Khamis, 16 Disember 2021

Muhammad nama bayi lelaki paling popular di UK

Ainul Illia 

Nama itu terus berkembang popular meski umat Islam berdepan ancaman Islamofobia

LONDON – Satu kajian mendapati nama Nabi Muhammad adalah nama paling popular yang diberikan untuk kanak-kanak lelaki di United Kingdom (UK).

Menurut laman web BabyCentre, nama Nabi Muhammad sering digunakan untuk diberikan kepada kanak-kanak lelaki pada tahun 2021, bermakna nama itu telah menduduki tempat teratas untuk tahun kelima berturut-turut.

BabyCentre berkata, nama itu juga mendahului nama lelaki paling popular di laman web itu sepanjang dekad.   

Sementara nama bayi di tangga tertinggi lain yang berkaitan dengan nama Islam untuk lelaki dan perempuan pada tahun 2021 termasuk Fatima, Ali dan Layla, mengukuhkan lagi teori bahawa Islam boleh menjadi agama yang paling berjaya di dunia Barat dalam masa terdekat.

Malangnya, umat Islam Inggeris hidup dalam era Islamofobia yang semakin meningkat di mana dengan hanya mempunyai ‘nama yang terdengar seperti muslim’ boleh mencetuskan diskriminasi Islamofobia.

Walaupun begitu, nama itu terus berkembang lebih popular dari tahun ke tahun. – Agensi

 

Tiada ulasan: