Ahad, 6 April 2014

Langkah Johor biar sentimental, tapi menusuk kalbu - Salahudin

NAZRI ABDULLAH 


MUAR: Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata, beliau yakin Pakatan Rakyat Johor akan mencipta sejarah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Bercakap di hadapan lebih 2,000 hadirin sempena ceramah Karnival 60 tahun PAS Johor di sini malam tadi, beliau menegaskan derap langkah sedang diatur untuk mencapai matlamat itu.

"Dahulu dengan angkuh dan sombong ada pemimpin Umno kata, bumi bertangkup dengan langit pun PAS takkan menang di Johor.

"Sekarang kita sudah hantar empat orang wakil PAS dalam Dun Johor," kata beliau.

Menyedari perubahan di Johor sedikit lambat berbanding negeri lain kerana ianya kubu kuat Umno pada satu masa dahulu, namun katanya rakyat Johor kini sudah mahu berubah.

"PAS Johor lambat sedikit ibarat lagu sentimental, tapi menusuk kalbu," katanya lagi.

Dalam pada itu beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada DAP dan PKR yang telah bersama PAS menguatkan lagi Pakatan Rakyat di negeri ini.

Dengan kerja kuat ketiga-tiga parti ini, beliau yakin perubahan besar akan berlaku pada PRU14 nanti.

Tiada ulasan: