Isnin, 11 Mei 2015

Zam dakwa Najib akan dinasihat berundur petang ini

 
Majlis Tertinggi UMNO akan menasihatkan Najib supaya berundur secara ikhlas, bersopan dan beradab pada mesyuarat petang ini.


najib-umno



PETALING JAYA : Majlis Tertinggi UMNO yang akan bermesyuarat pada petang ini akan menasihatkan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Dakwaan itu dibuat oleh bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin dalam entri terbarunya di blog zamkata.blogspot.com

Beliau berkata, Majlis Tertinggi UMNO akan memaklumkan kepada Najib bahawa Perdana Menteri tidak lagi mendapat sokongan rakyat di peringat bawah selain ahli parti sendiri.

“Maklumat yang saya terima pada keseluruhannya anggota MKT (Majlis Kerja Tertinggi) telah pun menerima hakikat bahawa Najib tidak lagi mendapat sokongan rakyat di bawah terutama dalam parti sendiri.

“Dan mereka mungkin akan memberitahu Najib secara ikhlas, bersopan dan beradab dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO petang ini,” tulis Zam.

Sementara itu, Zainuddin menyeru umat Islam bersama-sama menyertai doa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Mekah supaya Najib berundur.

“Marilah kita bersama-sama menyertai doa mantan Perdana Menteri di tanah suci Mekah agar Allah membuka hati Najib secara bijaksana berundur diri dan meletakkan jawatan pada masa yang sesuai bagi menyelamatkan maruah bangsa, agama dan negara,” tulisnya.

Zainuddin memaklumkan Dr Mahathir berlepas ke Mekah bagi mengerjakan umrah pada Ahad.

Tiada ulasan: