KES COVID-19 seluruh negara terus naik buat hari kedua berturut-turut walaupun menunjukkan penurunan sebelum ini.
Kadar yang dilaporkan hari ini terus naik kembali melebihi angka 5,000.
Sebanyak 5,020 jangkitan telah dilaporkan seluruh negara setakat pukul 12 tengah hari tadi.
Statistik dicatatkan hari ini naik 55 kes berbanding 4,965 direkodkan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes COVID-19 telah pun mencecah 2.673 juta setakat ini.
“Pada 8 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,020 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,673,019 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
“Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam media sosial.
Berdasarkan rumusan kes yang dikongsikan Dr. Noor Hisham, jangkitan masih lagi menunjukkan trend penurunan bagi tempoh tujuh hari iaitu satu peratus dengan purata kes sepanjang tempoh berkenaan direkodkan 5,031 jangkitan.
Sarawak merekodkan trend penurunan tertinggi apabila mencatatkan 36 peratus dengan purata 91 kes dalam tempoh tujuh hari.
Ia diikuti Labuan yang turun 33 peratus manakala Putrajaya pula turun 32 peratus.
Perlis pula mencatatkan trend peningkatan sebanyak 17 peratus dengan 41 kes secara purata direkodkan dalam tempoh tersebut.
Kelantan dan Negeri Sembilan turut merekodkan trend peningkatan sebanyak 14 peratus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan