MALAYSIA POST
UMNO Selangor berharap diberi ‘autonomi’ oleh pucuk pimpinan parti itu untuk meneruskan kerjasama dengan PAS di negeri berkenaan menerusi Muafakat Nasional (MN).
Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, hubungan kerjasama antara Umno dan PAS di Selangor amat baik dan dilihat lebih berkesan.
“Kalau boleh Selangor ini berilah autonomi untuk menguruskan sendiri (kerjasama antara Umno dan PAS).
“Setakat hari ini, kita ada hubungan yang baik dengan PAS. Kita nampak MN di Selangor ini lebih berkesan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Beliau juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, berkata pelbagai usaha dilakukan bagi memperkukuh MN termasuk mengadakan perbincangan dan mesyuarat pada bulan lalu.
“Kita minta diberi sedikit keistimewaan di Selangor ini untuk meneruskan kerjasama MN,” ujarnya.
Beliau bagaimanapun berkata, segala keputusan berhubung kerjasama itu terserah kepada kepimpinan parti masing-masing.
“Apa pun keputusan, ini diputuskan pucuk pimpinan peringkat atas dan kita akan mengikut ketetapan ditentukan,” katanya. – Malaysiapost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan