KUALA LUMPUR : Kebimbangan Pimpinan Pakatan Rakyat berhubung pengurangan subsidi dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akhirnya terjawab setelah pembentangan Bajet 2014 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Berikut adalah reaksi ringkas daripada beberapa Ahli Parlimen PR:
Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang :
“Keseluruhannya pembentangan bajet ini tidak mengambil kira rakyat. Yang diambil kira hanyalah kewangan untuk kerajaan yang tidak seimbang antara kenaikan cukai dan pendapatan untuk menangani masalah inflasi.”
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh :
“Saya tertarik dengan Yayasan Hijau dan saya kira tugas pertama mereka adalah menutup Lynas.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar :
“Bajet kali ini tidak ada benda baru. Kita bimbang Malaysia akan menjadi ‘Shopping and Fesyen Heaven’ dengan hasrat kerajaan untuk menarik pelancong datang untuk membeli belah di Malaysia.
“Apa yang penting adalah pembangunan infrastruktur terutama di Sabah dan Sawak kita dapat lihat dan tidak hanya sekadar cakap-cakap semata-mata,”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan