Nasib 'foodrider' perlu diberi perhatian segera
BANGI – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad mengambil maklum mengenai isu dan rungutan yang disuarakan penghantar makanan (p-hailing) yang didakwa ditindas ekoran sistem yang tidak dikawal.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Idris memberitahu, beliau telah dihubungi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung isu itu.
“Saya dihubungi sahabat-sahabat dalam NGO berkenaan beberapa isu berat yang melibatkan anak muda dan nasib-nasib para foodriders yang perlu diberi perhatian segera.
“Saya telah menghubungi beberapa Menteri Kabinet yang berkaitan dengan perkara ini, dan saya akan cuba dapatkan kemaskini isu yang perlu diberi perhatian segera,” katanya.
Sebelum ini, rider beragama Islam mendakwa, mereka berisiko menghadapi kejatuhan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sekiranya berhenti untuk menunaikan solat serta menolak mengambil pesanan berasaskan babi.
Antara perkara lain dibangkitkan adalah kadar upah penghantaran pesanan ‘rider’ dipotong mengikut sesuka hati; peta digital yang tidak mengikut jarak sebenar dalam aplikasi Google Maps atau pun Waze serta penggantungan dan penamatan ID Rider yang jelas tidak adil.
Timbalan Presiden Persatuan Penghantar P Hailing, Abdul Hakim Abdul Rani menjelaskan, apa yang menjadi sungutan itu perkara yang persatuan beliau terima dari rakan-rakan penghantar P Hailing saban hari.
Beliau membangkitkan beberapa keadaan mengenai prosedur operasi standard (SOP) di mana syarikat penyelia seolah-olah mengikat rakan-rakan penghantar seperti mereka bekerja tetap.
Sedangkan mereka ini pekerja ekonomi gig yang mana seharusnya menikmati satu bentuk pekerjaan yang fleksibel.
Selain itu, Abdul Hakim menjelaskan, rakan-rakan penghantar juga tidak mendapat hak yang penuh.
Pautan berkaitan;
https://ismaweb.net/2021/12/03/kpi-jatuh-jika-bersolat-rider-didakwa-ditindas-sistem-tak-dikawal/
https://ismaweb.net/2021/12/05/cuti-beramai-ramai-jika-isu-tindas-rider-p-hailing-tak-diendah-kerajaan/
https://ismaweb.net/2021/12/04/rider-pun-pengundi-kenapa-tidak-dibela/
https://ismaweb.net/2021/12/04/pembela-syor-akta-khas-p-hailing-lindungi-rider-ditindas/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan