Ir Ts Lukman Al Hakim
Belajar dari kejadian banjir besar yang telah melanda 1971 dan 2021
1. RAMAI tertanya-tanya kenapa kejadian banjir yang sama berulang-ulang saban tahun di Malaysia tanpa sebarang solusi yang berkesan dilakukan oleh pihak kerajaan.
2. Sebenarnya bukanlah tidak ada langsung, pelbagai Rancangan Tebatan Banjir (RTB) telah dilaksanakan di negara kita contohnya terdapat 91 projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).
3. Yang terbaharu RM9.19 billion telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi mengatasi masalah banjir di seluruh negara.
4. Terowong SMART yang merupakan antara teknologi terkini dunia contohnya telah beroperasi sebanyak 445 kali sejak 2007 dan berjaya mengelakkan kerugian banjir sebanyak RM1.4 billion.
5. Namun kita tidak dapat nafikan pembangunan infrastruktur banjir di negeri-negeri pantai timur masih amat kurang berkesan dan ketinggalan jauh. Seolah ada negeri-negeri yang dianak-tirikan kerajaan Persekutuan.
6. Saya menyarankan program Rancangan Tebatan Banjir (RTB) negara kali ini dinilai semula secara holistik keberkesanan dan impaknya dalam mengelakkan banjir besar yang meragut nyawa dan menyebabkan kerosakan harta benda yang teruk di seluruh negara.
7. Kajian teknikal ini perlu diselarikan dengan analisa ‘big data’ berkaitan meteorologi menggunakan teknologi digital yang terkini.
8. Selain itu semua pembangunan infrastuktur bandar juga harus dilakukan secara teliti termasuk mewajibkan kajian sistem perparitan dan aliran air bagi mengelakkan kejadian banjir kilat yang berulang kali.
9. Pelbagai teknologi terkini dunia yang telah terbukti berkesan juga harus diguna pakai seperti konsep ‘sponge city’ di China, ‘cross wave system’ di Jepun dan ‘flood barriers’ di UK.
10. Semoga kita belajar sesuatu dari kejadian banjir besar yang telah melanda negara pada tahun 1971 dan 2021 kali ini. ISMA WEB
(*) Ir Ts Lukman Al Hakim
Setiausaha Agung BERJASA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan