MALAYSIAKINI
Ketua Pemuda Sosialis DAP, Teo Kok Seong hari ini mendesak Majlis
Tertinggi Pimpinan Pakatan Rakyat supaya bertindak pantas untuk
menyelesaikan isu perlaksanaan hudud di Kelatan agar dapat mengembalikan
keyakinan rakyat terhadap Pakatan.
Katanya, Pakatan yang dianggotai tiga komponen parti - PKR, PAS dan DAP -
mendapat sokongan kerana manifesto bersama dan dasar bersama yang
dipersetujui ketiga-tiga parti itu, dapat diterima majoriti rakyat
Malaysia.
"51 peratus pengundi di Malaysia memberi sokongan dan mandat kepada
Pakatan Rakyat dengan 89 ahli Parlimen mewakili suara mereka di Dewan
Rakyat," kata Teo yang juga ahli Parlimen Rasah dalam satu kenyataaan.
"Selain itu, sokongan rakyat terhadap dasar bersama Pakatan Rakyat telah
berjaya membolehkan Pakatan mempertahankan kerajaan Kelantan, Selangor
dan Pulau Pinang.
"Saya amat yakin semangat bermuafakat di antara ketiga-tiga parti
komponen Pakatan dapat menyelesaikan segala perbezaan fahaman serta
pandangan," katanya..
Pada masa yang sama, katanya, Pakatan seharusnya menumpukan kepada usaha
menyelesasaikan masalah ekonomi dan sosial yang sudah semakin parah
ketika ini.
"Apatah lagi kelak apabila GST dilaksanakan. Saya tak dapat membayangkan
bebanan hidup rakyat ketika itu sedangkan kita sesama sendiri berbalah
hal hudud.
"Seharusnya ketika ini kita mencari titik penyatuan,bukan perbezaan.
"Jangan kita lupa, BN ditolak majoriti rakyat Malaysia kerana mereka
gagal menepati janji mereka. Maka adalah wajib bagi Pakatan Rakyat untuk
terus berusaha demi menunaikan janji-janji yang telah kami tawarkan.
"Akhir sekali, kenyataan Sdr Lim Kit Siang pada 24 April 2014 haruslah
dijadikan rujukkan dan juga peringtan yang penting kepada kita semua,"
tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan