shahbudindotcom
Beberapa
rakan menyampaikan perkhabaran bahawa Perdana Menteri, Najib Razak
seperti tidak ceria lagi sejak kebelakangan ini. Wajahnya dikatakan
nampak kusut, keruh dan seolah-olah tidak gembira seperti selalunya.
Pada
majlis makan malam bersama media semalam, Najib dilihat jelas tidak
gembira sedangkan di keraian seumpama itu beliau sepatutnya berwajah
ceria kerana semua penyokong dan pengampunya berkumpul sebagai tanda
setia dan ingin terus bersamanya.
Tetapi ramai yang menyampaikan berita di majlis itu Najib tidak segembira seperti biasa.
Begitu
juga pada sebelah siangnya, ketika melancarkan Institut Wasatiyah di
Putrajaya, Najib turut dikesan tidak mempamerkan wajah ceria dan
gembiranya.
Ada
tetamu yang biasa bersama dan berbual dengannya sebelum ini jelas dapat
merasakan ada perubahan pada wajah dan air muka Najib di majlis itu.
Walaupun beliau cuba melayan dan berbual dengan tetamu sebagaimana
biasa, namun kelainan pada wajahnya tidak dapat disembunyikan.
Beberapa
tetamu kemudian berbual sesama sendiri dan meluahkan kehairanan dengan
perubahan pada Perdana Menteri sejak kebelakangan ini.
Ada juga yang melihat Najib sekarang ini turut kelihatan agak cengkung, sedikit kurus dan seolah-olah sudah hilang semangat.
Kenapakah semua ini terjadi? Apakah yang merunsing dan membebankan Najib sebenarnya?
Adakah
ia berkaitan 1MDB yang tidak habis-habis terdedah kepada umum mengenai
caca-marbanya? Apakah beliau kini sudah mulai bosan dengan masalah yang
timbul dalam syarikat itu yang dikaitkan dengan Jho Low dan ahli
keluarganya tetapi beliau yang terpaksa menanggung bebannya?
Adakah
kerunsingan dan wajah tidak ceria itu kerana sedang menunggu apakah
lagi serangan dan kritikan daripada Tun Mahathir kepadanya selepas ini?
Tetapi
jika beban serangan Tun Mahathir yang dirunsing dan dirisaukannya,
bukankah beliau sudah berikrar tidak akan menyerah dan akan terus
melawan?
Lebih
dari itu, bukankah baru-baru ini juga Najib sudah turun ke Tawau dengan
disambut meriah kira-kira 40 ribu akar umbi keturunannya kerana di
daerah itulah sebetulnya warga Bugis paling ramai menetap di negara ini?
Tidakkah
sepatutnya, selepas bertemu dengan mereka yang sejenis darah dengannya
dan kemudian menyatakan tidak akan menyerah serta akan terus melawan
bagi mengekalkan jawatannya, Najib seharusnya berwajah lebih ceria
kerana sudah mendapat sokongan moral yang sangat bermakna?
Apakah
keceriaan yang sudah hilang itu kerana Najib semakin menyedari hayat
politiknya semakin pendek berikutan serangan berterusan daripada Tun
Mahathir ini bukan saja membuatkan rakyat semakin menjauhinya, bahkan
sudah ada pemimpin UMNO sendiri yang goyang pendiriannya?
Apakah
juga Najib kini semakin menginsafi bahawa kerana karenah sesetengah
ahli keluarganya dan isu 1MDB yang terus berlarutan ini turut membuatkan
hubungannnya mulai renggang dengan adik-beradiknya sendiri?
Akhirnya,
mungkinkah keceriaan yang hilang ini merupakan tanda-tanda Najib
semakin tak tertanggung dengan beban yang dipikulnya sekarang dan bakal
membuat pilihan tidak lama lagi kerana sedar mengharapkan Tun Mahathir
berhenti daripada menyerang dan mengkritiknya adalah mustahil sama
sekali?
Dua wajah Najib di malam bersama media yang jelas tergambar tiada lagi gembira dan ceria...
Mungkinkah ini yang membuatkan Najib tergangggu dan tidak ceria?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan