Astro AWANI
Keadaan banjir di Taman Pinggiran Felda Sungai Kelamah di Gemas, Negeri Sembilan. -Astro AWANI
Januari 2, 2022
11:43 PM
Situasi di Jeram Toi, Sungai Klawang terkawal, penduduk jangan panik - Bomba
Penduduk
yang berada di Jeram Toi dan sekitar Sungai Klawang, Jelebu dekat sini
diminta tidak gusar dan panik mengenai dakwaan banjir di kedua-dua
kawasan berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jelebu Mohd Fazzil Mohd Yunus berkata hasil pemantauan udara menggunakan dron oleh pihaknya bersama Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNS) petang tadi mendapati paras air sungai di kawasan tersebut masih terkawal.
BACA BERITA PENUH DI SINI

11:08 PM
Seorang daripada 2 lelaki hilang ditemui maut
Seorang
daripada dua lelaki yang dilaporkan hilang dalam bencana banjir pada
Jumaat lepas di kawasan berasingan di Paitan, kira-kira 190 kilometer
dari sini, ditemukan maut di kawasan pokok bakau di Kuala Penubukan.
Ketua Polis Daerah Beluran Superintenden Kasim Muda dalam kenyataan malam ini memaklumkan mayat Rajis Nawang, 28, yang merupakan seorang nelayan, ditemukan pada kira-kira 12.30 tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Beluran Superintenden Kasim Muda dalam kenyataan malam ini memaklumkan mayat Rajis Nawang, 28, yang merupakan seorang nelayan, ditemukan pada kira-kira 12.30 tengah hari semalam.
10:52 PM
Limpahan air Empangan Jus, Durian Tunggal terkawal - BKSA
Limpahan
air dari Empangan Durian Tunggal di Alor Gajah dan Empangan Jus di
Jasin terkawal, walaupun paras kedua-dua empangan tersebut mencapai
tahap 100 peratus.
Pengarah Sumber Air, Badan Kawal Selia Air (BKSA) Melaka Faizah Abdul Rahman berkata setakat ini, kerajaan negeri tidak membuat sebarang keputusan untuk membuat pelepasan air dari kedua-dua empangan itu, kerana kadar limpahan yang berlaku adalah terkawal melalui sistem alur limpah sedia ada.

09:36 PM
Jumlah mangsa banjir di 4 negeri meningkat
Jumlah
mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah,
Johor, Melaka dan Pahang mencatatkan peningkatan petang ini, Negeri
Sembilan semakin berkurangan manakala Terengganu kekal.
Kelantan yang dilanda banjir sejak 18 Dis lepas pula pulih sepenuhnya daripada bencana itu petang tadi.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kelantan yang dilanda banjir sejak 18 Dis lepas pula pulih sepenuhnya daripada bencana itu petang tadi.
BACA BERITA PENUH DI SINI
09:32 PM
Pengamal media serah sumbangan peminat sukan, bekas atlet kepada mangsa banjir
Pengamal
media sukan tanah air hari ini tampil menyampaikan sumbangan pakaian
dan barangan sukan daripada peminat sukan dan bekas atlet, yang dikumpul
melalui Misi Bantuan Pakaian Sukan, kepada mereka yang terjejas akibat
musibah banjir di kawasan Hulu Langat.
Pengerusi Misi Bantuan Pakaian Sukan Datuk Jasni Shafie berkata misi itu agak unik dan kreatif kerana ia mengumpul berkaitan sukan supaya mangsa banjir dapat kembali meneruskan kehidupan aktif serta bersukan.

09:02 PM
Askar Timbalan Setia Negeri Johor agih bantuan - TMJ
Askar
Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) turut terbabit dalam mengagihkan
bantuan keperluan asas kepada mangsa-mangsa banjir di Johor, kata Tunku
Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Tunku Ismail berkata demikian ketika meneruskan tinjauan banjir di Tangkak dan Muar pada Ahad.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Tunku Ismail berkata demikian ketika meneruskan tinjauan banjir di Tangkak dan Muar pada Ahad.
BACA BERITA PENUH DI SINI
08:18 PM
Situasi banjir di Melaka dan Negeri Sembilan
08:17 PM
Situasi banjir terkini di Segamat
07:55 PM
Demi anak, pasangan ini tekad bangkit walau bengkel musnah akibat banjir
Bearat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Namun, berat manapun rasanya di mata anda, hakikatnya lebih berat beban dipikul mereka yang ditimpa musibah, kadangkala langsung tidak mampu diungkap perasaannya.
Daripada bahasa badan, riak wajah dan renungan mereka, tersembunyi kesedihan yang disorok serapi mungkin, sebaliknya ditonjolkan pula kekuatan demi nampak 'gagah' di hadapan insan tersayang.

07:54 PM
'Tidur tak lena, berdebar-debar fikirkan gelombang kedua' - Penduduk Pekan
Ketika
banjir masih melanda beberapa daerah di Pahang, penduduk di daerah
Pekan pula mula khuatir dengan keselamatan mereka apatah lagi dengan
kemungkinan tibanya gelombang kedua banjir.
Ia berikutan aliran sungai di beberapa daerah yang masih banjir, dijangka dibawa ke Sungai Pahang dalam tempoh terdekat.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Ia berikutan aliran sungai di beberapa daerah yang masih banjir, dijangka dibawa ke Sungai Pahang dalam tempoh terdekat.
BACA BERITA PENUH DI SINI
07:52 PM
Hilang RM66,000 sekelip mata, 6,000 ekor ikan Patin mati di Sungai Pahang
Selain barangan rumah rosak, ada juga yang hilang tempat berteduh selepas rumah musnah akibat dibadai bah berserta puing kayu.
Lain pula ceritanya di Pekan, Pahang apabila seorang pengusaha ikan Patin sangkar turut terjejas.
Astro AWANI bertemu salah seorang pengusaha, Ali Abu Bakar, 62, di kawasan sangkar ikannya di Sungai Pahang.

06:09 PM
Banjir Sabah: Hajiji ingatkan rakyat sentiasa waspada, jangan sambil lewa
Rakyat
Sabah diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak ambil sikap sambil
lewa terhadap situasi semasa banjir di negeri itu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah telah mengaktifkan sebanyak 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah yang terjejas.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah telah mengaktifkan sebanyak 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah yang terjejas.
BACA BERITA PENUH DI SINI
06:07 PM
Siren tidak berbunyi, warga emas kejutkan penduduk
05:34 PM
Kampung Morten dilanda air pasang besar
Perkampungan
tradisional Melayu, Kampung Morten di sini dinaiki air apabila Sungai
Melaka melimpah akibat fenomena air pasang besar, hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Morten, Jalina Mahmood bagaimanapun berkata, kejadian itu bukan disifatkan sebagai bencana banjir seperti yang berlaku di beberapa kawasan di lain di negeri ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan