PENGENALAN kemudahan RFID yang ditunggu-tunggu bertujuan untuk memudahkan pengguna lebuh raya, akhirnya menjadi satu bala pula apabila pengenalan lorong RFID di lebuh raya PLUS menimbulkan banyak masalah sejak dilaksanakan tiga hari lepas.
Keadaan tol didapati menjadi sesak kerana masih banyak kereta yang terpaksa berundur semula apabila stiker RFID yang dipasang di kenderaan mereka tidak boleh dibaca oleh alat pembaca RFID di beberapa tol PLUS.
Bukan itu sahaja, lebih malang ada pengguna akan terpaksa membayar jumlah tol maksimum apabila memasuki lebuh raya PLUS menggunakan RFID tetapi tidak dapat keluar dari lebuh raya menggunakan laluan tol RFID dan terpaksa menggunakan laluan Touch n Go.
Penulis sendiri telah dikenakan caj RM38.87 walaupun hanya menggunakan laluan lebuh raya PLUS dari tol Jalan Duta hingga tol Rawang Selatan yang mana caj itu adalah caj maksimum jika penulis datang dari tol Skudai, Johor.
Kadar tol sebenar untuk perjalanan kereta biasa dari tol Jalan Duta ke Rawang Selatan hanya RM2.38 sen!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan