Selasa, 14 Disember 2021

Pelancong terkedu kena bayar ganti rugi jet ski RM5,000

 Oleh NUR AMALINA AZMAN

TANGKAP layar hantaran pengguna Facebook, Dla Afindi di 
Langkawi Hari Ini berkaitan isu bayaran ganti rugi selepas jet
ski terbalik kerana dipukul ombak.

LANGKAWI: Seorang pelancong yang menggunakan perkhidmatan jet ski di Pantai Chenang di sini baru-baru ini mendakwa dia diminta membayar RM5,000 bagi ganti rugi selepas jet ski itu terbalik kerana dipukul ombak.

Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Dla Afindi itu berkata, jet ski tersebut dinaiki oleh adiknya.

“Jetski dorang (adik saya) terbalik sebab ombak kuat. Mujur ada bot nampak je dorang minta tolong.

“Management follow kami utk penalty. Rupa-rupanya dalam borang ada nyatakan kalau jetski terbalik kena bayar 5k,” tulisnya.

Tambahnya, jumlah itu dinyatakan di dalam borang yang perlu ditandatangani sebelum pengunjung menggunakan perkhidmatan tersebut.

Menurutnya lagi, disebabkan keseronokan dan keterujaan untuk bermain jet ski, dia terlupa untuk membaca terma dan syarat dalam borang yang ditandatanganinya.

Jelasnya lagi, pemilik jet ski kemudiannya meminta ganti rugi RM3,000 daripadanya, dan akhirnya dia membayar ganti rugi yang tidak dinyatakan.

Dia turut mengingatkan pengunjung lain untuk sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan dengan menyediakan wang lebih. -UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: