Rabu, 16 April 2014

Memulihkan MAS ‘Demi Rakyat Dan Negara’



Oleh Ng Kee Seng


Pentadbiran yang tidak cekap dan tidak dipertanggungjawabkan tidak boleh dibiarkan sahaja atas apa-apa sebab sekalipun, dan ini termasuklah Penerbangan Malaysia (MAS)
.
Dapat difahami mengapa media cetak arus perdana pro-kerajaan mempertahankan MAS, tetapi ia perlu dilakukan tanpa menghina kebijaksanaan rakyat Malaysia.

Ya! “MAS has done much good for country” (MAS telah membawa banyak kebaikan untuk negara) (NST 14April 2014). Tetapi itu bukannya alasan untuk merelakan pentadbiran yang lemah dan tidak cekap.

Tidak kira bagaimana NST cuba mempertahankan MAS, aspek kewangan masih penting bagi mana-mana perniagaan. Ini terutamanya apabila syarikat penerbangan udara negara negara itu kerugian wang kerana kebocoran yang tidak boleh diterima.

Perolehan barangan dan perkhidmatan yang dilakukan MAS, terutamanya penyediaan makanan dalam penerbangan, dilakukan pada harga yang terlalu tinggi yang menguntungkan kroni sehingga beratus-ratus juta ringgit setiap tahun.

Seorang kolumnis NST menulis: "Adalah mudah untuk mengkritik. Ia adalah lebih sukar untuk menawarkan alternatif. Seperti yang dijangka, semua jenis teori telah dicadangkan untuk menerangkan kehilangan. Tiba-tiba kami melihat ramai pakar datang muncul berkongsi pandangan mereka mengenai kejadian itu. Permainan saling menuduh juga semakin rancak."

Tetapi adakah MAS dan kerajaan persekutuan telah mengendahkan alternatif, seperti membatalkan kontrak pembekal yang mengaut keuntungan tidak masuk akal dan keterlaluan?

Masalah kewangan MAS adalah disebabkan oleh ketirisan, yang mengakibatkan kerajaan persekutuan terpaksa menyelamatkan syarikat penerbangan kebangsaan itu dengan wang cukai.

Kolumnis NST juga menulis: "Patutkah MAS dinilai hanya melalui keuntungan? Bagi saya MAS tidak harus dinilai hanya melalui keuntungan. Sudah tentu adalah lebih baik jika syarikat penerbangan kebangsaan ini untung. Tetapi syarikat penerbangan nasional ini harus dinilai lebih kepada sumbangan keseluruhannya bagi ekonomi negara..."

Tidak ada sesiapa yang mempertikaikan bahawa MAS sedang melakukan khidmat "Demi Rakyat Dan Negara", dari segi promosi pelancongan dan pengendalian kargo, dan lain-lain.

Tetapi MAS tidak boleh dibenarkan selama-lamanya membazirkan wang cukai dan negara semata-mata bagi menmanfaatkan kontraktor yang untung secara berlebihan.

Oleh Ng Kee Seng

Itu sangat tidak bertanggungjawab, tidak boleh diterima dan merugikan negara.

Berkenaan keuntungan, kolumnis NST itu menulis: "Ya, MAS telah mengalami kerugian sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kita perlu diingatkan bahawa ini bukan hanya berlaku kepada MAS. Untuk rekod, ini juga berlaku terhadap kebanyakan syarikat penerbangan negara lain..."

Begitu ironis dan bersahaja. Membandingkan MAS dengan syarikat penerbangan negara yang sedang rugi? Mengapa tidak Singapore Airlines?

Masalahnya dengan kerajaan persekutuan ialah ia meraikan pencapaian sederhana, bukannya budaya kecemerlangan.

Kita tertanya-tanya bagaimana syarikat penerbangan sebuah negara kecil boleh mengatasi prestasi sebuah negara yang bukan sahaja lebih besar dari segi saiz dan jumlah penduduk, tetapi juga dari segi kekayaan sumber semula jadi.

Khazanah memiliki 69 peratus daripada MAS. Persoalan sebenar kerugian MAS adalah sama ada kerajaan mempunyai kesungguhan politik untuk mengakui masalah sebenar yang melanda MAS – menyekat ketirisan kewangan.

Bank utama MAS, menurut laporan tahunan terbarunya, adalah RHB, CIMB, Maybank dan Citibank.
Sehingga akhir Disember 2013, MAS mempunyai jumlah hutang sebanyak RM11.7 bilion.

Pembayaran balik hutang utama seterusnya dijangka dilakukan pada pertengahan 2022, apabila bon bernilai AS$455.2 juta (RM1.5 bilion) matang, menurut data Thomson Reuters.

Bolehkah bebanan hutang MAS seperti ini diteruskan, dan rakyat Malaysia perlu membayar lebih banyak cukai?

Kolumnis ini menyimpulkan dengan tepat: "Sudah tiba masanya kita menilai kembali gambaran yang lebih besar tentang bagaimana MAS telah dan akan terus menyumbang kepada agenda ekonomi keseluruhan negara. Ini akan menjadi cara yang lebih membina bagi menilai MAS. Sebenarnya kita akan lebih rugi dengan ketiadaan sebuah syarikat penerbangan nasional yang berkesan seperti MAS."

Tetapi adakah MAS dan kerajaan persekutuan mempunyai kemahuan politik yang ikhlas untuk memulihkan MAS? - See more at: http://bm.theantdaily.com/

Tiada ulasan: