Sebagai permulaan, perubahan yang dilakukan dijangka membabitkan jawatan yang disandang seorang timbalan menteri, sebelum perubahan yang lebih besar dilakukan.
Beberapa pihak dalam Umno memaklumkan, ia adalah sebahagian langkah untuk mengukuhkan hubungan dengan akar umbi, masyarakat keseluruhannya dan juga media.
Sumber-sumber memaklumkan, khabar untuk melakukan perubahan ini sudah lama dibincangkan di peringkat bawah tetapi tidak pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno.
"Malahan, sudah ada pihak mula melobi untuk menggantikan jawatan yang penting di peringkat Umno dan Barisan Nasional itu," katanya yang menjangka perkara itu akan diketengahkan pada mesyuarat MT Umno pada Isnin.
Kenyataan yang dilabelkan sebagai tidak matang hingga digunakan pembangkang untuk menghentam kerajaan, selain menimbulkan kemarahan masyarakat diambilkira dalam melakukan perubahan ini.
Malahan, sumber itu mendakwa, pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin dan Permatang Pauh baru-baru ini, ada pihak meminta supaya timbalan menteri itu tidak hadir berkempen untuk calon BN kerana bimbang akan memberi persepsi negatif kepada pengundi.
"Perubahan yang dibuat di peringkat parti ini mungkin membawa kepada rombakan Kabinet, jika Perdana Menteri benar-benar mahu pemimpin negara dihormati ramai," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan