MALAYSIAKINI
Penyandang timbalan presiden PKR Azmin Ali menyanggah kenyataan
setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution bahawa PKR adalah sebuah parti
berasaskan Melayu.
"Tidak, PKR tidak pernah menjadi parti berasaskan Melayu," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini.
"PKR mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan budaya politik
yang baru dibawa ke dalam sistem politik Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan agama," katanya.
Azmin mengulas kenyataan Saifuddin yang diterbitkan oleh News Strait
Times Press (NSTP) pada Jumaat lalu, yang mendakwa realitinya PKR adalah
sebuah parti berasaskan Melayu.
Saifuddin yang merupakan salah seorang pencabar Azmin untuk jawatan
timbalan presiden, berkata demikian ketika ditanya mengenai kebimbangan
pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mengenai komposisi kaum para calon
yang bergandingan dengan Saifuddin.
Saifuddin, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar pada hari Selasa lalu mengumumkan pembentukan satu pakatan untuk pemilihan PKR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan