Jumaat, 25 April 2014

Kami tidak harap sokongan Putrajaya, kami akan terus lawan, kata anak Karpal Gobind

Anak lelaki Karpal Singh yang juga Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo ketika berucap dengan penuh emosi dalam majlis memperingati mendiang ayahnya yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 April, 2014.Anak lelaki Karpal Singh yang juga Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo ketika berucap dengan penuh emosi dalam majlis memperingati mendiang ayahnya yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.

OLEH EILEEN NG DAN DIYANA IBRAHIM


Keluarga Karpal Singh tidak mengharapkan sebarang "sokongan" Putrajaya dalam rayuan mereka terhadap bekas peguam dan ahli politik yang disabitkan hukuman kerana menghasut itu, kata anaknya kepada lebih daripada 3,000 orang malam tadi.

Anak Karpal, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh berkata beliau sedar semakin ramai yang menuntut Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menggugurkan rayuan balas untuk meningkatkan hukuman Karpal daripada RM4,000, tetapi keluarganya akan terus membuat rayuan untuk menghapuskan noda daripada kerjaya Karpal yang cemerlang itu.

Karpal didenda RM4,000 selepas Mahkamah Tinggi pada 21 Februari mendapati bekas pengerusi DAP itu bersalah mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan terhadap Sultan Perak pada kemuncak krisis perlembagaan pada 2009.

Karpal memfailkan notis rayuannya terhadap sabitan dan hukuman itu serta sedang menunggu hakim perbicaraan untuk menyediakan alasan penghakiman bertulis sebelum membawa perkara itu kepada Mahkamah Rayuan.

Mesra dikenali sebagai Harimau Jelutong, Karpal, 73, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Kampar, Perak minggu lepas. Juga terbunuh ialah pembantunya, Michael Cornelius.

Ribuan orang ramai yang hadir pada majlis memperingati mendiang Karpal Singh di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 April, 2014.Ribuan orang ramai yang hadir pada majlis memperingati mendiang Karpal Singh di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim,"Kita tidak memerlukan apa-apa sokongan daripaDA AG. Kita tidak memerlukan simpati beliau. Kami tidak akan berundur, kita akan berjuang sehingga akhir kerana dia berjuang sehingga akhir," kata Gobind yang menerima tepukan gemuruh daripada ribuan yang hadir pada majlis memperingati Karpal di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor malam tadi.

Karpal melakukan kesalahan itu di firma guamannya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur pada 6 Februari 2009.

Beliau berkata penyingkiran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak oleh Sultan Azlan Shah boleh dipersoalkan di mahkamah undang-undang.

Hujah Karpal adalah beliau ditanyakan pendapat undang-undang dan tidak menjadi ancaman kepada sultan, yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara itu.

Apabila Gobind naik ke pentas, beliau mengambil sedikit masa untuk mula bercakap, kerana kelihatan cuba mengatasi emosinya. Orang ramai bertepuk tangan dan bersorak memberikan semangat kepadanya.

Mengucapkan terima kasih kepada mereka yang datang memberi penghormatan serta doa dan takziah, Gobind berkata penting untuk menyelesaikan apa yang Karpal mulakan untuk negara.

Ketika berkata beliau insan istimewa kerana mempunyai seorang bapa yang hebat, yang disifatkan sebagai "orang besar", Gobind menggesa semua orang meneruskan perjuangan Karpal untuk mempertahankan kedaulatan undang-undang dan keadilan.

Beliau berkata walaupun banyak halangan yang dihadapi oleh bapanya – daripada tuduhan menghasut, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kemalangan kereta pada 2005 yang menyebabkan beliau berada di atas kerusi roda – Karpal tidak pernah berputus asa.

"Walaupun keadaannya begitu, beliau terus berjuang dan tidak pernah berputus asa. Roh yang ada di dalamnya yang saya fikir kita semua mesti belajar daripadanya, kepercayaan dalam perjuangan untuk Malaysian Malaysia di mana terdapat kesaksamaan, keadilan dan keadilan. Kita tidak boleh berhenti di sini. Kita mesti meneruskan perjuangan ini lagi," katanya.

Beliau mengakhiri ucapannya dengan ungkapan yang menjadi sinonim dengan Karpal: "Jangan main-main, harimau terus hidup!", menyebabkan orang ramai mengaum penuh semangat menyokongnya.

Pada majlis peringatan itu, ucapan takziah daripada Pakatan Rakyat mencurah masuk, dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun ada ketikanya beliau dan orang awam dikritik Karpal, beliau tahu ia dibuat tanpa niat jahat.

"Saya mengambilnya dengan hati terbuka. Ssaya melihat ia seperti tamparan penyayang di pergelangan tangan daripada abang kepada adik-beradik yang lebih muda," kata beliau sambil menambah beliau tidak akan melupakan lawatan tetap daripada Karpal ketika berada di penjara Sungai Buloh."

Ketika hubungan terakhir beliau dengan Karpal, pada petang sebelum kemalangan iaitu pada jam 6.30 petang, Anwar berkata Karpal menyuarakan kebimbangan beliau terhadap kes liwat MP Permatang Pauh itu.

"Kami menamatkan perbualan kami dengan pukulan perpisahan daripada Karpal, 'Datuk Seri Anwar, teruskan, saya akan melakukan yang terbaik. Saya akan terus berjuang dan anda kena teruskan'," kata Anwar.

Rakan seperjuangan Karpal, pemimpin Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, secara peribadi beliau berasa kehilangan besar kerana mereka berdua bersama dalam menuntut keadilan, kebebasan, demokrasi dan tadbir urus yang baik selama 44 tahun lalu.

"Saya pertama kali bertemu beliau selepas saya keluar daripada tahanan ISA pertama selepas 13 Mei," katanya merujuk kes rusuhan perkauman berdarah tahun 1969 itu.

"Masa itu, walaupun kita mendapat banyak sokongan daripada rakyat Malaysia, sangat sedikit bersedia untuk tampil ke hadapan  menghadapi pihak berkuasa.

"Tetapi Karpal berbeza. Beliau menyertai DAP pada 1970 dan berada di barisan hadapan dalam perjuangan untuk Malaysian Malaysia dan kami berjuang bersama-sama sehingga sekarang," katanya.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata beliau kehilangan  keyakinan dan keriangan Karpal, dengan mengatakan bukan sahaja beliau penuh dengan keberanian dan daya hidup, beliau juga menunjukkan banyak kekuatan, kesetiaan serta idealisme.

"Apabila anda berada dalam kesusahan dan memerlukan rakan, anda lebih baik mempunyai Karpal Singh berdiri di sebelah anda kerana dia akan setia dan kekal di situ hingga akhir bersama anda. Tidak kira apa yang ada di hadapan".

Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai berkata, Karpal sentiasa menjadi mimpi ngeri kepada BN ketika masih hidup dan ia akan berterusan selepas kematiannya, apabila Putrajaya enggan membenarkan sebuah dewan sekolah digunakan untuk majlis peringatannya, dan memaksa parti mengadakannya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor.

"Untuk memperingati perngorbanan dan memenuhi impiannya untuk Malaysia yang lebih baik, kami di DAP berjanji melakukan yang terbaik pada pilihan raya umum akan datang untuk menamatkan hegemoni parti jahat, pencuri dan zalim," katanya dalam satu rujukan jelas kepada BN.

Beliau turut memberikan penghormatan kepada Michael Cornelius , yang beliau sifatkan sebagai "wira tanpa nama" yang dengan setia berada di sisi Karpal sejak terpaksa menggunakan kerusi roda selepas kemalangan kereta.

"Beliau berkhidmat dengan baik. Tanpanya, tidak akan mungkin bagi Karpal untuk berkhidmat sebagai jurucakap kepada mereka yang terpinggir," tambah beliau.

Antara para pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir pada majlis memperingati mendiang Karpal Singh di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 April, 2014.Antara para pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir pada majlis memperingati mendiang Karpal Singh di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim,

Tiada ulasan: