Khamis, 17 April 2014

Himpunan 1 Mei: Tian Chua, Mat Sabu jumpa polis Isnin depan

KEADILAN DAILY

1MEI 
KUALA LUMPUR : Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menyatakan Pakatan Rakyat akan berbincang dengan pihak polis mengenai perhimpunan gergasi Hari Buruh 1 Mei depan.

Menurut Tian, beliau akan bersama Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang lebih mesra dipanggil sebagai Mat Sabu dan bertindak sebagai ahli jawatankuasa mobilisasi Himpunan 1 Mei ini untuk memberi keterangan kepada polis.

“Mat Sabu dijemput untuk berbincang dengan polis berhubung (himpunan) 1 Mei nanti.
” Dalam perhimpunan ini Mat Sabu sebagai jawatankuasa mobilisasi, ” kata Tian ketika dihubungi Keadilandaily.

Tian Chua (KEADILAN) dan Ronnie Liu (DAP), antara pimpinan Pakatan yang memainkan peranan dalam menggerakkan himpunan gergasi ini.

Beliau semalam tidak hadir ke Balai Polis Dang Wangi untuk memberi keterangan kerana menurutnya Pakatan Rakyat tidak terlibat mengenai himpunan di KLCC, tetapi bertanggungjawab mengenai himpunan di Dataran Merdeka pada tarikh tersebut.

“Polis minta keterangan berhubung perhimpunan di KLCC, Pakatan Rakyat tidak berhimpun di situ, tetapi di Dataran Merdeka, ” katanya.

Perhimpunan 1 Mei mengumpulkan bantahan terhadap dasar kerajaan Barisan Nasional termasuk pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Tuntutan Royalti, kenaikan harga barang dan memansuhkan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Tiada ulasan: