Jelasnya, tempoh itu bagi membolehkan kertas siasatan dilengkapkan ke atas lelaki berketurunan Rohingya yang berusia 32 tahun serta rakannya yang berusia 36, 38 dan 46 tahun.
Katanya, mereka disiasat di bawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan, manakala tiga lagi individu terbabit disiasat di bawah Seksyen 216 kanun sama.
Terdahulu, pada 29 Disember lalu, keempat-empat mereka termasuk lelaki yang berperwatakan perempuan yang dicekup bersama-sama Long Tiger di Sungai Petani serta di Yong Peng, Batu Pahat, direman selama empat hari sehingga 1 Januari.
Pada 28 Disember lalu, penjenayah paling dikehendaki dalam buruan polis itu ditangkap ketika sedang bersembunyi di sebuah rumah di Sungai Petani.
Semasa tangkapan pada pukul 3.15 petang oleh polis Bukit Aman itu, Long Tiger mengalami beberapa kecederaan selepas tergelincir dari bumbung rumah ketika cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.
Long Tiger bertindak meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak melalui pintu hadapan pada 15 Disember lalu ketika sedang menunggu proses perbicaraan di bawah Seksyen 388 kerana pemerasan.
Dia juga masih mempunyai status perbicaraan di bawah Seksyen 506 kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya serta kesalahan rogol di bawah Seksyen 376 di Mahkamah Sesyen Muar.
Baru-baru ini, polis menahan sepasang suami isteri warga tempatan yang berusia 41 dan 43 tahun disyaki rakan subahat kepada Long Tiger di Balai Polis Bukit Gambir, kira-kira 12.30 tengah malam.
Dua daripada empat anggota polis yang ditahan sebelum ini terlibat secara langsung dengan aspek kecuaian sehingga Long Tiger meloloskan diri, kini ditahan kerja sehingga habis proses rayuan sebelum tindakan selanjutnya diambil.-K! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan