Terima laporan mengenai kematian OKT jam 4.35 petang semalam
KUALA LUMPUR – Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) akan menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang tahanan meninggal dunia di Lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, Kota Bahru, Kelantan semalam.
Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kematian Orang Kena Tahan (OKT) itu pada jam 4.35 petang semalam.
“OKT adalah seorang lelaki tempatan berumur 37 tahun yang ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama dan direman selama empat hari bermula semalam hingga 19 Januari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada Jumaat lepas, JIPS telah menahan empat individu termasuk dua anggota polis bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang tahanan di dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, Perak.
Kesemua mereka direman sehingga 20 Januari ini. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan