Sabtu, 12 April 2014

Hampir 500,000 akan tentukan barisan baru PKR

MALAYSIAKINI




 
 
 
Hampir setengah juta ahli PKR akan memilih pimpinan terbaru mereka bermula hujung bulan ini.
 
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Datuk Johari Abdul (bawah) berkata pengundian akan dilakukan secara berperingkat mengikut negeri sama seperti tahun 2010.
 
Seramai 247 calon telah mengesahkan pencalonan mereka bagi bertanding di pelbagai jawatan peringkat pusat dan negeri.
 
Untuk peringkat pusat,  calon akan mengisi satu jawatan presiden, satu timbalan presiden, empat naib presiden dan 20 ahli majlis pimpinan pusat.
 
Sementara itu untuk Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan wanita, calon akan mengisi satu kerusi ketua dan timbalan, tiga untuk naib dan 20 exco.
 
Manakala di peringkat cabang pula, satu jawatan dipertandingkan untuk ketua cabang, timbalan, naib dan 15 untuk ahli jawatankuasa (AJK) cabang masing-masing.
 
AMK peringkat cabang mempunyai pecahan kerusi sama manakala Wanita hanya memperuntuk tujuh kerusi AJK.
 
Cara mengundi juga tidak berubah dengan semua ahli yang layak mengundi diminta menulis nombor calon pada kertas undi.
 
Pengundian biasanya bermula pada jam 10 pagi dan dijangka berakhir jam 4 petang.
 
Seramai 496,923 dari sejumlah  500,001 ahli parti layak mengundi dalam pemilihan kali ini.
 
Jadual pengundian negeri
 
  • 26 April: Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Pahang
     
  • 27 April: Sarawak, Johor dan Melaka
     
  • 3 Mei: Sabah, Kedah dan Perlis
     
  • 4 Mei: Sabah, Perak dan Pulau Pinang
     
  • 10 Mei: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan
     
  • 11 Mei: Selangor

Tiada ulasan: