Rabu, 16 April 2014

Selangor belanja RM1.93 juta biaya Program Kesihatan Rakyat Miskin

Oleh:NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri memperuntukkan sRM500,000 setahun bagi membiayai Program Bantuan Kesihatan Rakyat Selangor yang disalurkan bagi membantu golongan kurang berkemampuan dan dilaksanakan, sejak 2009.

Exco Kesihatan Selangor, Dr Daroyah Alwi, berkata sehingga kini Kerajaan Negeri sudah membelanjakan RM1.93 juta bagi tujuan berkenaan.

“Antara bantuan rawatan yang diberikan adalah dialisis, katarak, pembedahan kecil dan rawatan lain serta kaki palsu.

Dr Daroyah DNS“Kerajaan Negeri lebih memfokuskan program ini kerana didapati berjaya memberi kesan kepada rakyat miskin,” katanya ketika menjawab soalan dalam persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Statistik jumlah penerima bantuan juga menunjukkan peningkatan sejak program itu mula dilaksanakan apabila pada 2010 sejumlah 114 penerima dengan pembiyaan RM211,308 disalurkan dan 201 orang penerima dengan membabitkan pembiayaan RM408,660, pada 2011.

Manakala, pada 2012 sejumlah 255 orang dengan jumlah pembiyaan RM561,000 dan 2013 pula membabitkan 298 penerima dengan pembiyaan RM611,823 disalurkan.

Sementara itu, sehingga kini Kerajaan Negeri sudah membelanjakan RM139,780 bagi membiayai bantuan kesihatan seramai 61 penerima daripada golongan miskin di Selangor untuk tahun ini.-NFN-

Tiada ulasan: