meraikan Kemenangan DUN Manek Urai di Kampung Merang, dekat sini, semalam.
ADUN Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah (Abe Uji) yang menjadi tetamu dalam majlis diatas, mengesahkan dakwaan Ustaz Kassim keatas Dato’ Ibrahim Ali.
Menurutnya Ibrahim telah menjalankan kegiatan mengagih-agihkan wang tersebut terutamanya di Peti Undi Laloh.
“Di Manek Urai baru ni, memanglah dari segi cula kita menang hampir 2,000 (undi) dua hari sebelum itu (hari mengundi), apabila dia (UMNO) nampak cula dia sudah kalah 2,000, dia mula bergerak dengan pitih (wang),
”di kawasan (Peti Undi) Laloh, (Dato’) Ibrahim Ali lah yang jaga di Laloh, membawa dua butir bag (berisi wang) untuk diagih-agihkan,”jelasnya.
Beliau berkata, nilai pembahagian wang tersebut bukan hanya RM300, bahkan RM3000 dan hingga mencapai RM10,000, terutamanya kepada ‘kepala-kepala’.
Katanya cara pembahagian wang tersebut bukan rumah kerumah tetapi Ibrahim akan mencari seorang ‘kepala’ (ketua) dan meminta ketua itu membawa pengundi kedalam kawasan kebun getah atau belukar berhampiran.
”Trend (kaedah) dia kali ini, bukan ‘style’ (cara) pergi kerumah orang, (tapi) style di panggil kedalam ‘rok’ getah, kut dalam ‘rok’, pergi jumpa dengan dia (Ibrahim),
”dia (Ibrahim) cari seorang kepala, dia tunggu didalam rok mana-mana, (kepala) bawa mari 10 orang, dia akan bayar hok kepala lebih sikit, orang rakyat (bawahan) ni ada (terima) RM300, 500 dan ada RM1000,”tegasnya.
Oleh sebab itulah, kata Abe Uji, majoriti undi yang diperolehi PAS dalam pilihanraya kecil itu menurun.
Turut hadir dalam majlis itu adalah Yang DiPertua PAS Setiu, Ustaz mohd Pauzi Muda dan Timbalannya, Tengku Ahmad Hussin.

Rabu, 22 Julai 2009
Di Penanti Umno takut membazir, di Manek Urai duit pula dicurah
Salmah Mat Husain
KOTA BHARU - Umno enggan menyertai pilihan raya kecil di Penanti 31 Mei lalu dengan alasan tidak mahu membazirkan duit. Namun di Manek Urai lain pula ceritanya.
Umno hanya takut membazir di Penanti tetapi bukan di Manek Urai.
Tetapi lebih memeningkan lagi pengundi apabila segala janji yang ditabur tidak pula mahu ditepati hanya dengan alasan majoriti 65 pengundi menolak Umno 14 Julai lalu.
Mengulas isu tersebut Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato' Husam Musa berkata, rakyat di Manek Urai sekarang sudah melihat mereka seperti dipermainkan apabila ada pemimpin Umno menyebut mereka tidak terikat menunaikan segala janji.
"Ini bermakna hanya janji kosong semata-mata yang ditabur di Manek Urai sepanjang kempen pilihan raya berlangsung.
"Sekiranya Umno dan BN dapat menghabiskan wang berpuluh juta semasa kempen memancing undi kenapa projek pembangunan tidak boleh dilaksanakan," katanya ketika ditemui di sini.
Sehari selepas Umno gagal di Manek Urai, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustapa Mohamed dilaporkan menyebut parti itu tidak terikat dengan janji menjadikan Dun tersebut sebagai anak emas dan membina jambatan baru bernilai RM7 juta.
Sedangkan semasa kempen pilihan raya kecil itu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengungkapkan janji-janji tersebut di Manek Urai yang disiarkan dalam semua media pro BN.
Namun empat hari kemudian Mustapa mengumumkan pula sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi program membaiki rumah penduduk miskin tegar dan menurap semula jalan.
Namun tidak juga disebut membina jambatan dan projek agropolitan.
"Kita nak lihat pembangunan dilaksanakan Umno di situ, termasuk juga pembinaan jambatan yang telah dijanjikan," kata Husam.
Sementara itu dalam perkembangan lain beliau berkata, pemimpin Umno tidak wajar memperbesarkan isu kehadiran, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin pada program menyala lilin memprotes cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sehingga membawa kepada kematian pegawai khas Exco Selangor, Teoh Beng Hock.
Beliau berkata, Nizar hanya hadir sebagai tanda protes terhadap apa yang berlaku terhadap Beng Hock dan bukan menyertai acara keagamaan.
"Apa yang berlaku terhadap mendiang Beng Hock bukan lagi soal agama semata-mata sebaliknya soal kemanusiaan yang wajib mendapat keadilan dari semua pihak.
"Saya pun tak faham, salah ke pegang lilin dan lilit kepala dengan kain sebagai protes, pegang lilin salah, pakai baju hijau pun salah, semua tak kena kalau bertentangan dengan naluri Umno." katanya. - mj _

Bila ‘Brand’ tak laku, ‘lawan Tok Peraih’ Ikan pun kalah………Kata Rosol
Editor Buletin
KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ajil, Dato’ Rosol Wahid berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menukar taktik dan teknik untuk berhadapan dengan PAS dan Pakatan Rakyat.
Beliau yang juga bekas Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu berkata taburan janji dan projek segera tidak lagi mampu untuk menarik pengundi.
”BN masih tidak mampu untuk menang, ertinya BN perlu menukar taktik dan teknik untuk berhadapan dengan PAS dan Pakatan Rakyat,
”taburan janji dan projek segera nampaknya tidak mampu untuk menarik pengundi, ini terbukti dalam 6 pilihanraya kecil yang telah kita lalui,
”ini terbukti dalam 6 pilihanraya kecil yang telah kita lalui, kita kalah 5-0...,”tulisnya dalam mengulas kekalahan terbaru BN dalam pilihanraya Kecil DUN Manek Urai.
Beliau menolak pandangan pemimpin UMNO yang mengatakan kemenangan tipis calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah (Abe uji) seolah-seolah BN telah menang.
Katanya BN perlu menerima realiti bahawa kalah tetap kalah walaupun satu undi.
Mengulas lanjut, beliau menulis secara sinis dan mempersoalkan, adakah BN terlalu parah ketika ini sehingga lawan ‘Tok Peraih Ikan’ pun kalah!
Rosol yang juga bekas Exco kanan kerajaan Terengganu berkata ‘brand’ BN tidak popular dan tidak laku lagi masakini.
Oleh itu, katanya, imej BN yang parah itu perlu dipulihkan dan perlu di lakukakan ‘Rebranding’.
”Orang putih sebut 'Rebranding'...Kalau brand kita telah dipandang enteng, maka apa sahaja yang kita lakukan tidak akan berkesan malah dipandang negatif.
”Pihak pembangkang dengan senang sahaja memanipulasikan apa sahaja yang kita buat,”katanya.
Beliau turut meluahkan perasaan bimbangnya dengan yang menimpa UMNO/BN sekarang dan menyifatkan ia adalah ‘satu nasib malang’ kepada parti itu.
Katanya, oleh kerana BN tidak popular lagi, segala apa yang berlaku, BN akan dipersalahkan.
”Kematian Beng Hock baru-baru ini juga kerajaan disalahkan, kematian seorang India di dalam lokap...kerajaan juga dicemuh, kenaikan tambang pengangkutan awam, bertambahnya penagih dadah, kerajaan dikeji,
”apa-apa sahaja yang negatif, kerajaan juga jadi mangsa...pengumuman PM seperti penurunan Tol, pakej rangsangan ekonomi dll seolah-olah tidak memberi kesan apa-apa kepada rakyat, malah ia dipandang sepi begitu saja,”tulisnya lagi.
Beliau mengakhiri tulisannya dengan memetik kata-kata orang tua;
”kalau pokok sudah condong, bukan sahaja kambing mampu panjat, malah kura-kura juga akan cuba merangkak naik", tulisnya dalam posting terbaru blognya.

Isnin, 20 Julai 2009
Terlalu Banyak Wang Digunakan Untuk Membeli Undi di Manek Urai
Bank di Kuala Krai Terpaksa diTutup Sementara
SM Noor
KUALA NERUS – Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bio-Teknologi Kerajaan Negeri Kelantan YB Che Abdullah Mat Nawi berkata terlalu banyak wang yang digunakan oleh UMNO dan Barisan Nasional untuk membeli (merasuah) pengundi dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Ngeri Manek Urai baru-baru ini.
Beliau berkata beberapa bank di bandar Kuala Krai terpaksa ditutup sehari sebelum hari mengundi kerana kehabisan wang, akibat terlalu banyak wang yang dikeluarkan oleh jentera UMNO/BN.
”Bank di Kuala Krai pada sehari sebelum mengundi terpaksa (di) tutup kerana habis duit, (telah) dikeluarkan beberapa juta (ringgit) dalam masa sebentar (yang singkat),”katanya
Beliau berkata demikian dalam ucapany dalam satu Majlis Penerangan di Kampung Paya Datu, Teluk Pasu, semalam.
Menurutnya, ketika jentera perayu undi PAS mengadakan lawatan rumah ke rumah, ada tuan rumah yang mengeluarkan beberapa sampul surat berisi wang betulis dengan nama-nama pemimpin UMNO, menunjukkan banyaknya wang yang mereka terima.
Sebelum itu, dalam majlis yang sama, beliau mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya benar-benar telus, supaya mengambil tindakan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin yang telah merasuah secara terbuka pengundi-pengundi Manek Urai.
Katanya, janji Muhyidin untuk membina jambatan di Manek Urai Lama, sekiranya menang pilihanraya tersebut adalah satu rasuah yang cukup jelas.
”Perkataan itu (janji-janji) sepatutnya tidak keluar dari mulut seorang tokoh demokratik, kerana itu merupakan rasuah yang cukup jelas,
”sebagai kerajaan tidak boleh menjanjikan upah kemenangan itu dengan satu benda,”tegasnya.
Katanya, sebagai sebuah kerajaan, samada menang atau kalah, sepatutnya sesebuah kerajaan itu, mesti melaksanakan pembangunan untuk rakyat.
Menurutnya, kerajaan UMNO/BN pusat hanya pandai berjanji dan janji-janji tersebut tidak akan dilaksanakan.
Katanya, kini, setelah selesai pilihanraya kecil Manek Urai, rakyat dan pelbagai pihak menuntut supaya kerajaan pusat melaksanakan janji-janji yang telah dibuat, namun jawapan yang diterima sebalikya.
”Selepas pilihanraya (Manek Urai) apabila ditekan, supaya mereka melaksanakan semua janji-janji, tubek (keluar), hari ini pun keluar dalam suratkhabar,
”Dato’ Mustapha Mohd sebut, kita akan buat sekiranya ada peruntukan, (sedangkan) masa (ber) janji dalam pilihanraya, tidak sebut pun sekiranya ada peruntukan,”jelasnya.
Selain janji dan rasuah membeli undi, katanya, UMNO/BN juga menggunakan seluruh jentera kerajaan sehingga jabatan-jabatan yang tidak ada kena mengena dengan Manek Urai, dikerah membantu kempen UMNO/BN, seperti Universiti, Kastam dan lain-lain

Sabtu, 18 Julai 2009
Dakwaan beli undi di MU, PAS buat laporan polis
Hafiz Yatim
Empat hari selepas menang tipis dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai, PAS membuat aduan di balai polis Kuala Krai berhubung taktik Umno membayar elaun tambang kepada pengundi luar yang pulang untuk mengundi pada 14 Julai lalu.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Krai, Mahadi Mat Zain, dengan ditemani Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman dan timbalannya, Hisham Fauzi, membuat laporan polis semalam, meminta mendesak pihak berkuasa menyiasat perkara itu.
Mereka menuduh BN dan Umno telah merasuah pengundi pada hari pengundian dalam sebuah premis Kesedar di Sungai Peria.
Mahadi mendakwa, pengagihan wang tunai untuk tujuan tersebut berlaku kira-kira 50 meter dari pusat pengundian SK Perai. Malaysiakini menyiarkan rakaman video insiden tersebut.
Dalam laporannya, Mahadi berkata beliau dimaklumkan oleh petugas parti itu mengenai aktiviti tersebut pada kira-kira jam 10.30 malam 14 Julai, dan beliau bersama seorang peguam dan empat petugas sukarela dari Mafrel telah pergi ke tempat tersebut.
Menurutnya, bila mereka tiba di situ, mereka ternampak orang ramai berbaris di depan sebuah rumah kayu untuk mendapatkan wang tersebut.
Katanya, mereka cuba masuk ke dalam rumah tetapi dihalang daripada berbuat demikian.

Jumaat, 17 Julai 2009
Nasihat Pak Lah kepada Umno Kelantan sudah terlewat - Nik Aziz
Muhammad Yusri Amin
KOTA BHARU - Nasihat mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Umno Kelantan supaya meneruskan projek pembangunan di Manek Urai biar pun Barisan Nasional (BN) kalah dianggap sebagai terlambat.
Sedangkan semalam Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustapa Mohamed menjelaskan parti itu tidak lagi terikat dengan janji-janji membangunkan Manek Urai seleps kalah Selasa lalu.
Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang dihasrat Abdullah hanya boleh berlaku di zamannya mengetuai kerajaan.
"Tetapi apa yang kita hairankan mengapa beliau cepat sangat hendak berhenti dan memberi jawatan kepada orang lain. Sedangkan rakyat pilihnya untuk lima tahun.
"Mana boleh (begitu), kita orang politik. Kena guna politik sikitlah. Saya tak setuju lama dah beliau berhenti. Berhenti buat apa, kita dilantik lima tahun," katanya ketika ditemui selepas kuliah mingguannya di Medan Ilmu pagi tadi.
Mantan perdana menteri itu hari ini dilaporkan mahu khidmat kepada rakyat Kelantan diteruskan biar pun BN tewas di Dun Manek Urai.
Bagaimanapun Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyokong kenyataan Pak Lah.
Beliau juga berkata, Umno tidak perlu mengumumkan kepada rakyat mahu melaksanakan pembangunan di Manek Urai kerana ia sudah menjadi tugas agensi dimiliki kerajaan pusat iaitu Kesedar.
Ini kerana kata beliau Manek Urai terletak di bawah Kesedar yang mendapat banyak peruntukan daripada kerajaan pusat.
"Manek Urai berada dalam kawasan Kesedar. Tetapi kenapa pula Umno memperalatkan agensi itu untuk menabur janji pembangunan ketika menghadapi pilihan raya sahaja.
"Kenapa hendak tunggu menang dahulu baru hendak membangunkan Manek urai. Rakyat sekarang bukan 50 tahun dahulu, mereka semakin ramai dan cerdik,". - mj _

Hasrat UMNO tidak kesampaian
SINAR HARIAN ONLINE
IPOH – Usaha UMNO meraih kemenangan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai di Kelantan kelmarin, sebagai sia-sia walaupun pelbagai janji ditaburkan ketika membantu kempen calon Barisan Nasional kepada pengundi.
Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin berkata, kemenangan Pas itu, walaupun dengan majoriti hanya 65 undi adalah satu tamparan hebat kepada UMNO.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak berkata, jika melihat kepada janji yang ditaburkan oleh UMNO semasa berkempen, Pas memang tidak ada harapan untuk menang dan akan mengalami kekalahan teruk.
“Taburan janji UMNO cukup hebat dengan sogokan wang untuk membina pelbagai kemudahan kepada masyarakat setempat serta pelbagai lagi dengan janji kemewahan jika mereka mengundi UMNO.
“Tetapi, janji mereka hanya nampak sia-sia sahaja kerana masyarakat di sini masih menyokong penuh kepimpinan Pas di Kelantan khususnya bawah teraju Datuk Nik Aziz Nik Mat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Beliau mengulas kemenangan yang diraih calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah yang mengalahkan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai kelmarin.
Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussin berkata, kemerosotan undi Pas pada pilihan raya kecil itu akan dikaji dalam masa terdekat bagi melihat kembali apakah faktor penyebab ia berlaku.
Menurutnya, kajian menyeluruh akan dibuat bagi melihat sama ada faktor sogokan wang, kesedaran atau sebaliknya yang berlaku dalam kelompok masyarakat di kawasan berkenaan.
Katanya, buat masa ini, belum dapat dipastikan lagi punca Pas hanya meraih majoriti 65 undi sahaja berbanding 1,352 undi ketika Pilihan Raya Umum ke-12, 2008.
“Mengulas mengenai dua puteri UMNO yang didakwa cedera dibaling batu, saya melihat isu berkenaan sengaja dipropagandakan dengan menuduh penyokong Pas berbuat demikian.
“Padahal, kita tidak mendapat apa-apa pengesahan mengatakan penyokong Pas yang membaling batu berkenaan, lagipun pihak polis masih menjalankan siasatan,” katanya.
Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa pula menyifatkan pengundi di Manek Urai berubah-ubah pendirian dan kecenderungan.
Menurutnya, kalau dilihat pada sejarah pilihan raya di Manek Urai bermula 1999, Pas menang, 2004 giliran UMNO dan 2008 Pas kembali merebut kerusi DUN berkenaan serta pilihan raya kecil ini juga memihak kepada Pas.

Enggan tunai janji: Sah Umno perbodoh pengundi Manek Urai
Lanjusoh
KOTA BHARU - Sahlah pengundi di Manek Urai diperbodoh Umno apabila janji mahu membina jambatan merentangi Sungai Lebir bernilai RM7 juta kini ditarik balik.
Perkara itu diakui Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustapa Mohamed apabila menyebut kerajaan pusat tidak terikat dengan janji menjadikan Manek Urai anak emas dan membina jambatan bernilai RM7 juta.
Pemimpin Umno itu dilaporkan cuba mendera rakyat di Manek Urai selepas Umno ditolak pada pilihan raya kecil terbabit.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Haji Abdul Fatah Harun berkata, rakyat yang mengundi Umno pada Selasa lalu secara jelas kini sudah ditipu apabila janji mahu membina jambatan sudah ditarik balik hanya dua selepas pilihan raya diadakan.
"Kalau sebelum ini ramai pengundi di Manek Urai Baru dan Lama terpengaruh dengan janji itu, kini mereka sedar sudah dipermainkan pemimpin Umno.
"Umno sepatutnya membina jambatan yang dijanjikan kerana majoriti pengundi di Manek Urai lama dan baru memberi undi kepada BN. Tetapi selepas menang Umno cuba pula mempersendakan harapan pengundi," katanya.
Semasa kempen pada pilihan raya tersebut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan BN akan menjadi Manek Urai sebagai anak emas, membina jambatan berharga RM7 juta dan mewujudkan kota agropolitan.
Abdul Fatah berkata, sekiranya begitulah sikap pemimpin Umno sesiapa pun boleh membuat janji kalau sekadar bercakap manis di bibir sahaja.
Ditanya hasrat Umno Kelantan mahu mengemukakan petisyen pilihan raya kecil Dun Manek Urai katanya, perkara itu terpulang kepada mereka untuk melakukannya.
"PAS sedia untuk mengemukakan hujah bagi menjawab segala persoalan yang ditimbulkan di mahkamah nanti," katanya.
Sementara itu, Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang berlaku pada pilihan raya kecil di Manek Urai bukan sekadar loceng amaran kepada PAS sebaliknya beduk amaran buat Umno bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Menurutnya berdasarkan kepada apa yang mereka lakukan dengan menabur duit secara mewah di Manek Urai pada adatnya PAS boleh dikalahkan jika iman dan takwa pengundi tidak utuh.
"Saya tidak tahu jumlah duit yang ditabur tetapi saya diberitahu ada gambar-gambar yang menunjukkan pemimpin kanan Umno turun dari helikopter membawa beg yang sarat dengan sesuatu," katanya di sini.
Sedangkan kata beliau PAS cuma berbelanja dengan kuderat sendiri, sedangkan Umno bersandar kepada peruntukan kerajan pusat.
"Ini bukan parti lawan parti, sebaliknya PAS melawan kerajaan Malaysia dan Umno sekaligus.
"Buktinya cukup mudah jika mereka boleh mengamalkan politik wang dan merebut jawatan penting dalam parti, maka apa jaminan unsur rasuah wang tidak diamalkan di Manek Urai," katanya.
Menurutnya selepas berjanji hendak membuat jambatan, tiba-tiba selepas kalah mereka menyebut tidak terikat pula dengan janji tersebut, secara jelas Umno mempersendakan pengundi.
Beliau juga berkata, berdasar kepada pengalaman pilihan raya kecil sebelum ini kekuatan Umno pada pilihan raya kecil ternyata tidak kekal lama.
Contohnya pada pilihan raya kecil di Pengkalan Pasir pada 2005 di mana Umno menang dengan 134 undi tetapi pada plihan raya umum 2008 PAS mendapat majoriti 2,348 undi.
Oleh itu kata beliau biar pun PAS menang tipis di Manek Urai namun dari segi demokrasi menang setengah undi pun dikira menang.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, Umno sepatutnya malu keupayaan PAS mempertahankan Dun Manek Urai sehingga menjadi enam daripada tujuh pilihan raya kecil selepas Mac 2008 berpihak kepada Pakatan Rakyat.
Menurutnya juga sekiranya ditakdirkan Umno menang di Manek Urai mereka hanya mengajar rakyat mengejar dunia dan tinggalkan akhirat.
Kata beliau Islam pada hemat pemimpin Umno hanya membina masjid, bank Islam dan sekolah agama sahaja.
"Walau pun pemimpin Umno tahu Islam membawa rahmat sekalian alam namun mereka masih tidak yakin apabila menolak secara jelas usaha-usaha mendaulatkan Islam.
"Samalah seperti orang sudah tahu ada racun dalam minuman tetapi minum juga. Sama juga rasuah dalam Umno sudah menjadi satu budaya," katanya.
Buktinya beberapa pemimpin Umno digantung oleh Lembaga Disiplin kerana dakwaan kesalahan tersebut termasuk Dato' Seri Ali Rustam, Tan Sri Isa Samad, Dato' Zaid Ibrahim dan Dato' Mohd Zain Ismail. - mj _

Khamis, 16 Julai 2009
Penyokong Pakatan Rakyat cedera, media tutup keganasan BN
Azamin Amin
KUALA LUMPUR - Akibat kekalahan di Manek Urai memberikan tamparan dan kejatuhan moral yang dasyat kepada Barisan Nsional (BN) namun media seperti biasa cuba memberikan moral semula dan menjadi peniup 'nyawa' parti itu.
Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham berkata ini dapat dilihat apabila media cuba mengenengahkan isu puteri Umno jadi mangsa keganasan dengan gambar diambil dari sebuah sebuah hospital.

"Malangnya media menggelapkan berita dan gambar penyokong Pakatan Rakyat yang berdarah, 'pecah' kepala dibaling batu oleh penyokong BN," katanya dalam blog peribadinya.
Dalam blognya itu, turut disiarkan gambar seorang wanita di salah satu pusat mengundi yang terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana kepala terkena batu yang dibaling penyokong Umno.
Turut disirakan seorang petugas Pakatan Rakyat yang turut cedera, berdarah kepalanya dibalut tetapi tidak mahu dihantar ke hospital.
"Inilah bentuk mainan media regim yang tidak layak di ajak berpakat atau berpadu..." katanya dan menambah walaupun berkarung wang ditabur, janji dan ugutan di buat namun BN tetap kalah. - azm _

Kemerosotan PAS dibahas Ahad ini
Abdul Rahim Sabri
Kemerosotan mendadak undi PAS dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai akan dibincangkan di peringkat tertinggi parti itu di Alor Star bermula hujung minggu ini.
Permukiman selama dua hari itu akan disertai semua anggota jawatankuasa pusat PAS dan ahli Majlis Syuranya seperti telah dirancang sebulan lalu.
Isu kerajaan perpaduan bagaimanapun tidak akan dibincangkan dalam pertemuan tersebut, kata Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad kepada Malaysiakini hari ini.
Kemenangan PAS dengan majoriti 65 undi - daripada 1,352 undi yang diraih ketika pilihanraya umum 2008, bagaimanapun dipercayai akan membangkitkan isu kerajaan perpaduan yang menjadi ketegangan dalam parti itu.
Malaysiakini hari ini memetik beberapa pandangan ahli-ahli akar umbi PAS yang melihat perpecahan dalaman gagal dibendung - termasuk sewaktu berkempen di kerusi DUN tersebut - sehingga merendahkan moral petugas parti.

BN Kelantan akan fail petisyen
BERITA HARIAN ONLINE
KUALA KRAI: Barisan Nasional (BN) Kelantan akan memfailkan petisyen terhadap keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang menyaksikan parti itu tewas dengan majoriti tipis 65 undi kepada Pas.
Pengerusi BN Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, berkata beliau akan berbincang dengan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat dan penasihat undang-undang parti serta mengkaji segala bukti sebelum menentukan bentuk tindakan yang hendak diambil.
“Berhubung provokasi berlaku, kami akan bincang dengan peguam yang akan memfailkan petisyen. Kami akan kumpul bukti kesalahan Pas, termasuk mereka masih melakukan kempen pada hari mengundi.
“Penyokong Pas melakukan provokasi di tempat mengundi dengan budaya samseng mereka, sesuatu yang jelas menyalahi peraturan pilihan raya,” katanya sejurus pengumuman keputusan pilihan raya kecil itu, malam kelmarin.
Mustapa berkata, berikutan kekalahan BN dalam pilihan raya kecil itu, Kerajaan Pusat kini tidak terikat dengan janji menjadikan Manek Urai anak emas dan membina jambatan baru bernilai RM7 juta menghubungkan Manek Urai Baru dan Lama seperti yang dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, jika BN menang.
“Rakyat sudah membuat pilihan, justeru, Kerajaan Pusat tidak harus dipersalahkan. Namun, ia tidak bermakna kita lari daripada tanggungjawab, Kelantan tetap mendapat pembelaan Kerajaan Pusat dengan projek yang dirancang dan diteruskan,” katanya.

Selepas habis 'umpan' pengundi Manek Urai tinggalkan Umno
Salmah Mat Husain
KOTA BHARU - "Manek Urai terletak di kawasan yang diterajui Kesedar. Kenapa pula disyarat kepada pengundi bila menang baru nak buat jambatan.
"Paksa rakyat, bohong rakyat tak habis-habis tipu. Tengok apa yang berlaku terhadap jambatan Sultan Yahya kedua telah dilakukan upacara pecah tanah dua tahun lalu, namun sampai sekarang tak siap," kata Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau juga berkata, begitu juga janji mahu membina sistem pengairan bagi mengelakkan berlaku banjir kilat di bandar Pasir Mas, namun sekarang projek itu hanya separuh siap.
Katanya, janji itu dibuat semasa kempen pilihan raya kecil di Pengkalan Pasir pada 2005.
"Sekiranya projek yang hanya memakan belanja kecil belum disiapkan sepenuhnya, inikan pula perbelanjaan untuk membuat jambatan baru RM7 juta di Manek Urai," katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.
Beliau juga berkata, rakyat di Manek Urai perlu mengetahui peruntukan sebanyak itu tidak mampu untuk menyiapkan sebuah jambatan baru seperti dijanjikan pemimpin Umno.
Kata beliau disebabkan terpengaruh dengan segala janji-janji tersebut majoriti PAS pada pilihan raya kecil semalam menurun.
"Ia bukan bererti rakyat semakin menerima Umno sebaliknya perkara itu berlaku kerana penipuan, ugutan, rasuah dan berbagai lagi.
"Umno telah menjadikan 'najis rasuah' mengugut serta mempengaruhi pengundi demi untuk meraih kemenangan. Namun misi mereka masih gagal," ujarnya.
Oleh itu beliau berkata, peningkatan undi Umno melalui cara itu dianggap haram di mana kedua-dua pihak iaitu pemberi dan penerima rasuah akan mendapat balasan api neraka di akhirat nanti.
Katanya, pemberian rasuah boleh menyekat percambahan pemikiran manusia untuk bertindak secara normal.
Oleh itu beliau yang Mursyidul Am PAS berkata, Umno tidak boleh mendabik dada dengan majoriti kecil yang dimenangi calon PAS.
Menurutnya juga Umno cuba menyuburkan budaya rasuah bukan sahaja dalam pilihan raya sebaliknya ketika perhimpunan agung parti itu seperti dilaporkan dalam media massa.
Beberapa hari menjelang pilihan raya di Manek Urai, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berjanji akan membina jambatan baru sekiranya BN menang pilihan raya kecil itu.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, walaupun saluran dua dan tiga berubah di mana telah memihak kepada BN, namun ia dianggap bersifat sementara kerana ada umpan.
"Kalau pemimpin Umno sendiri rasuah, bagaimana mereka boleh berjanji kepada rakyat untuk menghapuskan rasuah di negara ini," ujarnya. - mj _

Rabu, 15 Julai 2009
Kerajaan BN digesa terus bangunkan Manek Urai
Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR -Dewan Pemuda PAS mencabar BN agar menunaikan janjinya untuk membangunkan Manek Urai dengan peruntukan sebanyak RM24 juta termasuklah membina jambatan yang bernilai RM7 juta seperti mana yang diuar-uar kepada pengundi pada pilihan raya kecil lalu.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan berkata, selaku kerajaan yang memerintah negara ini BN sepatutnya boleh melaksanakan pembangunan di Dun itu.
Katanya, BN tidak perlu menunggu hanya dengan kemenangannya di lubuk PAS itu barulah boleh membangunkan Manek Urai.
"Tidak semestinya mereka harus menang, baru hendak melaksanakan pembangunan. Mengapa harus tunggu menang? Sebab jika menang pun BN tidak dapat menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan," tegasnya.
Jelasnya, Umno dan BN sengaja memperbodohkan rakyat dengan janji yang agak luar biasa.
"Inilah sikap BN! Kita harap dalam PRU-13 nanti rakyat tidak lagi terpedaya serta terperangkap dengan janji mereka," katanya.
Sehubungan itu, beliau turut mengakui tekanan meterial yang luar biasa itulah menyebabkan kemenangan tipis PAS.
Dengan janji jutaan ringgit itu, Nasruddin percaya pengundi Manek Urai mungkin terpersona dan terpedaya dengan janji BN sehingga sukar untuk membuatkan membuat keputusan bijak.
Justeru, katanya, PAS harus mengambil iktibar di atas kemenangan tipis parti itu dan menganggap ada hikmah yang perlu dijadikan pengajaran bagi setiap ahli PAS.
"Apa yang berlaku ini, semua pemimpin dan ahli parti PAS mengambil iktibar supaya kita kembali bertaut. Kemenangan itu datang daripada Allah kerana kehebatan kita," katanya. - azm _

Terpengaruh janji manis BN, dakwa wujud politik wang
Roy Rasul
KUALA LUMPUR - Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan kemenangan calon PAS Fauzi Abddulah dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai semalam, cukup besar ertinya.
Bagaimanapun ujarnya, di samping kemenangan tersebut banyak tanggungjawab yang bakal menanti Fauzi atau panggilan mesra Abe Uji.
Katanya, semasa dihubungi Harakah semalam, harapan rakyat kepadanya semua isu mesti diselesaikan.
Ini katanya, termasuk dalam konteks kebajikan dan juga prasarana serta menjaga kualiti kehidupan rakyat khususnya di Manek Urai.
"Saya rasa ini semua menjadi fokos kepada kepimpinan Abe Uji," katanya yang turut berkampung di Manek Urai.
Sementara itu tegasnya, kemenangan tipis dalam pilihan raya kali ini perlu dikaji dan dijadikan satu cabaran besar kepada PAS bagi memastikan penguasaan di Manek Urai dapat kita dikekalkan pada masa akan datang.
Fauzi berjaya menjadi wakil rakyat pada Selasa lalu setelah beliau menewaskan calon daripada Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi.
Pilihan raya tersebut diadakan setelah penyandangnya, Ismail Yaacob dari PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu.
Sementara itu, Salahuddin berkata, kekalahan tipis PAS di Manek Urai berkemungkinan rakyat di sana terpengaruh dengan janji-janji BN seperti pembinaan jambatan dan beberapa pembangunan yang mereka janjikan.
"Mungkin ini sedikit sebanyak mempengaruhi penduduk luar bandar ini," ujarnya.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, walaupun keputusan itu sebagai 'simple majoriti' ia membuktikan rakyat Manek Urai tetap menolak BN.
Malah dakwanya, politik wang yang diamalkan di Manek Urai berleluasa dalam kempen BN.
Dakwanya, sebagaimana diberitahu penduduk ada di antara mereka mendapat antara RM700 hingga RM1500.
"Kita mendapat maklumat daripada pengundi bahawa BN berkempen dengan mengunakan politik wang sehingga pagi hari mengundi," katanya.
Ujarnya, ini menunjukkan apa yang dirancang kerajaan BN untuk menghapuskan politik wang dan rasuah ini tidak berkesan.
Malah bidasnya ia semakin berleluasa digunakan pemimpin-pemimpin Umno untuk berdepan dengan pilihan raya kerana mereka sudah nampak jika tidak menggunakan wang mereka akan kalah.
"Saya lihat rasuah politik wang di zamaa Dato' Seri Najib Tun Razak digunakan dengan berleluasa," dakwanya lagi.
Namun katanya jika dilihat dari sudut kemenangan tersebut rakyat Kelantan tetap menolak BN.
Buktinya beliau berkata apa yang dibuat dengan tawaran serta ugutan meterial, rakyat Kelantan menolak BN malah mereka kenal janji-janji kosong yang dibuat BN.
"Bagaimana janji BN jika menang dia akan membina jambatan tetapi rakyat tidak endah," katanya sambil mengucap syukur dan tahniah kepada semua jentera pilihan raya khasnya Halwa yang bertugas siang dan malam untuk memenangkan PAS. - azm _

Husam: PAS jangkakan akan kalah di Manek Urai
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN
KUALA KRAI : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Manek Urai yang baru dari PAS, Mohd. Fauzi Abdullah menyifatkan kemenangan yang diperoleh hari ini bukan kejayaan peribadi beliau semata-mata.
Sebaliknnya beliau berkata, ia adalah kemenangan Islam secara keseluruhan.
"Saya berterima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi saya, saya bersyukur pilihan raya ini berjalan dengan lancar.
"Saya akan menjadi ADUN dengan sebaik mungkin tanpa mengira fahaman politik," katanya ketika ditemui selepas diumumkan memenangi kerusi DUN Manek Urai sebentar tadi.
Fauzi berjaya mengekalkan kedudukan PAS di Manek Urai hari ini dengan majoriti tipis 65 undi.
Beliau memperoleh 5,348 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat menerima 5,283.
Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin pukul 9.07 malam.
Bagaimanapun calon BN dan pemimpin-pemimpin parti itu tidak kelihatan di pusat penjumlahan undi yang diadakan di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1.
Dipercayai mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk dari Manek Urai ke Kuala Krai.
Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, beliau sangat berbangga dengan pengundi di kawasan Manek Urai kerana mempunyai ketahanan diri yang kuat walaupun wang yang banyak digunakan.
"Majoriti tidak penting kerana kita (PAS) bukan sahaja berhadapan dengan jentera pilihan raya tetapi penggunaan politik wang juga," kata beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS.
Husam yang juga Naib Presiden PAS memberitahu, pihaknya sebenarnya menjangkakan bahawa parti itu akan kalah kali ini.
Oleh itu, beliau menyifatkan malam ini sebagai satu kejayaan luar biasa.
Ditanya sama ada kemerosotan undi malam ini disebabkan faktor kehadiran Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, Husam berkata:
"Itu soalan nakal."
"Hari ini kita bersyukur kepada semua pihak malam ini. Kita akan analisis keputusan hari ini," katanya lagi.

Pas buat bedah siasat
BERITA HARIAN
KUALA KRAI: Pas Kelantan akan membuat bedah siasat terhadap kemerosotan majoriti yang diperoleh parti kerana hanya mampu menang dengan 65 undi berbanding majoriti 1,352 undi pada Pilihan Raya Umum 2008, kata Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa.
Beliau yang menyifatkan kemenangan dengan majoriti tipis adalah sesuatu yang luar biasa, bagaimanapun Pas bagaimanapun berterima kasih kepada pengundi yang memberi kepercayaan kepada parti itu untuk mewakili mereka walaupun undi tipis.
Beliau mendakwa sejak awal pihaknya menjangkakan calon Pas Mohd Fauzi Abdullah, 50, akan kalah dalam saingan berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN) Tuan Aziz Tuan Mat, 39, yang juga Ketua Pemuda Umno bahagian Kuala Krai.
"Kita jangka dia kalah tetapi menang. Kemenangan ini adalah kekuatan yang luar biasa. Kita bangga dengan kekuatan penyokong Manek Urai yang kuat ketahanan mereka,” katanya.
Husam menolak dakwaan kemunculan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, menyebabkan kemerosotan undi yang diperoleh Mohd Fauzi.
Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli, pula mengakui BN memberikan saingan sengit terhadap Pas dalam pilihan raya kecil kali ini sehingga menyaksikan kemenangan yang dicatatkan oleh parti itu begitu tipis.
Sehubungan itu, beliau berpendapat, Pas perlu membuat bedah siasat bagi mengenal pasti punca parti itu gagal meraih kemenangan dengan majoriti yang lebih besar seperti Pilihan Raya Umum Ke-12.
Sementara itu, Mohd Fauzi menyifatkan kemenangannya sebagai kejayaan kepada perjuangan Islam.
"Saya berterima kasih kepada semua petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), polis dan jentera parti yang bersama dengan saya dalam perjuangan ini.
"Saya berjanji akan berkhidmat untuk semua rakyat di seluruh Manek Urai," katanya ringkas selepas diumumkan pemenang oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya N41 Manek Urai, Adnan Husin, pada jam 9.10 malam tadi.

Selasa, 14 Julai 2009
PAS menang nyawa-nyawa ikan
MALAYSIA KINI
(kemaskini 8.58pm)
Keputusan rasmi Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan, menang dengan majoriti "nyawa-nyawa ikan" sebanyak 65 undi.
PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.
kemaskini 8.22pm Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah melangkah longlai keluar dari bilik gerakan utama parti di Manek Urai.
Beliau dalam perjalanan menuju ke tempat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.
Menurut sumber parti itu, PAS meraih 5,347 undi, BN pula mendapat 5,283 undi dan majoritinya tinggal 64 daripada 1,352 undi yang diperolehi pada pilihanraya umum lalu.
kemaskini 8.19pm Keputusan rasmi PAS mendapat 4,335 undi, sementara BN pula 4,299 undi.
Lima peti undi belum sampai di tempat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang menanti ketibaan peti-peti sebelum membuat pengumuman rasmi.
Majoriti setakat ini 36 undi.
kemaskini 8.13pm Keputusan rasmi PAS mendapat 3,092 undi, sementara BN pula 2,747 undi.
Majoriti setakat ini 345 undi.
kemaskini 7.59pm PAS didakwa menang dengan majoriti 65 undi tetapi akibat majoriti terlalu tipis, pengiraan semula dijangka akan dijalankan.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata BN sedang berusaha agar kiraan semula diadakan.
"Kiraan pertama dan kedua sangat, sangat berbeza," katanya melalui Twitter sebentar tadi.
kemaskini 7.51pm Jika berlaku pengiraan semula di beberapa daerah mengundi, keputusan malam ini mungkin lebih lewat diketahui.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengimami solat di bilik gerakan utama PAS di Manek Urai.
Suasana serius di sini setelah agen-agen PAS dari tempat mengundi pulang dengan keputusan masing-masing.
kemaskini 7.39pm Menurut sumber Twitter Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar, kemenangan BN "semakin terserlah."
"Keputusan tidak rasmi kelihatan rasmi dari minit ke minit. Kemenangan BN semakin terserlah," katanya.
kemaskini 7.34pm PAS mempamerkan di layar besar di bilik gerakannya dengan angka parti itu tersebut meraih 5,363 undi, manakala BN mendapat 5,293 undi.
PAS mendapat kelebihan 70 undi.
kemaskini 7.24pm BN mendahului Manek Urai Baru dan Manek Urai Baru, PAS pula mendahului di Late Rek dan Chuchoh Puteri daripada sembilan daerah mengundi.
Daerah-daerah lain: Temalir, Sungai Peria, Sungai Sok, Manjor dan Laloh
NONEkemaskini 7.10pm Sekumpulan penyokong BN di bilik operasi parti itu di Manek Urai kelihatan bergembira "atas kemenangan" calon mereka Tuan Aziz Tuan Mat.
Ada sumber menyatakan kemenangan sebanyak "30 undi", sementara terdapat sumber menyebut "200 undi".
Calon BN dan pemimpin BN tidak kelihatan di situ.
Menurut sumber Twitter Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar, BN mendahului 38 undi.
kemaskini 5.09pm Pengiraan undi bagi DUN Manek Urai akan bermula seawal-awalnya jam 5.30 petang yang melibatkan semua 27 saluran di sembilan pusat pembuangan undi.
Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat cuba merampas kerusi tersebut yang dipertahankan oleh calon PAS Mohd Fauzi Abdullah dalam persaingan agak sengit sehingga mencetuskan pergaduhan para penyokong.
Peratus keluar mengundi sehingga pukul 5 petang tadi, setelah proses pengundian tamat, 87.3 peratus daripada 12,293 orang atau 10,736 pemilih menunaikan tanggungjawab.
Keputusan rasmi akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pusat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai seawal-awalnya jam 8 malam ini.

Duit untuk pengundi 'tidak cukup'
Muda Mohd Noor
Seorang bekas pemimpin Umno Kuala Krai mendakwa sehingga tengah malam tadi masalah pembahagian duit kepada pengundi Umno di DUN Manek Urai belum selesai.
"Masih ada lagi yang mendakwa belum menerima duit yang dijanjikan. Saya difahamkan mereka akan mendapat RM300 seorang.
"Saya difahamkan duit tidak cukup, terpaksa menunggu duit baru," katanya, yang enggan namanya disiarkan, kepada Malaysiakini.
Diminta mengulas dakwaan tersebut, Ketua Wanita Umno Kuala Krai, Rohani Abdul Majid bagaimanapun berkata, duit berkenaan bukannya untuk pengundi DUN Manek Urai.
Sebaliknya, kata beliau, dana itu untuk petugas parti yang berkempen untuk calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.
Katanya, petugas dijanjikan dibayar upah RM30 sehari untuk kerja-kerja seperti merayu undi dan menampal poster.
"Kalau mereka bekerja 10 hari akan dapat RM300, tetapi ada juga yang bekerja untuk tempoh beberapa hari sahaja.
"Jika ada orang kata duit tersebut untuk pengundi supaya menyokong Umno, ia tidak betul," tambahnya.
"Mereka mungkin salah maklumat."

Penyokong PAS ditahan polis, disyaki cederakan Puteri
MALAYSIA KINI
Seorang penyokong PAS ditahan polis setelah disyaki terbabit dalam insiden membaling batu ke arah penyokong BN sehingga mencederakan dua anggota Puteri Umno di SK Peria hari ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengahari ketika penyokong kedua-dua parti berkumpul di tempat pengundian itu dan satu provokasi telah dilakukan oleh penyokong-penyokong PAS sehingga mencetuskan ketegangan, lapor Bernama.
"Sedikit pertelingkahan antara penyokong-penyokong PAS berlaku dengan penyokong BN sehingga mencetuskan kejadian membaling batu.
"Akibat kejadian itu dua ahli Puteri Umno cedera (bengkak) di pinggang, manakala seorang lagi patah giginya akibat terkena balingan batu," katanya dalam satu sidang media di Markas Taktikal (Martek) di Laloh.
Berikutan kejadian itu, katanya, polis telah menahan seorang lelaki di
tempat kejadian yang merupakan penyokong PAS dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Musa berkata kedua-dua mangsa kemudian dibawa dengan ambulans ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut. Berikutan itu satu laporan polis telah dibuat.
"Kita memberi jaminan tindakan mahkamah akan diambil dengan segera," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai sikap penyokong PAS yang mengibarkan bendera pada kenderaan mereka, Musa berkata beliau telah mengarahkan Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi supaya mengenakan tindakan saman terhadap mereka yang berkenaan.
Katanya tindakan mereka itu membahayakan keselamatan pengguna jalan raya, selain diri sendiri kerana bendera bersaiz besar yang dipasang pada kenderaan boleh menghalang penglihatan pemandu.
"Tindakan mengibar bendera itu juga boleh mencetuskan provokasi kepada penyokong parti lain dan boleh menyebabkan ketegangan sehingga berlaku kejadian tidak diingini," katanya.
Bagaimanapun, Musa berkata secara keseluruhan perjalanan proses pengundian di kawasan DUN itu berjalan lancar.

Langgan:
Catatan (Atom)