shahbudindotcom
Hanya
beberapa jam selepas ahli-ahli MT memberi sokongan kepada Najib Razak
sambil mahukan beliau menyelesaikan apa juga masalah berkaitan 1MDB,
kini timbul satu lagi pendedahan "menggerunkan" daripada bekas MB
Terengganu, Ahmad Said.
Beliau
yang dipaksa meletakkan jawatan tahun lalu mendedahkan syarikat
pelaburan itu pernah berhasrat hendak mencagarkan minyak dan gas di Laut
Terengganu tetapi tidak menjadi kenyataan kerana kerajaan negeri tidak
menyetujuinya.
Katanya,
urusniaga itu dilakukan ketika 1MDB menpunyai hubung kait dengan
Terengganu Invesment Authority (TIA) dan beliau kemudian turut dimarahi
oleh Najib atas beberapa masalah yang timbul serta menjadi antara punca
beliau "diturunkan" daripada jawatannya sebagai ketua kerajaan negeri
itu.
Ahmad
Said juga berkata, beliau akan menunggu masa yang sesuai untuk
mendedahkan lebih banyak perkara mengenai "hanky panky" melibatkan 1MDB
yang diketahuinya.
Dengan
munculnya pendedahan Ahmad Said ini, satu lagi tamparan menerjah
singgah ke pipi Najib. Ia secara tidak langsung bermaksud bahawa
syarikat pelaburan itu memang sejak awal penubuhannya lagi sudah mahu
dilencongkan dengan kesanggupan mencagar apa saja demi mendapatkan wang.
Maka
itu, tidaklah menghairankan mengapa ia sanggup berhutang sehingga RM42
bilion sedangkan pelaburan dan pembelian asetnya sebagaimana yang
digariskan oleh Tun Mahathir hanya kira-kira RM16 bilion saja.
Najib
juga nampaknya sanggup menurunkan Ahmad Said daripada jawatan MB
Terengganu hanya kerana hasrat serta keinginannya mahu mencagar minyak
dan gas itu gagal dipenuhi.
Kalaulah
minyak dan gas itu berjaya digadaikan dahulu, bayangkan apa yang
tinggal lagi untuk rakyat Terengganu daripada hasil bumi yang diperolehi
di negeri sendiri?
Seorang
rakan berasal dari Terengganu berkata, jika usaha mencagar minyak dan
gas itu tidak dihalang dahulu dan berdasarkan apa yang berlaku kepada
1MDB sekarang, tidak mustahil industri keropok lekor juga sudah jadi hak
milik asing ketika ini.
Maknanya, walaupun kelihatan kasar dan "gedebe", Ahmad Said ada jasa dan sumbangannya yang tersendiri untuk rakyat Terengganu.
Apa
yang diharapkan oleh ramai pihak ialah agar Ahmad Said tidak menunggu
terlalu lama untuk mendedahkan apa yang diketahuinya mengenai
kepincangan serta campurtangan Najib dalam syarikat pelaburan itu.
Beliau
juga diharapkan tidak menjadikan semua ini sebagai ugutan dan tawar
menawar untuk memperolehi sesuatu yang semata-mata bersifat untuk
kepentingan dirinya saja.
Sebagai
bekas ketua kerajaan negeri, Ahmad Said harus membuktikan pendedahannya
adalah semata-mata untuk kepentingan rakyat, sambil dapat membersihkan
semula namanya yang tercalar akibat dipaksa berundur oleh Najib sebelum
ini.
Setelah
dana daripada Tabung Haji, KWAP, PNB dan percubaan menggadai minyak
serta gas turut didedahkan sebagai percubaan untuk membiayai 1MDB,
apakah akan muncul pendedahan-pendedahan baru lagi selepas ini?
Apakah
pendedahan demi pendedahan ini bakal menjadikan sokongan yang diterima
Najib akan mula terbarai dan kedudukannya sebagai Perdana Menteri juga
menjadi semakin rapuh?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan