Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata kenyataan yang dibuat itu sememangnya tidak wajar sebaliknya kerajaan melalui Kementerian Kesihatan akan meneruskan dan mempergiatkan lagi program vaksinasi untuk menyelamatkan nyawa rakyat.
"Sebenarnya pengambilan dos penggalak ini sangat penting untuk melindungi diri dari kesan penyakit COVID-19 terutama dengan varian Omicron yang berleluasa di seluruh dunia termasuk Malaysia.
"Ianya sangat penting untuk meningkatkan daya tahan badan dan memanjangkan imuniti terhadap penyakit COVID-19.
wajar," katanya dalam sidang media selepas hadir pada program Jualan Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Perak, Parlimen Bagan Serai, di Tapak Pasar Tani, Pusat Bandar, di sini, hari ini.
Noor Azmi berkata sehingga semalam sebanyak 10.4 juta atau 44 peratus rakyat Malaysia telah mengambil suntikan dos penggalak dan pihaknya menjangkakan ia akan mencapai sehingga 60 peratus pada penghujung Januari ini.
Ditanya mengenai pelbagai berita dan video mengenai keburukan vaksin termasuk ada yang didakwa lumpuh atau meninggal dunia, Noor Azmi menegaskan sehingga kini belum ada kes kematian direkodkan disebabkan vaksin.
"Berita yang diviralkan orang sakit, meninggal dunia selepas ambil vaksin memang benar namun punca kematiannya setelah dibedah siasat bukanlah disebabkan vaksin sebaliknya penyakit lain yang dialami.
"Zaman sekarang orang bebas menghantar berita dan video jadi kita menjawab perkara-perkara ini berdasarkan post mortem dan maklumat sahih.
"KKM menyerahkan sepenuhnya siasatan video atau berita tidak sahih kepada polis dan dalam masa sama kita akan terus memperhebatkan lagi program vaksinasi ini supaya rakyat dapat data yang benar, sahih dan mengikut sains," katanya.
Beliau juga berkata usaha menggalakkan orang ramai terus mengambil suntikan penggalak pada masa kini bukanlah tiket atau syarat untuk merentas negeri pada perayaan Aidilfitri nanti.
Pada 19 Januari lalu, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, menyarankan Kementerian Kesihatan menangguhkan pemberian dos penggalak atau dos ketiga vaksin COVID-19 kerana dibimbangi mempunyai kesan yang serius terhadap kesihatan.
Beliau berkata penangguhan berkenaan perlu mengambil kira satu kenyataan yang jelas terhadap siapa atau golongan mana yang sebenarnya tidak wajar mengambil dos berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan