MALAYSIA POST
SURUHANJAYA Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) harus bersifat berkecuali dan menyakinkan semua pihak bahawa tindakan akan diambil terhadap individu yang didapati bertentangan undang-udang sama ada pegawai kanan atau tidak.
Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, berkata rakyat ada hak untuk meminta penjelasan dan tindakan lanjut berhubung siasatan kes-kes SPRM.
“Sepatutnya SPRM yang meminta penjelasan ini dan memohon supaya tindakan diambil memandangkan Seksyen 2 Akta SPRM kata dengan jelas bahawa matlamatnya adalah untuk menggalakkan integriti dan ketanggungjawapan dalam sektor awam dan swasta dengan penubuhan SPRM.
“SPRM perlu meyakinkan kita semua bahawa ia akan bertindak dengan tanpa berat sebelah dan bebas dalam perkara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Gobind berkata, SPRM mungkin dipanggil untuk membantu siasatan polis dalam kes melibatkan Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki.
“Bagaimanakah masyarakat boleh yakin dengan bantuan itu dimana pada awalnya SPRM sudah menyuarakan sokongan untuk sesuatu pihak yang terlibat dalam siasatan?
“Timbalan-timbalan ini harus sedar bahawa siasatan sedang diteruskan. Sekiranya siasatan menunjukkan wujudnya kes, adakah ketiga-tiga mereka sedia untuk meletak jawatan ataupun harus kita terima bahawa walaupun wujud sokongan terbuka ini, SPRM boleh bertindak tanpa berat sebelah didalam kes ini?,” katanya lagi.
Pada masa sama, Gobind berkata kenyataan dikeluarkan tiga timbalan tertinggi SPRM menunjukkan betapa perlunya Azam tidak bertugas semasa siasatan terhadapnya dijalankan.
“SPRM tidak seharusnya diletakkan dalam keadaan di mana mereka perlu bantu siasatan semasa beliau masih Ketua Pesuruhjaya SPRM dengan semua kuasa-kuasa yang ada pada dirinya menurut Akta SPRM semasa siasatan itu berlangsung. Itu bukan keadaan yang betul,” katanya. – Malaysiapost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan