Rabu, 15 Disember 2021

Polis siasat kes gaduh tular di media sosial

KUALA LUMPUR: Polis menyiasat kes pergaduhan tular di media sosial membabitkan tiga lelaki di depan unit kediaman sebuah kondominium di Setapak, di sini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata pihaknya membuka kertas siasatan selepas terkesan video insiden berdurasi dua minit 10 saat itu dimuat naik pengguna Facebook dikenali Anas Najib dan Kaki Viral, pada Jumaat lalu.

"Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju menjalankan siasatan video itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222, Hotline Polis Kuala Lumpur (03-21159999) atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Video tular itu menunjukkan dua lelaki memukul dan menendang seorang lelaki beberapa kali hingga cuba dihalang dua lagi lelaki, namun tindakan itu menyebabkan mereka dimarahi.

Tiada ulasan: