1) Tengok cara Tun M bekerja, memang power. Tak ada orang boleh
challenge. Orang muda pun tak mampu challenge, apatah lagi orang tua-tua
yang sezaman dengan beliau. Sangat berdisiplin dan fokus dalam bekerja.
2) Mungkin sebab bosan atau bengang dengan menteri-menteri kabinet yang
asyik tak perform, asyik alasan belum ada pengalaman dan baru nak
bertatih, beliau membuat langkah 'memecat' semua menteri kabinetnya
dengan hanya sepucuk surat.
3) Sekarang, puas hati aku buat
kerja sorang-sorang. Selamba je masuk kerja, fokus semak dokumen yang
bertimbun-timbun macam tak ada apa yang berlaku. Orang kat luar office
tengah kelam-kabut duk kumpul sokongan untuk jadi PM, dia rileks saja
sambung kerja atas kerusi empuk PM, walaupun orang duk kata dia kena
game.
4) Kalau tengok sejarah perjalanan politik beliau, beliau
adalah ultra nasionalis, walaupun ada yang kata beliau neo-liberal.
Mungkin beliau ada kedua-dua sekali fikrah politik tersebut. Saya lebih
prefer beliau sebagai nasionalis, yang cintakan negara dari kerangka
pemikiran beliau sendiri - Mahathirisme.
5) Fikrah Mahathirisme
yang kita dapat lihat sejak penglibatan beliau dalam politik adalah,
beliau seorang nasionalis yang cintakan negara, seorang yang tegas dan
berdisiplin, seorang yang sukar untuk bekerja di bawah orang lain, sukar
berkerjasama dengan orang yang tidak selari dengan pemikirannya, dan
tidak akan membiarkan orang memusnahkan legasinya.
6) Jadi,
tidak hairan sejarahnya memperlihatkan beliau 'menggulingkan' beberapa
Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang dilihat menggangu
agenda dan wawasan Mahathirisme untuk negara ini. Walaupun ada
calon-calon pemimpin yang bagus untuk mengemudi negara, tetapi apabila
pada pandangan beliau akan mengganggu Mahathirisme, beliau akan cantas.
Ku Li salah satu contohnya.
7) Bahkan Anwar Ibrahim yang dibwa
masuk ke dalam UMNO juga tidak dipersetujui oleh Tun Mahathir pada
mulanya, sehingga Ku Li berjaya convince beliau bahawa jika Anwar
Ibrahim join PAS, UMNO akan mengalami kesukaran di masa hadapan. Lalu
beliau menerimanya, dan akhirnya mereka menjadi duo yang sangat
mengagumkan.
8 ) Namun gaya politik DS Anwar mula dihidu oleh
beliau, apabila DS Anwar berjaya menyingkirkan Tun Ghafar daripada keusi
TPM. Gerak politik DS Anwar lebih kepada populis apabila sejak 1994
lebih kurang, suara-suara DS Anwar sebagai layak menggantikan Tun
Mahathir semakin kuat kedengaran.
9) Baginya, gerak politik DS
Anwar bakal memusnahkan legasi yang dibinanya. Lalu DS Anwar dipecat dan
dihumban ke dalam penjara atas beberapa tuduhan yang mengaibkan.
Manakala beliau dengan berat hati juga melepaskan jawatan PM kepada Pak
Lah dengan harapan Pak Lah hanya menjadi boneka yang akan meneruskan
legasinya.
10) Tiba-tiba Pak Lah yang dianggap mudah dikawal
itu, tidak mahu pula menurut kehendaknya. Beliau mengangkat DS Najib
untuk menggulingkan Pak Lah. Tekanan demi tekanan yang Pak Lah terima,
akhirnya Pak Lah menyerahkan kuasa PM kepada DS Najib.
11) DS
Najib diangkat dengan harapan meneruskan legasi Mahathirisme. Namun
tidak lama, DS Najib lebih berminat meneruskan legasi bapanya, Tun
Razak. Agenda Mahathirisme terbantut. DS Najib tidak mengendahkan
apa-apa arahan beliau lagi. Tun Mahathir murka dan bertindak melawan
untuk menjatuhkan DS Najib hatta terpaksa bekerjasama dengan DAP dan
parti DS Anwar, PKR.
12) Beliau bekerjasama dengan pembangkang
ketika itu dengan cara menubuh parti Bersatu, bukannya menyertai
parti-parti yang sudah ada. Bersatu mendukung Mahathirisme yang
berfikrah campuran antara ultra nasionalis dan neo-liberal, kemudian
bekerjasama dengan parti berfikrah sosialis, dan liberalis - satu
kerjasama yang janggal, tetapi kerana hendak menumbangkan DS Najib,
beliau tidak peduli.
13) Satu kesilapan DAP, PKR dan AMANAH
adalah memperchayai Tun Mahathir sudah 'insaf'. Kehebatan beliau
menyembunyikan agenda Mahathirisme adalah dengan cara fokus menumbangkan
DS Najib. Dan teknik mengaburi mata umum yang paling hebat adalah,
turun menghulurkan tangan perdamaian dengan DS Anwar. Maka sempurnalah
iman para pendokong dan penyokong PH bahawa Tun Mahathir telah pun
insaf.
14) Dalam kempen-kempen pilihanraya, beliau tidak fokus
pun kepada manifesto PH. Hanya zikir yang selalu disebut adalah "Najib
pencuri". Beliau pun tahu janji manifesto PH hanyalah sesuatu yang
keterlaluan, bahkan boleh mengagalkan Mahathirisme. Setelah memenangi
pilihanraya dan membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan, beliau
selamba sahaja menyebut Manifesto bukan kitab suci. Jadi tak perlu
tunaikan.
15) Selaku ultra nasionalis yang licik, pasti Tun
Mahathir tahu, dia tak akan dapat bekerjasama untuk jangka masa panjang
dengan sosialis, liberalis dan segala fikrah kiri. Malahan perjanjian
peralihan kuasa pasti akan diungkit setiap hari sebagaimana beliau
pernah lihat pada 1994 dahulu. Maka beliau awal-awal lagi menyusun
kabinet yang entah apa-apa.
16) YB LGE yang ada kes rasuah
diangkat menjaga kementerian keewangan. YB Mohamad Sabu yang tiada bakat
dalam bidang pertahanan, dilantik menjadi Menteri Pertahanan. TPM
diberikan kepada YB Wan Azizah, seorang wanita yang pastinya tidak akan
ada agenda besar untuk melawannya. Malahan menteri-menteri lain dilantik
tanpa ada kepakaran dan kelulusan.
17) Setiap keputusan yang
dibuat oleh menteri-menteri kerajaan PH adalah bertentangan dengan
Mahathirisme. Bahkan bertentangan dengan aspirasi para pendokong
konservatisme seperti UMNO, PAS serta GPS. Namun beliau biarkan sahaja
sehingga damage menjadi semakin besar. Beliau sudah tidak tahan lagi
dengan gelagat entah apa-apa menteri-menteri PH. Bagaimana Tun mahu
hentikan semua ini?
18 ) Berkebetulan dengan krisis dalam PKR,
gerakan Sheraton Azmin Ali menjadi batu loncatan untuk beliau
menghentikan semua kebebalan ini. Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang,
Tun Mahathir tidak mensia-siakan peluang untuk memusnahkan kerajaan PH
serta kabinetnya. Biar orang fokus kepada 'pengkhianatan' Azmin terhadap
PKR, dan aku akan keluar dari kemelut sebagai Hero.
19)
Begitulah cara Tun Mahathir menamatkan sesiapa sahaja yang menjadi
penghalang kepada Mahathirisme. Tidak terhenti setakat itu, pengumuman
beliau untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan unity yang terdiri
daripada pelbagai parti politik dilihat sebagai satu cara untuk
menguasai pemerintahan secara 'autokrasi' yang mana beliau mempunyai
kuasa penuh melantik menteri kabinat tanpa perlu persetujuan mana-mana
parti.
20) Apa tujuannya? Mahathirisme. Untuk Mahathirisme
menguasai pentadbirannya, tidak ada cara lain melainkan memiliki kuasa
yang lebih power, lebih tinggi dripada PM BN atau PM PH ataupun PM
Muafakat Nasional. Hal ini akhirnya disedari oleh team Pakatan Harapan
apabila Kit Siang menggelarkannya sebagai bentuk kerajaan itu adalah
kerajaan Mahathir, bukan kerajaan PH. Dan rasanya DS Anwar juga
menyedari hakikat, Mahathir adalah Mahathir, tidak akan benarkan sesiapa
lebih bagus daripadanya.
21) Setakat artikel ini ditulis,
pembentukan kerajaan baru masih tergantung apabila tiada pihak yang
dapat mengemukakan simple majoriti untuk membentuk kerajaan. Pembangkang
seperti UMNO dan PAS tidak mahu berkompromi dengan agenda Tun, mungkin
mereka fikir mereka tidak mahu menyertai game Tun Mahathir, tidak mahu
kena game sebagaimana Pakatan Harapan terkena. Namun yang mampu
menghalang Tun Mahathir adalah parti-parti konservatif seperti UMNO, PAS
dan GPS.
Bagaimana? Kita tunggu dan lihat.