Ahad, 10 Januari 2021

Lebih 500 ditahan langgar PKP

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu 525 
dikompaun manakala tiga direman. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seramai 528 individu ditahan polis semalam kerana ingkar arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) dengan kesalahan mengunjungi pusat hiburan merekodkan jumlah tertinggi iaitu 203.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu 525 dikompaun manakala tiga direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti pusat hiburan (203), tidak memakai pelitup muka (149), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (101), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (73) dan lain-lain (2),” katanya dalam kenyataan.

Ismail berkata, pihak berkuasa menerusi Operasi Benteng semalam turut memberkas 38 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas tiga kenderaan darat.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan 38 operasi sanitasi meliputi 18 zon merah, satu zon jingga, empat zon kuning dan tiga zon hijau membabitkan sembilan negeri dan dua Wilayah Persekutuan dilakukan semalam.

Tiada ulasan: