Ahad, 12 Disember 2021

Lelaki leka menyanyi dengan wanita lain ditampar isteri

 Oleh KOSMO!

Lelaki yang sedang asyik menyanyi di atas pentas bersama seorang wanita ditampar oleh isterinya yang cemburu. - Instagram

JAKARTA – Gara-gara cemburu, seorang lelaki di Indonesia ditampar oleh isterinya di atas pentas ketika asyik menyanyi bersama seorang wanita lain, lapor laman berita Suara.com.

Kejadian itu dirakam menerusi satu klip video dan dimuat naik ke akaun Instagram bernama @video_medsos.

Menerusi video tersebut, lelaki itu pada mulanya kelihatan gembira dan memegang tangan seorang wanita di atas pentas sambil menyanyikan sebuah lagu bertajuk ‘Pandangan Pertama’.

Isterinya yang cemburu bertindak naik ke atas pentas lalu menampar suaminya.

Muzik secara tiba-tiba terhenti dan penonton mula bersorak melihat kejadian yang berlaku itu.

Video tersebut menjadi tular dengan pelbagai komen diberika netizen.

‘’Wanita boleh menahan cinta selama seribu tahun, tetapi tidak boleh menahan cemburu,’’ tulis seorang netizen.

‘’Cuba bersabar dan jangan mengamuk di khalayak ramai,’’ tulis netizen lain. – Agensi

Tiada ulasan: