Rabu, 2 April 2014

Bible: Tulis surat kepada Peguam Negara, kata Khalid


Bagi mendapatkan semula 300 buah bible yang dirampas.

Khalid Ibrahim
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor mencadangkan agar pihak Bible Society of Malaysia menulis surat kepada Peguam Negara bagi mendapatkan semula 300 buah bible yang dirampas.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan ini dibuat setelah mengambil kira dari pelbagai aspek.

“Hal ni juga bagi menunjukkan kesungguhan dan keinginan pihak tersebut untuk mendapatkan semula bible yang dirampas,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Pejabat Menteri Besar Selangor.

Tambahnya, mengikut situasi yang berlaku sekarang, adalah lebih baik untuk menulis surat daripada terus mendesak.

Sebelum ini, pada 1 Januari lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah menyerbu PBM di Damansara Kim dan menahan dua orang pegawai iaitu Pengerusi, Lee Min Choon dan Setiausaha Agungnya Simon Wong.

Dalam rampasan tersebut pihak Jais telah merampas 300 bible versi bahasa Malaysia dan juga bahasa Iban.

Dalam pada masa sama, Khalid turut mengulas mengenai pemilihan pusat PKR 2014 yang mana beliau sendiri bertanding enam penjuru bersama-sama Pegawai Perhubungan Politiknya sendiri iaitu Datuk Saifudin Nasution, dan empat calon lain.

Baginya, perkara sedemikian adalah sesuatu perkara yang bagus.

“Terpulang kepada setiap individu untuk bertanding.

“Inilah antara keistimewaan Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang mana memberi peluang kepada semua pihak untuk memperkenalkan dan memaparkan diri masing-masing tanpa sebarang sekatan.

Khalid turut positif bahawa beliau beliau akan berjaya merebut jawatan Timbalan Presiden PKR daripada enam calon lain yang bertanding.

Khalid bakal berdepan dengan penyandangnya, Azmin Ali yang juga Ketua PKR Selangor, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, K Ramachandram dan S Murali.

Tiada ulasan: