Selasa, 21 Mei 2019

Scorpene: Perancis ringankan dakwaan rasuah terhadap Razak Baginda

Rakan rapat bekas perdana menteri Najib Razak, Abdul Razak 
Baginda. (Gambar Facebook)
PARIS: Perancis meringankan beberapa tuduhan terhadap pembantu bekas perdana menteri Najib Razak atas tuduhan menerima sogokan berhubung pembelian kapal selam, kata sumber kehakiman semalam.

Najib sendiri kini terlibat dalam skandal rasuah besar-besaran melibatkan dana 1MDB, di mana beliau juga dipersoalkan berhubung kes kapal selam itu.

Rakan rapatnya, Abdul Razak Baginda menasihati Najib ketika beliau memegang jawatan menteri pertahanan antara 2000 hingga 2008 berhubung pembelian 2 kapal selam kelas Scorpene dan 1 kapal selam kelas Agosta bernilai €1 bilion (AS$1.18 bilion) dari unit limbungan tentera laut Perancis DCN yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pertahanan Perancis, Thales.

Siasatan ke atas urusjanji yang dilancarkan pada 2010 mendedahkan Terasasi, firma di mana pemegang saham utamanya ialah Razak, menerima jumlah yang sama untuk apa yang dibilkan sebagai kerja perundingan.

Penyiasat percaya ia benar-benar rasuah.

Razak didakwa di Perancis pada Julai 2017 dengan “persubahatan secara aktif dan pasif dalam rasuah” dan “penggelapan aset korporat”.

Sumber kehakiman itu berkata Mahkamah Rayuan Paris mengugurkan dakwaan “rasuah pasif” namun mengekalkan peringatan tuduhan rasmi.

Peguam Razak, Caroline Toby menyatakan beliau akan membuat rayuan.

Tiada ulasan: