Jumaat, 17 Disember 2021

Cuaca dijangka cerah sebelah pagi, hari pengundian

 BH ONLINE

Cuaca di seluruh negeri Sarawak sebelah pagi hari pengundian Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12, Sabtu ini dijangka cerah. - Foto Bernama
Cuaca di seluruh negeri Sarawak sebelah pagi hari pengundian Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12, Sabtu ini dijangka cerah. - Foto Bernama

KUCHING: Cuaca di seluruh negeri Sarawak sebelah pagi hari pengundian Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) Sabtu ini, dijangka cerah.

Bagaimanapun, ribut petir dijangka di beberapa bahagian di negeri ini pada sebelah petang.

Berdasarkan maklumat di laman web, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan kawasan yang terbabit ialah Kuching, Samarahan, Sri Aman, Serian, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah, manakala kawasan Kapit dan Bintulu diramal hujan pada sebelah petang.

Suhu di sepanjang hari berkenaan diramal 24 hingga 34 darjah Celsius.

PRN12 akan membabitkan seramai 349 calon bertanding merebut 82 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan.

Lebih 1.2 juta pemilih berdaftar layak mengundi Sabtu ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan baru-baru ini menasihatkan orang ramai supaya keluar mengundi mengikut masa yang dicadangkan dengan menyemak maklumat mengenai waktu yang digalakkan untuk keluar mengundi, melalui aplikasi MySPR Semak. – BERNAMA

Tiada ulasan: