QURNISHA HAMKA
Shafie Apdal (tengah)
selepas selesai merasmikan penutup Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian
Parit Sulong hari ini. - Foto TRP/Azrol Ali
BATU PAHAT, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengakui hakikat bahawa Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak diberitahu mengenai wang derma yang diperoleh parti itu.
“Apa yang saya tahu, sepanjang kehadiran
saya, kita tidak diberitahu pun,” katanya di dalam sidang media selesai
merasmikan penutup Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Parit Sulong hari
ini.
Meskipun tidak dimaklumkan kepada ahli
MT, Shafie berkata bahawa hal berkenaan wang derma untuk Umno itu
diberitahu di dalam mesyuarat Kabinet.
“Saya cuma dimaklumkan dalam Kabinet. Itu
saya diberitahu dalam mesyuarat Kabinet yang terakhir saya hadiri.
Dalam mesyuarat MT tidak ada,” jelasnya lanjut.
Beliau mengulas berkenaan isu wang derma
yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Presiden Umno, Datuk Seri Najib
Razak berjumlah RM2.6 billion.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan RM2.6 billion di dalam akaun peribadi
Najib adalah daripada sumbangan penderma dari Timur Tengah yang
digunakan bagi tujuan kempen politik.
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan
Nasional (BN) Tan Sri Shahrir Abdul Samad juga sebelum ini dilaporkan
berkata, sejak zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir MT Umno dan juga Badan
Perhubungan Umno Negeri tidak pernah dimaklumkan apa-apa sumbangan dan
derma politik yang diperolehi oleh presiden atau bendahari parti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan