MALAYSIA NOW
Muhammad Shafee Abdullah kecewa dengan ulasan yang diberikan panel hakim Mahkamah Rayuan.
Ketua pasukan pembelaan Najib Razak berkata beliau kecewa dengan ulasan yang diberikan panel hakim yang menolak rayuan bekas perdana menteri hari ini, selepas pemindahan RM42 juta dana dari SRC International disifatkan sebagai satu tindakan “yang memalukan negara”.
Muhammad Shafee Abdullah berkata ulasan itu akan menjejaskan persepsi terhadap kliennya.
“Saya fikir ia tidak perlu dilakukan, dan ia boleh menyebabkan persepsi terhadap Najib terjejas teruk, memandangkan keseluruhan sabitan dan hukuman itu ditangguhkan.
“Ia adalah satu perkara yang mengecewakan,” katanya beberapa jam selepas Najib gagal dalam rayuannya untuk mengenepikan tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram berkaitan RM42 juta dana SRC International yang dipindahkan ke dalam akaun bank peribadinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan