SEDAKA SEJAHTERA
Maklumat
terbaru yang diterima mendakwa bahawa seorang bekas menteri besar
Selangor difahamkan sudah menyertai PAS sebentar tadi.
Khabar
gembira ini disedari beberapa sumber yang berada di kediaman Timbalan
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haron Din di Seksyen 1, Bandar Bangi,
Selangor jam 12.55 tengah hari tadi.
Difahamkan
juga bekas menteri besar Selangor yang dimaksudkan itu ialah Muhammad
Muhd Taib yang menyerahkan borang keahlian menyertai parti itu sendiri
kepada Tuan Guru Haron.
Menurut
beberapa saksi, Muhammad dikatakan sudah banyak bertaubat dari
dosa-dosanya yang lalu dan sering berada di kuliah agama dan masjid
sejak beberapa tahun lalu, namun pegawainya meminta agar perkara ini
tidak dihebohkan.
Ini
bagi menjaga nama Muhammad yang pernah terpalit dengan skandal lama
termasuk isu wang tunai 19 kilogram ketika ditahan di Lapangan Terbang
Sydney, Australia pada 1998.
Muhammad
juga sudah lama berjinak-jinak dengan PAS tetapi mahu perkara itu tidak
disensasikan juga kerana masih ramai kawannya dalam Umno sebelum ini.
Setakat
ini, PAS belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kemasukan Muhammad
tetapi dijangka satu sidang media mengumumkan perkara tersebut akan
dibuat dalam masa terdekat.
Kelmarin,
bekas ADUN Batang Kali, Zainal Abidin Sakom yang merupakan kenalan
rapat Muhammad memberitahu bekas bosnya itu tidak akan menyertai PAS
kerana dikatakan tetap setia dengan perjuangan Umno selain tidak mudah
menggadaikan prinsip perjuangannya.
Dilahirkan
pada 29 Julai 1945 di Kuala Kalumpang, Hulu Selangor, Muhammad juga
merupakan bekas ADUN Batang Kali sebanyak empat kali iaitu pada 1982,
1986, 1990 dan 1995.
Muhammad menjadi menteri besar dari tahun 1986 hingga 1997 dan kemudian digantikan oleh Abu Hassan Omar.
Beliau
juga merupakan bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah selama
setahun iaitu dari 18 Mac 2008 hingga 9 April 2009 setelah dilantik
sebagai senator sebelum membuat keputusan untuk berundur kerana tempoh
penggal tiga tahun tamat dan digantikan oleh Shafie Apdal.
Sebuah
blog yang rapat dengan pimpinan PAS juga meramalkan Muhammad akan
menyertai PAS awal pagi tadi namun pada masa itu belum disahkan.
Kita tunggu penerimaan ahli PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya terhadap keputusan mengejut ini.JALAN PULANG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan