Sabtu, 26 April 2014

Pergiat penerangan hudud kepada bukan Islam


 
SALMAH MAT HUSAIN 


KOTA BHARU: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam meluangkan masa menziarahi bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Beliau mengambil peluang kira kira 40 minit untuk bertanya khabar berhubung kesihatan Abdul Halim yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan itu di kediamannya di Penambang.

Dalam pertemuan itu, Tuan Guru Abdul Hadi turut menyatakan usaha kerajaan Kelantan berkaitan perlaksanaan syariat Islam di negeri itu yang turut diusahakan oleh Abdul Halim sebelum ini akan diteruskan.

Beliau berkata, usaha PAS kini bukan hanya membawanya di Parlimen, malah mempergiat usaha penerangan kepada masyarakat bukan Islam berkaitan hukum tersebut.

"Ianya penting untuk memberi penerangan kepada mereka agar memahaminya berkenaan hukum tersebut,"ujarnya.

Abdul Halim dalam responnya berharap ianya berjalan dengan baik.

Pada masa yang sama beliau mengucapkan terima kasih pada Tuan Guru kerana menziarahinya.

Prestasi kesihatan Abdul Halim yang juga bekas Ahli Parlimen Pengkalan Chepa kini semakin baik. Beliau mengalami masaalah saraf sejak tahun lalu.

Sebelum ini Penasihat Umum  Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menziarahi beliau. -

Tiada ulasan: