MGF14012022_INTERVIEW-KES-CURI-TABUNG-18-1
Imam tetap Masjid Al Islahiah, Muhd Mohsin Nordin bercakap kepada media mengenai seorang remaja yang tular selepas dijirus air mengikut prosedur mandi jenazah berikutan telah mencuri tabung masjid ketika di Kuang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN

KUANG – Imam Tetap, Masjid Al Islahiah, di sini, memohon maaf berhubung insiden video tular seorang remaja dimandikan ala jenazah selepas ditangkap cuba mencuri tabung masjid itu pada petang Ahad lalu.

Muhd Mohsin Nordin berkata, ini kerana rakaman video itu pada asalnya hanya sebagai rekod masjid untuk disimpan sebagai bahan bukti.