Isnin, 3 Januari 2022

Leftenan Nur Filzah ketuai tim ATM bina jambatan Sg. Lui

Anggota ATM dari Skuadron Kedua Rejiman Askar Jurutera Diraja (RAJD) membantu membina jambatan sementara di Sungai Lui, Hulu Langat.

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) melalui Tentera Darat Malaysia (TDM) bekerjasama erat dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) membina jambatan sementara di Kampung Jawa, Sungai Lui, Hulu Langat.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jambatan Compact Bailey 200 sepanjang 18.24 meter itu sedang giat dibina selepas jambatan asal runtuh akibat bencana banjir baru-baru ini.

Menurut Hishammuddin, kerja-kerja pembinaan jambatan itu diketuai Leftenan Nur Filzah Ismail bersama seorang pegawai dan 11 anggota Skuadron Kedua Rejiman Askar Jurutera Diraja (RAJD).

Anggota Skuadron Kedua Rejiman Askar Jurutera Diraja 
(RAJD) diketuai Leftenan Nur Filzah Ismail membina jambatan 
sementara di Sungai Lui, Hulu Langat.

“Jambatan Compact Bailey 200 sepanjang 18.24 meter kini sedang giat dibina di Kampung Jawa, Sungai Lui menerusi kerjasama erat antara ATM melalui TDM dengan JKR.

“Jambatan ini akan menjadi jambatan sementara bagi memulihkan laluan perhubungan penduduk di kampung tersebut ekoran jambatan asal telah runtuh akibat banjir baru-baru ini.

“Tahniah dan terima kasih kepada seorang pegawai dan 11 anggota RAJD yang dipimpin oleh Leftenan Nur Filzah,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Tiada ulasan: