Ahad, 2 Januari 2022

Kejadian tanah runtuh dikesan bertambah di Selangor, N. Sembilan

Berlaku pertambahan beberapa kawasan yang dikesan berlaku kejadian tanah runtuh di Selangor dan Negeri Sembilan pada hari ini.

Menurut Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), sebanyak tujuh kejadian tanah runtuh dikesan lagi di kedua-dua negeri tersebut, sementara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) berkata pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan tanah runtuh direkodkan sebanyak 140 di seluruh negara.

“JMG telah memaklumkan kejadian tanah runtuh di kawasan seliaan masing-masing kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengemukakan laporan kepada bagi inventori tanah runtuh sepanjang MTL 2021/2022,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Nadma turut memaklumkan, Jabatan Kerja Raya (JKR) melaporkan kejadian bencana di 53 buah lokasi, setakat pukul 10 pagi tadi.

“Ia merangkumi kejadian banjir (4), cerun runtuh (37), jalan runtuh (1), jalan mendap (1), jambatan rosak/runtuh (1),” jelasnya.

Tiada ulasan: