Khamis, 13 Januari 2022

COVID-19: Rekod tertinggi, Arab Saudi catat 5,362 kes baharu

 Siti Hafidah

Jumlah tersebut adalah yang tertinggi sejak permulaan pandemik

DUBAI – Arab Saudi hari ini merekodkan jumlah jangkitan COVID-19 harian tertinggi sejak permulaan pandemik itu.

Terdapat 5,362 kes baharu direkodkan daripada 24 jam sebelumnya, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan kepada 593,545 setakat ini.

Ia juga menyaksikan dua lagi kematian, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di kerajaan itu kepada 8,899.Jumlah keseluruhan kes pulih di Arab Saudi meningkat kepada 552,057.

Lebih 52.9 juta dos vaksin coronavirus telah diberikan sehingga kini. – Agensi

Tiada ulasan: