Jumaat, 11 April 2014

Mahkamah Koroner tanpa penambahbaikan tak hilangkan kekebalan polis

KEADILAN DAILY

LFL 
KUALA LUMPUR : Badan Hak Asasi, Lawyers for Liberty (LFL) berkata, penubuhan mahkamah koroner tanpa menggubal Akta Koroner atau perubahan struktur yang komprehensif tidak menghilangkan kekebalan anggota polis yang terlibat dalam kes salah laku.

Pengarah Eksekutif LFL, Eric Paulsen berkata, Mahkamah Koroner yang ditubuhkan secara tergesa-gesa tanpa menguatkuasa Akta Koroner mengakibatkan kebanyakan inkues berakhir dengan ‘keputusan terbuka’(open verdict).

Beliau merujuk kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukry bahawa Mahkamah Koroner akan berkuatkuasa 15 April ini bagi menggantikan sistem inkues sedia ada.

“Fungsi utama Mahkamah Koroner ialah untuk secara bebas menyiasat bagaimana, bila dan dimana seseorang meninggal dunia dan menyampaikan penemuan dan keputusan.

“Kami sangat bimbang bahawa ini akan menjadi keadaan biasa di mana polis dan pejabat AG seperti banyak kes sebelum ini mengabai, melindungi atau membuat tuduhan keterlaluan ke atas punca kematian,” kata Eric.

Beliau turut merujuk Suruhanjaya Siasatan Diraja kematian Teoh Beng Hock, menunjukkan dengan jelas anggota polis cuba melindungi salah laku rakan mereka semasa memberi keterangan.

Katanya, Kanun Acara Jenayah tidak menyediakan koroner peranan yang lebih berbentuk penyiasatan atau penyeliaan dari saat kematian seseorang dalam tahanan.

“Koroner masih bergantung sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat kakitangan mereka sendiri.
LGL mendesak kerajaan mengadakan rundingan dengan Majlis Peguam dan masyarakat sivil untuk menubuhkan Mahkamah Koroner dengan undang-undang yang komprehensif.

Ia termasuk memperinci kuasa pengawasan siasatan polis bagi memastikan semua bukti berkaitan dikumpul untuk menghalang daripada tindakan subahat dan kecuaian penyiasatan.

Menurutnya lagi, bagi mengembalikan keyakinan orang ramai ke atas sistem keadilan, peguam negara dan badan kehakiman yang komited bagi menyiasat kes pembunuhan, ia perlu diganti dengan penyiasatan yang bebas dan cekap.

Tiada ulasan: