Sabtu, 18 Mei 2019

Polis siasat kes gangguan seksual Ahli Parlimen

Muhammad Azizul Osman
MGF06052019_PC-IPK-SELANGOR_01-681x454
SAC Fadzil Ahmat foto FAREEZ FADZIL

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap seorang Ahli Parlimen kerana dakwaan mencabul seorang wanita.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, ia berdasarkan kepada satu laporan polis yang dibuat mangsa pada Khamis lalu.

“Dalam laporan tersebut beliau menyatakan telah dicabul dan diaibkan oleh seorang lelaki yang merupakan seorang Ahli Parlimen.

“Kejadian dikatakan berlaku beberapa kali sejak Disember 2018. Kes disiasat dibawah Seksyen 354KK dan 509KK,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Awal hari ini, Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan yang membuat satu sidang media berkata, laporan polis berniat jahat yang dibuat oleh seorang wanita yang mengaku sebagai pegawai penyelidikan parlimennya itu.

Semalam, Malaysiakini melaporkan seorang ahli Parlimen PKR dari Perak dan seorang wanita saling membuat laporan polis antara satu sama lain.

Wanita berkenaan mendakwa menerima gangguan seksual daripada seorang ahli Parlimen PKR sejak Disember tahun lalu.

Selain gambar-gambar lucah, pengadu yang juga Bendahari Cabang PKR Sungai Siput mendakwa Kesavan turut menunjukkan ‘Kamasutra’, buku lama mengenai seksualiti dan erotik.

Dalam masa sama, Ahli Parlimen berkenaan pula membuat laporan polis mengadu tentang trauma dan gangguan jiwa terhadapnya akibat gangguan wanita berkenaan. -MalaysiaGazette

Tiada ulasan: