PETALING JAYA – Kisah pasangan curang kini semakin mendapat perhatian terutamanya pengguna media sosial apabila cerita mereka menjadi topik bualan utama ketika ini.
Terbaharu, tular kisah seorang wanita berjaya menangkap suaminya yang berlaku curang dengan wanita lain yang dikatakan seorang jururawat di rumah sewa mereka sebelum dia diceraikan sehingga mendapat pelbagai reaksi oleh orang ramai.
Susulan dari kejadian yang berlaku, telah tular di media sosial poster perbezaan antara pakaian sebenar seorang seorang Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK), jururawat dan doktor.
Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata orang ramai turut memberi komen sehingga berjaya meraih lebih 1,900 tanda suka di laman Facebook.
“Sebab itu, kalau buat drama doktor tu, buat cerita mengenai tugas-tugas mereka yang sebenar. Asyik drama kisah cinta doktor dengan jururawat, kisah cinta pesakit, mana penonton nak dapat info tambahan kalau bukan dari kisah curang yang tular di media sosial, hahaha,” kata Syazwani Ilmin.
“Tak kisah la jawatan dia apa, yang salahnya dia bukan jawatan dia dan jangan pukul rata menghina jawatan tersebut, kisah curang sebab perangai,” kata Nadiatul Shfinas.
“Disebabkan tular kisah curang oleh seorang PPK, kenapa pula jawatan
jadi isu, yang penting semua penyelamat nyawa manusia,” kata Nurbaya
Samir. – K! ONLINE.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan