JOHOR BAHRU
– Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad mengesahkan Johor bakal
menyaksikan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam waktu terdekat
ini.
Beliau mengesahkan perkara itu dalam pertemuan ringkas dengan petugas media selepas mempengerusikan Mesyuarat UMNO negeri di pekarangan bangunan ibu pejabat UMNO Johor, di sini hari ini.
“Saya dah dapat persetujuan daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri untuk mengadakan PRN Johor.
“Saya akan adakan sidang akhbar berkenaan perkara ini pada pukul 6 petang ini, selepas menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di istana Bukit Serena pada pukul 5 petang ini.
“Ketika ini saya mahu mempengerusikan majlis mesyuarat kerajaan negeri di Kota Iskandar terlebih dahulu,” katanya ringkas.-K! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan