Memaparkan catatan dengan label BAJET 2014. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BAJET 2014. Papar semua catatan

Isnin, 20 Oktober 2014

Bajet 2014 belum guna untuk lapangan terbang Miri?

JOFRI JARAIEE PAS SARAWAK


BAJET 2014 yang lalu seperti menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu dan Mukah dengan peruntukan RM312 juta masih belum digunakan sepenuhnya terutama di Miri.

Lapangan terbang Miri masih belum ada banyak perubahan yang sepatutnya dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa dengan diberi kemudahan yang setaraf dengan standard lapangan antarabangsa.

Antara masalah yang perlu diberi perhatian oleh pihak pentadbiran lapangan terbang Miri ialah memudahkan penumpang tempatan untuk masuk tanpa perlu melalui pemeriksaan imigresen.

Sepatutnya pihak lapangan terbang Miri memberi kemudahan dan lorong khas untuk penumpang tempatan yang balik dari Kuala Lumpur atau dari luar Sarawak untuk memudahkan pemeriksaan MyKad tanpa perlu beratur panjang bersama penumpang yang bukan penduduk tempatan.

Dengan adanya lorong khas untuk penumpang tempatan akan memudahkan proses pemeriksaan tanpa perlu beratur terlalu panjang sehingga menyusahkan penumpang yang membawa keluarga yang ramai terutama yang mempunyai anak-anak kecil dan juga warga tua.

Pihak pentadbiran lapangan terbang Miri dan juga pihak Imigresen sepatutnya menaikkan taraf sistem pemeriksaan penumpang dengan menggunakan sistem yang lebih canggih lagi memandangkan peruntukan untuk lapangan terbang Miri masih belum digunakan sepenuhnya.

Standard keselamatan dan kecekapan yang perlu dipatuhi oleh pemilik lapangan terbang dan/atau pengendali diletakkan sebagai Piawaian dan Amalan Disyorkan [SARPS] Lampiran 14 kepada Konvensyen tentang Penerbangan Awam Antarabangsa dan Arahan Aerodrome diterbitkan oleh Jabatan Penerbangan Awam.

Peranan utama Bahagian Piawaian Lapangan Terbang adalah untuk mengatur aktiviti lapangan terbang dalam memastikan keselamatan dan kecekapan operasi untuk keselamatan awam di kawasan aerodrom.

Di antara nasihat dari operasi lapangan terbang @ Aerodrome adalah untuk memberikan panduan dan nasihat tentang perkara-perkara operasi lapangan terbang selaras dengan piawaian antarabangsa dan amalan yang disyorkan, dan keperluan keselamatan yang lain.

Kita menggesa agar pihak kerajaan segera menaikkan taraf lapangan terbang Miri menjadi lapangan terbang antarabangsa selaras dengan piawaian antarabangsa seperti yang disyorkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (JPA).

Peruntukan Bajet 2014 yang lalu sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk menaik taraf  lapangan terbang Miri agar bandaraya Miri menjadi antara sebuah pusat pelancongan bertaraf antarabangsa di utara Sarawak.

Kita berharap perkara ini mendapat perhatian yang sewajar dari pihak kerajaan kerana lapangan terbang Miri masih lagi kekurangan dari segi kemudahan asas yang setaraf dengan standard lapangan terbang antarabangsa.

Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk menaikkan taraf lapangan terbang Miri amat dihargai. - HARAKAHDAILY

Selasa, 26 November 2013

Bajet Perak: Tiada apa boleh disuluh kerana tiada bateri



 MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR


IPOH: Bajet Perak 2014 yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir tidak memberi harapan baru kepada rakyat negeri itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, kerajaan tidak prihatin serta serius untuk menyelesaikan permasalahan utama rakyat iaitu kos kehidupan yang semakin meningkat.

Rakyat Perak juga kata beliau mengalami masalah peluang pekerjaan yang sangat minimum dan ia tidak menjadi keutamaan kerajaan untuk menyelesaikannya.

"Apakah pengharapan orang Perak kepada belanjawan itu? Sebagai rakyat negeri Perak, apa harapan baru yang nak dipergantungkan kepada bajet itu? Tidak ada.

"Saya nampak bajet itu tidak memberi harapan baru kepada rakyat negeri Perak. Masalah rakyat negeri Perak yang besar tidak ditunjukkan cara penyelesaiannya," katanya ketika membuat sidang media selepas perbentangan Bajet Negeri Perak 2014 di Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, di sini semalam.

Beliau menyifatkan, kerajaan yang dipimpin oleh Zambry hanya meneruskan tradisi belanjawan defisit yang kali ini melebihi sehingga RM40.2 juta.

Kerajaan negeri juga katanya tidak mengemukakan pembaharuan dalam belanjawannya dan ianya masih mengikut 'stail' lama.

"Walaupun di penutup pembentangan, Pangkor (Zambry) kata bajet itu adalah penyuluh jalan untuk masyarakat, tapi tidak apa yang boleh disuluhkan kerana tiada ada bateri," jelasnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Adun Changkat Jering itu menjelaskan, kerajaan juga gagal mewujudkan kaedah serta cara alternatif untuk menghasilkan dana baru bagi meningkatkan hasil negeri.

Sabtu, 23 November 2013

Bajet paling tinggi dalam sejarah Selangor diluluskan

 
Kerajaan negeri adalah bank milik rakyat, oleh itu kita perlu buktikan kepada rakyat bahawa harta mereka tidak disalahgunakan.




SHAH ALAM: Bajet Selangor 2014 yang bernilai RM1.8 bilion, paling tinggi dalam sejarah negeri sejak tahun 1998, diluluskan sebentar tadi setelah dibahas selama empat hari dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Speaker Dewan Hannah Yeoh meluluskan bajet tersebut setelah Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selesai menggulungkan hujahnya.

Bajet yang bertema ‘Belanjawan Berhemat dan Berimpak Tinggi, Maslahat Rakyat’ itu turut melibatkan sejumlah RM430 juta daripada kesuluruhan RM2.7 bilion rizab negeri bagi tujuan pembangunan.

Dalam ucapan penggulungannya itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri mempraktikkan pendekatan ‘terlalu korporat’ dan ketat dalam urusan kewangan negeri.

“Kerajaan negeri adalah bank milik rakyat, oleh itu kita perlu buktikan kepada rakyat bahawa harta mereka tidak disalahgunakan.

“Amalan bajet berimbang yang diamalkan di Selangor adalah asas bagi menentukan pembangunan negeri ini berterusan,” katanya.

Ketika ditemui diluar DUN, Abdul Khalid mendedahkan beliau akan membentangkan kertas kerja untuk menaikkan gaji dan elaun ADUN Selangor pada minggu depan.

“Ini kerana bebanan kerja di Selangor agak berat dan kerajaan negeri juga berkemampuan untuk berbuat demikian,” katanya lagi.

Ahad, 27 Oktober 2013

Bajet 2014 gagal imbangi hutang negara

Mohd Ezli Mashut|Selangorku,
 

SHAH ALAM: Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri gagal mengimbangi had maksimum hutang negara di bawah 55 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan mengurangkan defisit sebanyak 3 peratus pada 2015.

 Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pendekatan yang diambil dalam Bajet 2014 untuk meningkatkan hasil negara melalui pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan menaikkan cukai hartanah (RPGT) tidak menepati kehendak perubahan sebenar bagi memastikan kecekapan perbelanjaan dan rasionalisasi untuk mengurangkan keborosan dan ketirisan.

“Perbelanjaan operasi untuk kos rasionalisasi akan meningkat kepada 82.4 peratus pada 2014 daripada 80.2 peratus pada tahun ini,” kata Abdul Khalid dalam kenyataan medianya.

Abdul Khalid berkata, Selangor akan mengambil kesempatan ke atas langkah untuk memperkayakan sektor perkhidmatan melalui Blueprint Sektor Perkhidmatan apabila kerajaan persekutuan merancang untuk melancarkannya pada tahun 2014.

Antara subsektor perkhidmatan untuk dipromosikan adalah logistik, penerbangan, pelancongan dan industri berasaskan bio.

“Sebagai pusat pintu masuk ke Malaysia, Selangor akan memastikan pelbagai program dan aktiviti untuk meneroka peluang dalam industri pelancongan Malaysia dengan mensasarkan untuk menyambut 28 juta pelancong pada 2014 sempena Tahun Melawat Malaysia,” kata Abdul Khalid.

Bajet 2014; Rakyat Terengganu Paling Terkesan

BULETIN ONLINE
 
 Penolong Setiausaha PAS Terengganu YB Haji Hanafiah Mat menjangkakan, rakyat Terengganu adalah antara golongan yang akan menerima kesan ‘berat’ dari perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (Good and Service Tax – GST)

Beliau berkata GST sebanyak 6% yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam pembentangan bajet 2014 petang semalam akan menambahkan beban keluarga kerana majoriti rakyat Terengganu adalah golongan miskin dan sederhana.

“PM sudah menyatakan pendapatan pekapita rakyat negara ini amat rendah jika nak dibandingkan dgn pendapatan pekapita negara-negara maju,

“rata-rata rakyat Terengganu adalah masih miskin dan dalam kelompok sederhana, majoriti mencari reZeki sebagai petani dan nelayan,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pembentangan Bajet 2014 oleh Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri Dato’ Seri Najib RaZak.

Katanya, ketika ini rakyat sedang dibebankan dengan kenaikan harga barangan harian berikutan kenaikan harga minyak pada awal bulan September lalu.

“rantaian kenaikan harga barang dan perkhidmatan ekoran kenaikan minyak pada 2 September lalu baru bermula………….(harga) ayam, ikan, sayur baru mula naik dan belum mencecah ‘siling’ maksima,
“sekarang kerajaan mengumumkan kenaikan harga gula yang saya pasti akan menyebabkan semua harga makanan dan minuman akan turut naik walaupun penguatkuasaan diperketatkan,”jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai menegaskan slogan “janji ditepati” sudah menjadi ‘kain buruk’ yang koyak rabak apabila Kerajaan BN mencabuli janji yang dicanangnya sendiri.

“pemberian BR1M yang dicanang semasa PRU13 baru-baru ini sebanyak RM1200 tiba-tiba dalam bajet hari ini (semalam) diumumkan pemberian BR1M hanya RM650,

“saya sangat yakin pegawai kerajaan dan penjawat awam yang mengharapkan kasih sayang kerajaan BN, hampa dan kecewa,

“mereka yang telah memberi khidmat bertungkus lumus melaksanakan dasar dan pentadbiran kerajaan dengan segala kesusahan……..tetapi hanya diiktiraf dengan bonus setengah bulan gaji sahaja,”katanya.

Justeru beliau menyeru seluruh rakyat memikirkan sedalam-dalamnya, apa faedah yang diperolehi oleh rakyat berbanding pendapatan dari hasil Negara.

Sedang, kata beliau, pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) sedikit pun tidak mahu mengubah hidup mereka bahkan keluarga dan anak beranak mereka juga ‘bermewah-mewah’ serta menjadi tanggungan kerajaan.

“nampaknya bajet hari ini (semalam) tidak ada yang istimewa bahkan ia hanya sekadar rutin tahunan sahaja………….,”tambahnya

Sabtu, 26 Oktober 2013

Bajet JPM melonjak ke paras paling tinggi

 

 

Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar untuk mengekang defisit negara, namun belanjawan jabatannya sendiri telah melonjak ke paras tertinggi.

Menurut Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014, anggaran bajet Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada tahun depan berjumlah RM16.45 bilion, dengan perbelanjaan operasi RM5.86 bilion dan perbelanjaan pembangunan RM10.58 bilion.

putrajaya aerial view 02 201106Jumlah itu adalah peruntukan tertinggi kepada JPM, dan memecahkan rekod sebelum ini iaitu bajet RM15.62 bilion pada 2011.

Perbelanjaan JPM pada tahun-tahun sebelumnya ialah RM6.91 bilion (2008), RM10.19 bilion ( 2009), RM11.88 bilion (2010), RM15.62 (2011 ), dan RM13.721 bilion (2012).

Peruntukan bajet 2014 bermakna JPM telah, buat kali pertamanya dalam tempoh tiga tahun, mengatasi kementerian pertahanan  dengan bajet 2014 sebanyak RM16.1 bilion.

Bajet bagi kementerian pendidikan bagi 2014 ialah RM54.6 bilion, manakala kementerian kesihatan di tempat kedua dengan RM22.16 bilion.

Antara perkara yang mengambil sebahagian besar bajet JPM adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( RM779 juta), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (RM631 juta) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ( RM367 juta).

Ketika membentangkan Bajet 2014 semalam, Najib berkata negara mensasarkan untuk terus mengurangkan defisit daripada 4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK ) tahun ini kepada 3.5 peratus tahun depan

Bajet jerat golongan pendapatan rendah

Azmin Ali 
 Azmin Ali

KUALA LUMPUR - Pengumuman Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya akan menjerat golongan berpendapatan rendah.

Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berkata, pengumuman pelaksanaan GST dalam Bajet 2014 menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin PR.

“Pengenalan cukai GST ini pasti membebankan golongan berpendapatan rendah, iaitu kalau ada hujah yang mengatakan GST ini memacukan pelaburan dan simpanan, saya tidak nampak asasnya perkara ini, tetapi mungkin ia lebih sesuai untuk golongan kaya kerana pendapatan mereka lebih besar.

“Jadi mereka boleh peruntukan dan boleh bayar cukai barangan dan perkhidmatan, tapi tidak untuk mereka yang berpendapatan rendah,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, bajet selepas pilihan raya menambah beban rakyat berbanding Bajet 2013 yang memberi pelbagai bantuan kepada rakyat.

“Ini adalah belanjawan pasca pilihan raya dan sebab itu kita tidak nampak sebarang imbuhan untuk memancing undi. Tetapi merupakan bajet orang kaya dan menekan berpendapatan rendah.

“Apabila berbicara soal miskin bukan kita berbicara miskin tegar dan keperluan isi rumah, tapi dengan adanya GST ini ia akan memberi beban termasuk mereka yang baru berkahwin, baru dapat kerja dan mereka yang ada ramai anak,” katanya.
Artikel Berkaitan

Jumaat, 25 Oktober 2013

PDRM terima RM8.8b untuk kurangkan jenayah

SINAR HARIAN


bajet 2014

KUALA LUMPUR - Dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di seluruh negara, kerajaan memperuntukkan RM8.8 bilion kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Bajet 2014.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peruntukan itu menunjukkan keutamaan kerajaan terhadap keselamatan dan ketenteraman awam selain komited dalam membanteras jenayah.

Dalam membanteras jenayah, kerajaan memperuntukkan RM200 juta bagi melengkapkan PDRM dengan senjata api, jaket kalis peluru, alat pengesan narkotik, sistem biometrik dan kenderaan forensik.

"Kerajaan juga akan menambah 496 bilangan kamera litar tertutup (CCTV) di 25 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan peruntukan RM20 juta," katanya ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan akan menambah 200 buah motosikal lagi untuk Unit Rondaan Bermotosikal PDRM tahun depan menjadikannya  2,000 buah motosikal dalam tempoh dua tahun.

"Tahun ini, kerajaan bersetuju menambah 800 buah motosikal dengan peruntukan RM200 juta," katanya.

Perdana Menteri berkata, bagi memperkasa perkhidmatan PDRM, kerajaan akan membina dan menaik taraf ibu pejabat polis, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan kuarters kakitangan dengan peruntukan RM128 juta.

Peruntukan itu termasuk pembinaan IPD baharu di Pasir Mas (Kelantan), Kota Setar (Kedah), Johor Baharu Selatan (Johor), Sipitang (Sabah), Nusajaya (Johor) selain pembinaan balai baharu di Pengerang (Johor), Tongod (Sabah) dan Country Homes Rawang (Selangor). - Bernama

Bajet 2014 gagal perbetul ketirisan berbilion wang rakyat


anwar ibrahim parliament 2


KUALA LUMPUR  : Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal untuk memperbetulkan ketirisan puluhan bilion wang rakyat daripada berlaku, tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, pengumuman Kerajaan Pusat untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada bermula 1 April 2015 pada kadar 6 peratus hanya akan menambahkan bebanan rakyat.

“Tidak ada pertimbangan untuk memperbetulkan soal kebocoran, ketirisan puluhan bilion, tidak ada soal pembaziran hendak dibetulkan dan juga memperbaiki pengurusan Kerajaan.

“Yang terpaksa mereka lakukan kerana kedudukan fisikal yang lemah ialah percukaian. GST hanya akan membebankan rakyat bawahan dan akan menambahkan pelebaran jurang kaya dan miskin.

“Keduanya kenaikan harga gula, dengan hujah yang cukup lemah dan remeh sekali,” kata Anwar ketika ditemui di luar Dewan Rakyat hari ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berkata, pelaksanaan GST hanya menyebabkan rakyat yang tidak pernah membayar cukai akan terpaksa membayar cukai.

“Di Malaysia hanya enam peratus penduduk yang bayar cukai. Di Malaysia hanya 15 peratus daripada pekerja yang bayar cukai. Sekarang semua kena bayar cukai,” katanya ketika ditemui.

Katanya, Kerajaan Pusat tidak berlaku adil kepada rakyat yang berpendapatan rendah kerana rakyat yang tidak pernah membayar cukai selama ini terpaksa membayarnya.

“Dia (Kerajaan) bukan sahaja mengenakan GST pada 2015, tapi telah hapuskan subsidi gula 30 peratus, saya tak tahu apakah jumlah ini akan jimat tetapi ini hanya menambahkan beban rakyat,” kata Ahli Parlimen Bagan itu.EZY

Bajet 2014, Pimpinan PR bidas pelaksanaan GST, gagal penuhi aspirasi rakyat




KUALA LUMPUR  : Kebimbangan Pimpinan Pakatan Rakyat berhubung pengurangan subsidi dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akhirnya terjawab setelah pembentangan Bajet 2014 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Haji Abdul Hadi AwangSecara keseluruhan, pimpinan PR membidas bajet yang dibentangkan dan beranggapan pembentangan kali ini tidak memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pembangunan aspirasi rakyat.

Berikut adalah reaksi ringkas daripada beberapa Ahli Parlimen PR:

Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang :

“Keseluruhannya pembentangan bajet ini tidak mengambil kira rakyat. Yang diambil kira hanyalah kewangan untuk kerajaan yang tidak seimbang antara kenaikan cukai dan pendapatan untuk menangani masalah inflasi.”
Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh :

“Saya tertarik dengan Yayasan Hijau dan saya kira tugas pertama mereka adalah menutup Lynas.

nurul izzah“Saya melihat peruntukan wanita begitu sedikit, hanya RM100 juta dan ini amat tidak memadai. Tambah pula tidak ada program wanita, sama seperti tahun lepas program untuk pengarah wanita dan sebagainya berbanding dengan apa yang kita cadangkan dalam Belanjawan Pakatan Rakyat.”


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar :

“Bajet kali ini tidak ada benda baru. Kita bimbang Malaysia akan menjadi ‘Shopping and Fesyen Heaven’ dengan hasrat kerajaan untuk menarik pelancong datang untuk membeli belah di Malaysia.

“Apa yang penting adalah pembangunan infrastruktur terutama di Sabah dan Sawak kita dapat lihat dan tidak hanya sekadar cakap-cakap semata-mata,”.

Khamis, 24 Oktober 2013

Warga Borneo gusar mengenai Bajet 2014

 
Bajet kali ini merupakan satu bebanan yang besar kerana pendapatan penduduk Borneo lebih rendah dan harga makanan pula lebih mahal dari Semenanjung.




KUCHING: Pembentangan Bajet 2014 petang esok dibayangi dengan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menteri Perdagangan dalam Negeri, Datuk Hasan Malek berkata kerajaan tidak dapat memberi jaminan kenaikan harga barangan yang menjadi keperluan pengguna.

Beliau hanya dapat menyeru rakyat untuk bersikap sabar dan bertenang kerana walaupun ada beberapa keputusan tidak popular bakal dikeluarkan.

Hasan Malek memberitahu bahawa bajet berkenaan akan memperlihat berlaku kenaikan dan penurunan harga pelbagi jenis barangan.

Katanya, keputusan-keputusan dibuat selepas kerajaan mendapat pandangan persatuan pengguna, dewan perniagaan, agensi terlibat dan NGO.

Rata-rata penduduk di Sabah dan Sarawak berpendapat bahawa bajet kali ini merupakan satu bebanan yang besar kerana pendapatan penduduk Borneo lebih rendah dan harga makanan pula lebih mahal dari Semenanjung.

“Orang Semenanjung yang bertugas di Sabah, elaun mereka besar.. Mereka boleh beli rumah di Sabah sebagai aset… Kita orang Sabah mahu beli rumah sendiri pun tidak mampu, elaun rumah pun tak lepas untuk sewa bilik,” ujar Sharon

Ahmad Matarsad pula berkata, “Cakap banyak pun tidak guna. BN hidang najis pun kamu makan. Orang Sabah yang pilih BN tu orang Sabah yg tiada guna. Pengampu duit. Biar Sabah tergadai asal duit masuk poket.”

Sementara itu, Hazy Haji Yahya menambah, “Sabar tidak menyelesaikan masalah”.

Rata-rata penduduk Borneo tertekan dengan Bajet yang bakal memberi impak ke atas hidup mereka.

Henrietta Bernadette Adin, “Apa macam mau hidup begini. Belajar sampai ijazah pun tu gaji bukan boleh cover belanja. Mahu bayar rumah, PTPTN, simpanan, insurans lagi, apa lagi mau tanggung ibu bapa dengan adik-adik. Hidup ini macam bila lah mahu cukup.”

“Barang naik, gaji tetap sama, tidak lama kurus kering semua tahan lapar,” ujar Cassy Joshua.

Sementara itu, pengunjung Brunei yang sempat dirakam berkata, “Saya tak pernah beli barang di Malaysia kerana mahal sangat. Lebih murah lagi di Brunei barangnya kalau saya lihat.”

Rabu, 23 Oktober 2013

Cuepacs tuntut bonus dua bulan dalam Bajet 2014

 
 
DETIK DAILY


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyarankan kerajaan memberi bonus dua bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam dalam Bajet 2014 yang akan dibentangkan pada Jumaat.

Timbalan Presiden Cuepacs, Azih Muda, berkata pemberian bonus tersebut wajib diberikan kepada penjawat awam kerana kos sara hidup semakin meningkat kini.

"Bonus memang wajib, setiap tahun kita akan minta peruntukan kerana kita tahu persekolahan akan bermula maka ia sedikit sebanyak akan meringankan beban."Kali ini kita minta lebih kerana kadar peningkatan kos di bandar sebagai contoh gaji RM3,000 masih dikategorikan miskin bandar," katanya ketika dihubungi di The Malaysian Insider semalam.

Menerusi Bajet 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi bonus sebanyak sebulan setengah gaji kepada kakitangan kerajaan.

Azih berkata, Cuepacs bimbang akan berlaku peningkatan harga barangan keperluan asas kerana jika ia berlau, pasti akan membebankan penjawat awam terutama dengan kadar pendapatan yang diperolehi ketika ini.

"Kita risau bakal menyaksikan beberapa kenaikan harga barangan bagi mereka yang berkeluarga dan mempunyai pendapatan RM3,000 ke bawah. Bukankah ia akan meningkatkan kos bagi rakyat sedangkan kadar upah tidak meningkat langsung," katanya.

Sehubungan itu, katanya, Cuepacs berharap kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan kadar gaji penjawat awam supaya selari dengan peningkatan kos sara hidup di bandar.

Selain itu, katanya, Cuepacs berpendapat kerajaan perlu menurunkan kadar peratus pinjaman perumahan daripada empat peratus kepada satu peratus.

"Kebanyakan mereka tidak mampu membeli rumah kerana harga yang terlalu mahal. Kita mahu kerajaan mengurangkan kadar peratus pinjaman dan membina lebih banyak rumah mampu milik," katanya.

Katanya, Cuepacs turut menyarankan kerajaan supaya tidak tergesa-gesa dalam melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Azih berkata, adalah lebih wajar bagi kerajaan menerangkan secara mendalam mengenai cukai GST agar difahami rakyat terlebih dahulu.

"Rakyat perlu diberi penerangan secara terperinci mengenai keperluan dan kelebihan GST kerana kita tidak mahu rakyat terpaksa membayar cukai berganda yang tentu membebankan.

"Meskipun tidak semua barangan yang perlu dibayar namun jika melihat cukai tersebut dengan pendapatan penjawat awam sekarang, lama kelamaan pasti timbul perasaan kurang senang kerana kita terpaksa membayar lima peratus daripada apa yang dibelanjakan,” katanya.

Selasa, 22 Oktober 2013

PR boleh jimatkan 10% perbelanjaan mengurus

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Selepas pembentangan Belanjawan Alternaif 2014 semalam oleh pucuk pempinan Pakatan Rakyat (PR), mungkin masih ada pihak termasuk pakar ekonomi yang meragui bahawa bajet defisit 3.2% daripada KDNK dan juga penurunan perbelanjaan mengurus sebanyak 10% boleh dicapai.

Matlamat ini boleh dicapai dengan mengurangkan ketirisan dan pembaziran duit yang dikenalpastikan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2012 dan juga menghapuskan program yang tidak efektik dan memakan belanjaan yang besar.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Serdang, Dr. Ong Kian Ming, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah (Kuala Terengganu) dan Dr. Azman Ismail (Kuala Kedah) dalam kenyataan media mereka, hari ini.

Berikut ialah kenyataan penuh.

Selepas pembentangan Belanjawan Alternaif 2014 semalam oleh pucuk pempinan Pakatan Rakyat, mungkin masih ada pihak termasuk pakar ekonomi yang meragui bahawa bajet defisit 3.2% daripada KDNK dan juga penurunan perbelanjaan mengurus sebanyak 10% boleh dicapai. Matlamat ini boleh dicapai dengan mengurangkan ketirisan dan pembaziran duit yang dikenalpastikan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2012 dan juga menghapuskan program yang tidak efektik dan memakan belanjaan yang besar. Contoh-contoh untuk tiga kementerian diberikan di sini.

Kementerian Pertahanan

Perbelanjaan Mengurus untuk Kementerian Pertahanan adalah RM11.97 billion untuk tahun 2013 (tidak termasuk bajet tambahan). Mengikut Anggaran Bajet 2013, Program Latihan Khidmat Negara menggunakan perbelanjaan sebanyak RM712 juta. Sebagai bandingan, bajet seluruh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2012 adalah hanya RM738 juta. Jadi satu program – PLKN – memakan bajet yang lebih kurang sama dengan satu Kementerian. Program ini patut ditangguhkan dan dikaji semula.

Mengikut LKAN 2012, 30 Kontrak Rangsum Kering bagi Tentera Laut Diraja Malaysia yang berjumlah RM48 juta hanya berilai RM13.5 juta ataupun 28% daripada nilai keseluruhan. Penjimatan sebanyak RM34.5 juta boleh diperolehi untuk satu kontrak ini sahaja.

Perbelanjaan mengurus boleh dikurangkan sebanyak RM746.5 juta ataupun 6.2% daripada jumlah perbelanjaan mengurus Kementerian Pertahanan untuk tahun 2013.

Kementerian Pendidikan

Perbelanjaan Mengurus untuk Kementerian Pelajaran adalah RM36.6 billion untuk tahun 2013 (tidak termasuk bajet tambahan)

LKAN 2012 melaporkan pengurusan perkhidmatan kawalan keselematan di sekolah yang melibatkan pembarizan wang yang besar. Dianggarkan RM1.6b daripada RM2.02 kontrak pengurusan ini dibazirkan.

LKAN 2012 juga melaporkan berlakunya pembaziran dalam kontrak pengurusan perkhidmatan kebersihan bagunan dan kawasan di sekolah di mana jadual pekerja kebersihan tidak tetap dan rekod tidak disimpan dan ini membolehkan segelintir syarikat yang mengambil kesempatan dengan baucer bayaran elaun masa tambahan. Dianggarkan RM500 juta telah dibazirkan di atas perkara ini.

LKAN 2012 juga melaporkan kegagalan Program 1 Susu Malaysia yang diberi peruntukkan sebanyak RM170 juta tetapi hanya mencapai 40% daripada sasaran oleh kerana susu dihantar lewat dan juga dihentikan apabila 175 kes keracunan berlaku pada tahun 2011 dan 2012. Program ini tidak membawa apa-apa manfaat kepada pelajar dari segi kesihatan dan boleh dihapuskan.

116,399 Chromebooks telah dibeli sebagai sebahagian daripada program “1 Student 1 Device” dengan harga RM1,255 untuk setiap Chromebook berbanding dengan harga pasaran RM988. Ini bermakna penjimatan sebanyak RM31 boleh diperolehi jikalau peralatan ini dibeli daripada pasaran terbuka.

RM27 juta telah dibelanjakan untuk program diploma sukan yang dijalankan oleh United States Sports Academy. Jikalau program ini dijalankan di IPTA, penjimatan sebanyak RM21 boleh diperolehi.

RM270 juta telah dibelanjakan untuk 3 syarikat juru unding latihan Bahasa Inggeris dimana 360 ‘mentor’ telah diupah untuk meningkatkat taraf pengajaran BI di sekolah rendah. Program ini boleh digantikan dengan program yang lebih ‘kos-efektif’.

Nilai kontrak-kontrak ini berjumlah RM2.5billion ataupun 6.5% daripada jumlah perbelanjaan mengurus Kementerian Pelajaran untuk tahun 2013.

Kementerian Kerja Raja

Perbelanjaan Mengurus untuk Kementerian Kerja Raya adalah RM2.4 billion untuk tahun 2013 (tidak termasuk bajet tambahan).

Dari 2010 hingga 2012, Projek Mansuh sebanyak 83 projek dianggarkan berjumlah RM 2.2 billion. Kerugian dianggarkan sebanyak RM 1.1 billion atau 50% daripada nilai asal disebabkan oleh kelemahan pemantauan projek dan kegagalan menuntut balik bayaran daripada kontraktor.

Penjimatan daripada hanya satu perkara boleh mengurangkan perbelanjaan mengurus untuk Kementerian Kerja Raya sebanyak 4.5%.

Rumusan

Ini adalah segelintir sahaja daripada program dan aktiviti yang dijalankan oleh kementerian-kementerian ini yang melibatkan pembaziran dan juga program yang kurang efektif. Walaupun program yang disenaraikan di atas bukan banyak, tetapi kos penjimatan sudah begitu ketara.

Pakatan Rakyat yakin bahawa dengan kajian dan penilaian yang komprehensif di setiap kementerian, penjimatan perbelanjaan mengurus sebanyak 10% pasti dapat dicapai.

Isnin, 21 Oktober 2013

Pakatan cadang RM3 bilion untuk Caruman Wanita

Hazayani Zakaria,


KUALA LUMPUR: Belanjawan Pakatan Rakyat 2014 memperuntukan sejumlah RM1,200 setahun bagi setiap ibu bekerja untuk membiayai caj perkhidmatan penjagaan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Perkara tersebut dinyatakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu mengumumkan Belanjawan Pakatan Rakyat 2014 di Bangunan Parlimen hari ini.

"PR amat menghargai sumbangan wanita untuk pembangunan negara. Kaum wanita akan diberikan insentif berikut untuk menggalakkan mereka terus menyumbang kepada ekonomi negara," katanya.

Pakatan juga memperuntukkan sebanyak RM3 billion setahun kepada Skim Caruman Wanita Nasional (SCWN) iaitu suatu bentuk jaringan keselamatan sosial komprehensif bagi isteri terutamanya suri rumah-suri rumah.

"Kerajaan PR akan menyumbang RM600 setahun tanpa mengira tahap sumbangan suami (suami mencarum bagi pihak isteri pada kadar minimum RM120 hingga RM1,200 setahun) dan SCWN ini boleh dikeluarkan apabila berlaku kematian pasangan, perceraian, hilang upaya kekal dan hilang kekal pendapatan," katanya.

Selain itu, sebagai mengiktiraf peglibatan wanita dalam pembuat dasar, Pakatan akan mengekalkan polisi untuk meningkatkan pimpinan wanita hingga pada tahap sekurang-kurangnya 30 peratus pada tahun 2017.

"Pimpinan wanita di Parlimen, pengurusan korporat dan kepimpinan nasional dalam sektor awam dan swasta akan menjadi tumpuan utama," katanya.

BAJET PR 2014: Bentang ringkasan elak ditiru UMNO/BN

bajet1


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) hari ini hanya membentangkan ringkasan Bajet alternatif 2014 untuk mengelak ia ditiru UMNO/Barisan Nasional (BN) sebagaimana yang berlaku pada pembentangan Bajet 2013 lalu.

Bajet Pakatan Rakyat kali ini memberi fokus kepada tiga teras utama merangkumi pengukuhan kedudukan fiskal negara dan memperkasakan kewangan awam, pembangunan ekonomi seimbang, inklusif, mampan serta peningkatan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.

Bajet PR 2014 itu sudah dimuktamadkan semalam dan akan dibentangkan sepenuhnya Khamis ini.

Bajet 3

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengukuhan kedudukan fiskal negara amat penting dalam memastikan kesinambungan kedudukan kredit negara yang kini dihadapi kemungkinan penurunan taraf (sovereign downgrade) akibat penambahan defisit dan hutang negara.

Menurut beliau, Bajet PR 2014 adalah usaha untuk memperkenalkan reformasi fiskal yang akan memastikan pencapaian defisit bajet pada kadar tiga peratus GDP 2015, seterusnya mencapai lebihan bajet (budget surplus) selewat 2018.

“Reformasi fiskal ini akan membolehkan Malaysia keluar daripada kemelut hutang yang kini melebihi RM500 bilion dan kos pembayaran hutang melebihi RM20 bilion setahun.

“Ia juga menjamin ekonomi berdaya tahan dan anjal dalam menghadapi persekitaran ekonomi global yang semakin mencabar serta tidak menentu.

“Reformasi fiskal juga dapat memastikan pertumbuhan ekonomi beralih daripada berasaskan pinjaman kepada yang dijanakan oleh aktiviti kerajaan,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

PR juga meramalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk 2014 pada kadar 5.2 peratus berbanding 2013 pada kadar 4.5 peratus hingga 5 peratus berdasarkan ramalan peningkatan ekonomi global.

Bagi menjana pendapatan kerajaan lebih saksama dan adil, PR akan menangguhkan implementasi GST yang dilihat lebih membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Anwar yang juga Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh menegaskan keputusan untuk hanya membacakan ringkasan Bajet adalah bertujuan mengelak daripada ditiru UMNO/BN.

“Kita tidak kisah jika mereka (UMNO/BN) mencuri idea bajet, tapi harus ada pengakuan atas peniruan itu,” tegasnya.

bajet 2

Pada sidang media yang sama, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Bajet PR juga menekankan kepada langkah pendidikan menyeluruh termasuk di pendalaman Sabah dan Sarawak.

“Agak mengecewakan sepanjang penubuhan Malaysia yang merangkumi Sabah dan Sarawak, mereka khususnya di pendalaman masih ketinggalan daripada segi pengetahuan serta pendidikan.

“Untuk menambah baik kualiti dan mutu pendidikan dengan menubuhkan sekolah vokasional yang berbeza daripada sistem sedia ada. Kita mencadangkan lima sekolah di sana untuk memenuhi kehendak pelajar termasuk sekolah untuk warga OKU,” katanya.

Pada masa sama, Ahli Parlimen DAP Bagan itu turut menyarankan agar liputan SOCSO harus diperluaskan kepada pekerja di Malaysia.

“Liputan SOCSO hendaklah diperluaskan, di mana skim insurans untuk mereka perlu dilindungi sepanjang 24 jam bukan hanya pada waktu bekerja.

“Jumlah bayaran perlu dilipat ganda dengan sumbangan serampang tiga mata iaitu pekerja, majikan dan kerajaan pusat.,” ujarnya. -Roketkini.com

Beri pelepasan cukai lebih tinggi

SINAR HARIAN
bajet 2014

KUALA LUMPUR - Pembentangan Belanjawan 2014 diharap dapat menyenaraikan lebih banyak langkah bagi meringankan beban kewangan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan kerajaan menimbang pelepasan cukai yang lebih tinggi terhadap golongan berpendapatan antara RM3,000 dan RM9,000 sebulan bagi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu daripada RM6,000 kepada RM10,000.

Sementara bagi yang bekerja sendiri pula perlu layak mendapat potongan yang lebih tinggi supaya mereka boleh mendapat simpanan KWSP yang lebih tinggi semasa usia tua kelak.

"Saya juga berharap kadar cukai pendapatan bagi golongan yang mempunyai pendapatan bercukai melebihi RM50,000 perlu dikurangkan daripada 19 peratus kepada 15 peratus.

"Serta mereka yang mempunyai pendapatan bercukai lebih daripada RM70,000 harus dikurangkan cukainya daripada 24 peratus kepada 20 peratus," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Lee juga mencadangkan agar pelepasan cukai ke atas anak dapat ditingkatkan daripada RM4,000 kepada RM7,000 memandangkan kos yang tinggi dalam pembiayaan pendidikan.

Dalam pada itu, Lee turut mengemukakan cadangan supaya pembeli rumah kali pertama diberi pelepasan cukai ke atas faedah pinjaman perumahan sehingga RM10,000 setahun selama tiga tahun, sama seperti yang termaktub di dalam peruntukan Pakej Rangsangan kedua pada 2009.

Bagi menampung kos hidup yang tinggi dalam keluarga yang mempunyai anak kurang upaya (OKU) pula, Lee mencadangkan agar kerajaan meningkatkan pelepasan cukai daripada RM5,000 kepada RM9,000.

Beliau juga berharap pelepasan cukai ke atas isteri sebanyak RM3,000 digandakan untuk memberi manfaat kepada ketua isi rumah yang isterinya tidak bekerja.

Selain itu, syarikat yang menjalankan program tanggungjawab sosial korporat yang berkaitan aktiviti kesedaran pencegahan jenayah dan program menggalakkan perpaduan turut dicadang untuk diberi potongan cukai berganda.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan dijadual membentangkan Belanjawan 2014 di Dewan Rakyat 25 Oktober ini. - Bernama

Isnin, 7 Oktober 2013

Bajet Kelantan 2014 penerusan legasi TG Nik Aziz

Ahmad Fadhli Shaari,


YAB Ustaz Dato Ahmad Yakob hari ini 7 Oktober 2013 telah membentangkan Bajet Kelantan 2014 yang masih lagi berimejkan bajet bersyariat seperti yang telah dimulakan sekian lama oleh YB Dato Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat lebih dua dekad yang lampau. Bajet Kelantan hari ini yang bertemakan “Kesejahteraan Rakyat, Kemakmuran Negeri” membayangkan komitmen kerajaan untuk terus mengekalkan identiti Kelantan sebagai sebuah negeri yang berkebajikan selain mengutamakan pembangunan insan yang menjadi tumpuan utama kerajaan negeri.

Bajet Defisit

Sekalipun merupakan Bajet defisit, ia sama sekali tidak akan merencatkan pembangunan negeri Kelantan berasaskan pertimbangan bajet defisit ialah satu isu yang biasa. Semenjak awal pentadbiran PAS di negeri Kelantan contohnya, bajet yang dibentangkan sentiasa defisit namun di akhir tahun, berlaku lebihan hasil daripada kecekapan pengurusan dan penjimatan dalam urusan perbelanjaan. Untuk rekod, pada tahun 1992, dalam anggaran bajet, Kelantan mengalami defisit sebanyak RM16.63 juta, tetapi ketika perbelanjaan sebenar, Kelantan mempunyai lebihan RM9.32 juta. Begitu juga pada tahun 1993, semasa anggaran bajet dibuat, defisit sebanyak RM27.27 juta, tetapi selepas perbelanjaan sebenar, Kelantan masih mempunyai lebihan sebanyak RM30.33 juta.

Bajet 2014 menyaksikan defisit sebanyak RM10.39 juta di mana anggaran hasil ialah RM549.26 juta berbanding anggaran perbelanjaan mengurus dianggarkan berjumlah RM559.64 juta. Faktor terbesarnya ialah kerana jangkaan pengurangan dalam kutipan premium tanah. Adalah dijangka hanya sebanyak RM24.80 juta sahaja premium tanah dapat dikutip berbanding RM45.00 Juta pada tahun 2013. Ini disebabkan tiada pemberian milik tanah secara berskala besar bagi tahun hadapan. Untuk rekod, anggaran hasil pada tahun 2013 ialah RM581.77 juta.

KDNK Lebih Tinggi Dari Nasional

Menarik di dalam pembentangan bajet ini juga mendedahkan bagaimana Keluaran Kasar Dalam Negeri Kelantan telah mengatasi KDNK peringkat nasional beberapa kali. Ini sekaligus menafikan tohmahan bahawa Kelantan mengalami kemunduran di bawah pentadbiran Parti Islam Semalaysia (PAS).

Di dalam bajet ini dinyatakan bahawa pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negeri Kelantan bagi tahun 2011 ialah sebanyak 6.5% dan bagi tahun 2012 ialah 5.4%. Ini bermakna purata pertumbuhan KDNK bagi kedua-dua tahun tersebut ialah sebanyak 5.95%. Angka ini mengatasi purata kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Nasional di dalam tempoh yang sama iaitu hanya sebanyak 5.35%. Kelantan juga telah mengunjurkan pertumbuhan KDNK  Negeri Kelantan bagi tahun 2013 sebanyak 5.7% dan ini mengatasi unjuran peringkat Nasional yang hanya berada di tangga 5.3% sahaja seperti yang diramalkan oleh para penganalisis ekonomi negara. Antaranya ialah Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings Group, Dr. Yeah Kim Leng seperti yang dipetik oleh akhbar Utusan Malaysia pada 6 Mei 2013 yang lepas. Bahkan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataannya pada 23 Julai yang lepas hanya berani menjangkakan pertumbuhan sekitar 5-6 peratus untuk tahun ini iaitu angka yang tidak jauh berbeza dengan unjuran negeri Kelantan.

Perjuangan Menuntut Royalti Hasil Petroleum
Sekali lagi untuk Bajet 2014, kerajaan negeri telah memasukkan bayaran petroleum yang patut dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Kelantan iaitu sebanyak RM200.0 juta. Untuk tahun ini, ia membentuk 36.41% daripada keseluruhan bajet. Ia merupakan satu lambang ketegasan kerajaan negeri yang sama sekali tidak akan berundur dari tuntutan hak rakyat negeri Kelantan ke atas hasil mahsul bumi mereka sendiri. Sekalipun kes ini masih dibicarakan di mahkamah, namun ia tetap segar di hati rakyat Kelantan. Bahkan lebih menyedihkan jika benar jumlah tertunggak tuntutan royalti ini ialah sebanyak RM12 billion berdasarkan kepada jumlah pengeluaran semenjak tahun 1997, ia membayangkan betapa besarnya kezaliman yang telah dilakukan oleh kerajaan Pusat selama ini. RM12 billion ini jika diserahkan kepada Kelantan akan dapat digunakan untuk manfaat seluruh rakyat negeri ini yang lebih 90 peratus rakyatnya terdiri daripada orang Melayu.

Justeru, langkah kerajaan Kelantan memasukkan bayaran royalti ini sebagai salah satu anggaran hasil merupakan satu lambang kesungguhan Kelantan untuk terus berdiri mempertahankan tuntutan royalti ini. Ini bukan satu mimpi, ini ialah satu perjuangan yang satu hari nanti pasti akan berjaya Insya-Allah. Kata Sitting Bull, "If we must die, we die defending our rights.."

Di sudut yang lain pula, YAB Ustaz Dato Menteri Besar telah mengambil kesempatan di dalam ucapannya untuk merakamkan setinggi-tinggi junjung kasih dan penghargaan Kehadapan  Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan yang  telah beberapa kali mewakili Kerajaan Negeri Kelantan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi perundingan bersama pihak Kerajaan Pusat bagi mendapatkan tuntutan berkenaan.  Harapan kita, agar adanya sinar harapan di sebalik perkembangan-perkembangan yang sedang berlaku ini.

Pendidikan Kekal Sebagai Agenda Utama

Untuk tujuan pendidikan dan pembinaan modal insan, Kelantan dilihat terus mengekalkan agenda ini sebagai salah satu daripada agenda utama dengan memperuntukkan RM72.0 juta kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) bagi melaksanakan program-program pendidikan. Selain itu, kerajaan negeri juga menyediakan peruntukan sebanyak RM4.0 juta bagi projek pembangunan, menyelenggara dan menaiktaraf 91 buah sekolah di bawah seliaan Yayasan Islam Kelantan. Jumlah sebanyak RM76 juta ini sebenarnya merupakan satu pelaburan yang cukup besar dari pihak kerajaan untuk memastikan program pendidikan di bawah Yayasan Islam Kelantan berjaya dilaksanakan dengan lancar. Jumlah ini tidak berubah berbanding dengan jumlah yang diperuntukkan di dalam Bajet Kelantan 2013 yang dibentangkan pada tahun lepas membuktikan aspirasi yang sama diwarisi oleh YAB Menteri Besar Kelantan pada hari ini daripada YB Tuan Guru Dato Bentara Setia sebelumnya. Jika dijumlahkan bersama RM2.0 juta peruntukan untuk Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) yang merupakan satu-satunya instituti pengajian tinggi yang bernaung di bawah kerajaan negeri pula, ia akan menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan untuk pendidikan sebanyak RM78 juta.

Jumlah RM78 juta ini bukannya merupakan satu jumlah yang sedikit. Ia membentuk kira-kira 13 peratus dari jumlah keseluruhan perbelanjaan mengurus pada tahun 2014. Ia menunjukkan komitmen tinggi kerajaan negeri terhadap usaha membangunkan modal insan sebagai pewaris kepimpinan di masa hadapan. Justeru tidak hairan apabila produk-produk kelahiran Yayasan Islam Kelantan terus mencapai kecemerlangan dan mewarnai dada-dada akhbar setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan.

Sepanjang tahun 2012 misalnya, seramai 316 orang pelajar sekolah-sekolah di bawah pengurusan Yayasan Islam Kelantan berjaya mendapat keputusan cemerlang 9A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR),  seramai 186 orang pelajar mendapat 9A hingga 12A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seramai 115 orang pelajar mendapat pangkat Mumtaz dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Ini berbeza dengan negeri-negeri lain di bawah pentadbiran UMNO/Barisan Nasional di mana pendidikan tidak menjadi agenda utama dalam pembahagian kek perbelanjaan. Perak misalnya hanya  memperuntukkan sejumlah RM42 juta untuk sektor pendidikan daripada keseluruhan bajet berjumlah RM948.47 juta pada tahun 2013 atau hanya kira-kira 4.5% dari jumlah keseluruhan bajet. Begitu juga dengan negeri Johor yang terkenal dengan insituti pengajian agama hanya memperuntukkan sejumlah RM31.27 juta untuk tujuan pendidikan daripada keseluruhan perbelanjaan RM904.26 juta pada tahun 2013. Dalam erti kata lain, jumlah ini membentuk sebanyak 3.4% dari jumlah keseluruhan.

Wanita Sebagai Komponen Utama Masyarakat

Kerajaan negeri juga dilihat tidak memandang rendah peranan wanita sebagai komponen utama di dalam masyarakat. Selain mengekal poftfolio pembangunan wanita yang dipegang oleh Yang Berhormat Puan Mumtaz Mohd Nawi, kerajaan di bawah kepimpinan YAB Ustaz Dato Menteri Besar dilihat sebagai sebuah kerajaan yang cakna terhadap keperluan golongan ini. Ini dapat dibuktikan melalui peruntukan sebanyak sebanyak RM3.8 juta bagi program kebajikan dan pembangunan wanita serta keluarga, program latihan belianita serta lain-lain program supaya mereka boleh bergiat aktif dalam program pembangunan diri dan juga masyarakat. Jumlah ini meningkat berbanding dengan tahun lepas di mana hanya sebanyak RM2.8 juta diperuntukkan untuk tujuan yang sama.

Ini mengukuhkan lagi hujah bahawa kerajaan negeri Kelantan sama sekali tidak mendiskriminasikan golongan wanita di dalam pentadbiran negeri. Di dalam DUN Kelantan, terdapat tiga orang ADUN wanita di mana salah seorang daripadanya ialah ahli exco kerajaan negeri. Salah satu kerusi parlimen di Kelantan iaitu Parlimen Rantau Panjang disandang oleh wanita dan demikian juga seorang Ahli Dewan Negara yang dilantik oleh kerajan negeri Kelantan merupakan seorang wanita. Dalam erti kata lain, di Kelantan, tangan yang menghayun buaian itu telah lama diberikan kepercayaan yang begitu besar oleh kerajaan negeri untuk memainkan peranan yang optimum dan berkesan.

Lebuhraya dan Stadium: Persoalan Yang Terus Bermain di Minda Rakyat

Di dalam bajet Kelantan 2014 ini, tidak disentuh tentang persoalan pembinaan lebuhraya dan stadium yang menjadi bahan kempen utama PAS Kelantan di dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang lepas. Kedua-dua isu ini tidak dapat tidak wajib ditangani dengan bijaksana oleh pimpinan kerajaan negeri kerana ia sedang dipersoalkan oleh rakyat negeri Kelantan dan tidak kurang yang sudah menganggapnya sebagai satu janji hipokrit semata-mata. Adalah dipercayai bahawa, kedua-dua projek ini tidak dibiayai oleh kerajaan negeri bahkan hanyalah merupakan pelaburan pihak ketiga semata-mata merupakan faktor utama ia tidak dimasukkan di dalam pembentangan bajet Kelantan 2014 ini. Namun, di dalam masa yang sama, jika ia dinyatakan dengan jelas di dalam kesempatan yang berprestij ini, ia pasti sekali akan dihargai oleh rakyat Kelantan.

Dalam hal ini, kedua-dua isu tersebut telah diberikan penjelasan oleh kerajaan negeri melalui exco yang berkaitan namun dengan mengenepikan persoalan tentang kedua-duanya di dalam Bajet Kelantan 2014 dibimbangi akan dilihat sebagai satu 'usaha senyap' untuk menenggelamkan kedua-dua isu berkenaan dari dibicarakan oleh rakyat. Dalam situasi langit terbuka seperti hari ini, usaha-usaha berkenaan jika wujud tidak boleh dibiarkan sama sekali.

Penulis berpandangan, kenyataan Timbalan Menteri Besar, Dato Mohd Amar Abdullah pada akhir September lepas bahawa lebuh raya Kelantan sepanjang 78km dari Machang ke Kuala Krai akan mulai dibina pada tahun 2014 dan akan siap dalam masa tempoh tiga tahun banyak membantu meredakan persoalan yang sedang berlegar di kalangan rakyat Kelantan khususnya dan seluruh pendokong Pakatan Rakyat di negara ini. Untuk itu, dokongan dan sokongan dari semua pihak amatlah diharapkan agar kerajaan negeri Kelantan berjaya mencapai sasaran ini.

Rumah Mampu Milik Dan Sasaran Kerajaan Negeri Kelantan

YAB Ustaz Dato Menteri Besar di dalam sidang media selepas mesyuarat Exco kali pertama setelah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan telah menyatakan cita-citanya untuk merealisasikan hasrat kerajaan negeri membina sebanyak mungkin rumah mampu milik kepada rakyat negeri Kelantan yang berpendapatan rendah. Hasrat ini nyata sekali dicerminkan melalui peruntukan sebanyak RM9.0 juta yang disalurkan kepada Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dalam bajet 2014 untuk  membangunkan  Perumahan Awam Kos Rendah. Bajet Kelantan 2014 juga telah meletakkan sasaran yang jelas di mana sekurang-kurangnya 2000 unit rumah mampu milik dibangunkan dalam tempoh empat tahun bermula 2014.

Dalam erti kata lain, menjelang pilihanraya umum ke14 nanti, sebanyak 2000 unit rumah mampu milik sudah berjaya dibina dan digunakan oleh rakyat Kelantan yang berpendapatan rendah. Angka ini secara tidak langsung menjadi satu cabaran kepada kerajaan negeri namun jika ia berjaya dicapai, ia akan menjadi satu testimoni yang cukup kuat bagi rakyat mengekalkan sokongan terhadap kerajaan negeri Kelantan di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Bajet 2014 Penerusan Legasi Tuan Guru

Dilihat secara keseluruhan bajet Kelantan 2014 yang dibentangkan hari ini, jelas sekali cita-cita dan hasrat yang telah diletakkan oleh YB Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat selaku mantan Menteri Besar Kelantan untuk membangunkan Kelantan selaras dengan ajaran Islam turut dikongsi bersama penggantinya, YAB Ustaz Dato Ahmad bin Yakob. Tepat sekali pilihan yang telah dibuat sendiri oleh Tuan Guru agar penggantinya meneruskan usaha membangunkan negeri ini berlandaskan syariat Islam dan membuktikan bahawa Islam boleh mentadbir negeri bahkan negara.

Hari ini, amanah yang berat ini sedang terpikul di atas bahu Ustaz Ahmad bin Yakob. Nyata sekali ia bukan amanah yang ringan, ombaknya pasti kuat, badainya juga sangat kencang. Namun, jika rakit berikat utuh, penumpang pula berdiri seimbang, yang mengayuh teruskan berkayuh, jangan ada yang terjun ke tengah gelora, insya-Allah ke muara juga mudik akhirnya.

Berdoalah dan teruskan memberi sokongan kepada kerajaan negeri Kelantan Darul Naim.

*Penulis merupakan Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan

Rabu, 2 Oktober 2013

BR1M Tidak Perlu Diteruskan - Dr Mahathir

MSTAR ONLINE

 
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu diteruskan dalam Belanjawan 2014, dan ini sekali gus mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan.

Kerajaan sebaliknya perlu mencari jalan untuk melatih golongan kurang berkemampuan itu dengan sesuatu kebolehan supaya dapat menjadi sumber pendapatan mereka, katanya kepada pemberita selepas berucap di majlis Program Bicara Petang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di sini Selasa.

"Sepatutnya dalam masyarakat kita, kita tak suka jadikan orang kita ini, orang yang selalu bergantung kepada kerajaan dan tak mahu membuat kerja.

"Apa yang kita dapat secara percuma tidak akan dihargai sebab itu walaupun banyak BR1M diberi," katanya sambil menambah: "Kalau betul-betul daif, miskin dan tak berupaya barulah boleh diberi bantuan."

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai cadangannya untuk Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 25 Oktober ini.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata ekonomi negara dijangka tidak akan mengalami kesan yang besar akibat penutupan operasi kerajaan Amerika Syarikat, ini kerana perdagangan dua hala antara kedua-dua buah negara kini semakin berkurangan.

Beliau berkata jumlah dagangan negara tidak bergantung sepenuhnya dengan ekonomi Amerika Syarikat, kecuali ia terjadi di masa yang lepas.

"Kesannya sedikit sebanyak ada, tetapi kita bukan berdagang semuanya dengan Amerika Syarikat," katanya.

Dr Mahathir berkata jumlah perdagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat mencapai 20 peratus satu masa dahulu tetapi sekarang sudah merosot kerana kemampuan membeli di Amerika Syarikat telah berkurangan.

Operasi kerajaan Amerika Syarikat terpaksa dihentikan selepas Kongres menolak pelan kesihatan yang dibawa Presiden Barack Obama. - BERNAMA

Rabu, 25 September 2013

Bajet Alternatif 2014 PR untuk rakyat nilai siapa lebih layak urus ekonomi negara.

Parlimen_Berjerebu

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) akan membentangkan Bajet Alternatif 2014 sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan bajet kerajaan pada 25 Oktober ini.

Pada sidang media bersama Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong, Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen PAS Kuala Krai, Dr Hatta Ramli berkata, Bajet Alternatif itu adalah tawaran PR untuk menjana ekonomi negara dengan cara sebetulnya agar dapat mengelak pembaziran.

Bajet Alternatif PR itu akan memberi tumpuan kepada tanggungjawab fiskal melalui langkah seperti pembaharuan kepada belanjawan dan mengetatkan perolehan kerajaan serta peraturan perbelanjaan dalam usaha untuk mengurangkan pembaziran, ketirisan dan kos yang berlebihan.

Bajet itu dijangka mengandungi ‘dasar berdaya pembaharuan’ untuk meluaskan sumber hasil kerajaan ditambah dengan pemantauan rapi perbelanjaan.

“Kami mahu tawarkan analisis dan idea Bajet PR supaya Najib boleh ambil kira, ia juga adalah untuk seluruh rakyat dan pasaran termasuk pakar ekonomi untuk menghakimi siapa sebenarnya lebih layak menguruskan ekonomi negara.

“Merujuk kepada Belanjawan Tambahan yang dibentangkan semalam iaitu RM14 bilion. Kita amat bimbang kerana ini adalah tahun ke-16 kerajaan membentangkan bajet defisit.

“Najib walaupun dilihat berusaha untuk kurangkan defisit kepada 4 peratus tapi nampaknya tidak berjaya, sebagai contoh, tahun lepas 4.9 peratus, tahun ini kita jangkakan akan naik selepas pembentangan sehingga 5.5 peratus,” kata Steven Sim, di Lobi Parlimen, hari ini.

Awal bulan ini, kerajaan mengurangkan subsidi petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter dalam usaha mengurangkan subsidi bahan api kira-kira RM3.3 bilion setahun.

Firma penarafan antarabangsa, Fitch Ratings juga mengurangkan unjuran hutang negara daripada stabil kepada negatif Julai lalu.

“Hutang negara ketika ini juga kian bertambah, lebih daripada 53 peratus, paling tinggi dalam sejarah. Kita menjangkakan pada akhir 2013, akan mencecah siling hutang, siling itu hak hutang yang ditentukan sendiri kerajaan iaitu hutang negara tidak boleh lebih daripada 55 peratus tapi nampaknya dengan ‘trend’ kerajaan sekarang, kita akan melepasi siling hutang.

“Fitch Ratings telah menurunkan ‘outlook’ negara daripada stabil ke negatif, semua ini akan memberi kesan, bukan saja kepada keyakinan pelabur asing tetapi rakyat sebab ekonomi yang lemah akan menyebabkan pelbagai masalah.

“Jadi sebab itu kita nak tawarkan cara bagaimana PR mengendalikan ekonomi berbanding kerajaan. Namun, kita terbuka jika Najib nak mengambil dan meniru idea ini,” sindir Sim yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAPSY Kebangsaan.

Nurul Izzah pula menimbulkan kebimbangannya mengenai perbelanjaan semasa kerajaan yang akan membawa hutang negara kepada lebih daripada 55 peratus, di atas siling hutang.

“Hutang negara menyaksikan peningkatan sejak Najib menjadi Perdana Menteri pada 2009 iaitu 45 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Ia adalah masa bagi kerajaan untuk membentangkan bajet jujur ​​dan berani serta tidak lagi menyembunyikan di bawah amalan ekonomi yang tidak tepat sehingga bajet tambahan diperlukan setiap tahun.

“Jika tidak ada sebarang perubahan dilakukan kepada perbelanjaan dan KDNK, defisit akan meningkat kepada 5.5 peratus, ianya amat membimbangkan,” ujarnya.

“Jika terdapat sebarang perubahan kepada ramalan perbelanjaan dan KDNK, defisit akan meningkat kepada 5.5 peratus.

Perbelanjaan bajet kerajaan semakin meningkat pada tahun kebelakangan ini, daripada RM206.2 bilion pada 2010 kepada RM212 bilion dan RM252.4 bilion pada 2011 dan 2012.-Roketkini.com

Selasa, 24 September 2013

Peruntukan pada pembangkang, S'gor tunggu bajet dulu

 


 
 
Selangor akan hanya membuat keputusan tentang peruntukan kepada ADUN pembangkang selepas meneliti Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan bulan Oktober depan, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

NONE"Oleh kerana bajet kita adalah pada bulan November, bajet kerajaan Persekutuan (pula) adalah bulan Oktober, jadi kita tunggu bajet kerajaan Persekutuan sebagai asas untuk keputusan kita untuk peruntukkan kepada semua ADUN dan ahli parlimen tidak kira dari mana parti mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM40,000 setahun kepada ADUN pembangkang bermula tahun depan untuk projek-projek pembangunan dalam kawasan mereka.

Menurut Khalid, belanjawan Persekutuan itu akan menjadi kayu ukur kepada sejauh mana kesediaan kerajaan BN menerima MP dan ADUN Pakatan sebagai wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.

"Salah satu daripada perbincangan yang kita lakukan ialah kita hendak melihat kesahihan dan usaha kerajaan Persekutuan untuk menunjukkan ia bersedia untuk menerima wakil-wakil rakyat yang bukan dari BN menjadi wakil kepada rakyat," katanya kepada Malaysiakini tengah hari tadi.

Ahad lalu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan sepuluh ADUN Umno di negeri itu bakal diberikan peruntukan untuk projek pembangunan kecil sebanyak RM 40,000 setahun mulai 2014.

Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata peruntukan kepada pembangkang negeri itu "diluluskan secara prinsip" dalam mesyuarat exco negeri pada 18 September lalu.

Katanya lagi, langkah itu menunjukkan bahawa Pakatan bersikap terbuka, menghormati prinsip dan semangat demokrasi dan adil kepada semua pihak tanpa mengira latar belakang.