KANGAR: Indeks jenayah di Perlis menurun sebanyak
11.56 peratus dengan merekodkan 436 kes pada 2021 berbanding 493 kes
pada tahun sebelumnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu
Pejabat Polis Kontinjen Perlis Supt Sarih Salleh berkata daripada 436
kes tersebut, sebanyak 286 kes dapat diselesaikan iaitu bersamaan 65.6
peratus dan secara keseluruhannya kadar jenayah di negeri ini berada
dalam keadaan terkawal.
“Kes jenayah lain seperti mencuri kenderaan juga mengalami penurunan iaitu sebanyak 56 kes pada tahun 2021 berbanding 93 kes pada tahun sebelumnya,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Dalam pada itu beliau berkata kes jenayah rogol membabitkan kanak-kanak bawah umur di Perlis meningkat kepada 28 kes pada 2021 berbanding 19 kes tahun sebelumnya.
“Kebanyakan daripada kes adalah melibatkan suka sama suka atau terpedaya dengan pujukan teman lelaki dan kesemua kes berjaya dituduh di mahkamah,” katanya menambah kebanyakan pelaku terdiri daripada kenalan mangsa iaitu teman lelaki dan ada juga dalam kalangan ahli keluarga.
Justeru katanya, pihak JSJ akan meningkatkan program ceramah di sekolah dari semasa ke semasa bagi memberi kesedaran kepada pelajar. – BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan